Apa yang Sangkakala dapat huraikan melalui cerita tersebut ialah, filem Tanda Putera membuktikan bahawa Perdana Menteri pada hari ini yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Tun Razak gagal untuk menjadikan sejarah itu sebagai pegangan hidup beliau sebagai pemerintah.
Kenapa Sangkakala katakan begitu? Tadi Sangkakala terbaca di akhir filem tersebut ada mengatakan bahawa filem Tanda Putera adalah filem berasakan sejarah dan cuma ada sedikit tentang cerita tersebut yang direka oleh penerbit serta penulis skrip.
Jadi Sangkakala huraikan disini bahawa Najib Razak gagal untuk menjadikan isteri beliau sepertimana Tun Rahah menjadi isteri kepada Tun Razak.
Sangkakala dapat melihat bahawa Tun Rahah tidak mengendalikan negara tetapi hanya menjadi pendokong dan penyokong kepada pemerintahan suaminya Tun Razak.
Satu lagi, setelah 44 tahun sejarah 13 Mei berlaku, kini ianya berlaku sekali lagi dan apa yang terjadi dalam tersebut kini berlaku lagi nampaknya.
Kalau semasa itu Tun Razak hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi orang Melayu mengatakan bahawa parti Perikatan pada masa itu membela orang orang cina dan kisah itu berlaku kini dimana Perdana Menteri hari ini juga dilihat sebegitu.
Kalau dizaman itu, Tun Razak dilihat memperjuangkan nasib orang Melayu dengan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru tetapi kini Perdana Menteri memperjuangkan 1Malaysia yang ternyata kegagalanya berbanding dengan DEB yang terbukti pencapaiannya.
Begitu juga dengan Felda, walaupun Perdana Menteri hari ini mewujudkan FGV tapi ianya tidak memperlihatkan kepuasan dimata dan dihati peneroka Felda itu sendiri.
Apakah masih lagi ada yang mengatakan Perdana Menteri hari ini sebenarnya telah gagal dalam sistem pemwrintahan dan Sangkakala akan huraikan seberapa banyak melalui apa yang Sangkakala tonton tadi.