Isnin, 23 September 2013

ANGGOTA POLIS MAUT DIBUNUH KONGSI GELAP


Dalam portal KLPost hari ini ada mengatakan bahawa seorang anggota polis maut setelah dihentak dengan batu oleh seorang ahli kongsi gelap dalam ops cantas di Melaka pagi tadi.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Negara.

Kejadian berlaku dikatakan apabila sepasukan polis mengadakan sekatan jalanraya dan telah menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh 3 orang lelaki yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap.

Dua daripada suspek berjaya ditahan dan seorang lagi melarikan diri ke belukar berhampiran, mangsa dikatakan telah mengejar suspek dan berlaku pergelutan dan mangsa dikatakan telah mati akibat dihentak dengan batu.

Nampaknya anggota kongsi gelap sudah semakin berani dan pihak polis perlu melipat gandakan usaha untuk memerangi kongsi gelap ini agar dapat dibanteras hingga ke akar umbi mereka.

Kepada keluarga anggota polis yang maut, Sangkakala ucapkan takziah.