Ahad, 1 September 2013

BIG BOSS GENG 21 MENYEMBAH BUMI


Dalam akhbar tabloid kosmo hari ni menunjukkan seorang kepala gangster 21 yang bernama Jaganathan tersungkur menyembah bumi setelah ditembak di beberapa bahagian badan oleh lelaki yang tidak dikenali di Nusajaya semalam.

Tembak mati lagi, dah naik jemu dengar benda benda macam ni tembak sana tembak sini, mati sana mati sini semua gara gara gangster yang seolah olah tidak risau dengan undang undang negara.

Jangnathan yang dikatakan berkerja sebagai penternak dikatakan mati setelah tiba di klinik untuk mendapatkan rawatan, beliau ditembak dihadapan anak, isteri dan ibu beliau di sebuah kuil, bayangkan dalam tempat ibadat pun mereka tak peduli, apatah lagi di tempat awam.

Walaupun kejadian tembak menembak kini dah jadi macam main polis sentri tapi ada pulak sesetengah individu yang seolah olah mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menjalankan  tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Sepatutnya kita sama sama menyokong pihak berkuasa dan menyalurkan segala maklumat yang ada kepada pihak berwajib agar tindakan dapat diambil dan tidak meragui SOP yang ada pada mereka.

Sangkakala perhatikan ada dikalangan mereka ini macam membela penjenayah penjenayah ini daripada dikenakan tindakan.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan tahniah kepada pasukan Polis yang sentiasa bertindak mengikut keadaan semasa dan ops cantas yang dijalankan kini sudah pasti akan memberikan kesan positif kepada masalah jenayah penbunuhan sekarang.