Khamis, 5 September 2013

@NajibRazak GEMPAR !!! KB BATU KEHILANGAN DUIT 70K

Wahh..banyak sungguh duit Ketua Bahagian Batu ni, dengar cerita RM 70k hilang dalam kereta tapi buat tak reti je, macam takde apa apa perkara berlaku.

Sangkakala dapat maklumat bahawa duit tersebut telah hilang apabila kereta beliau dipecahkan di hadapan pejabat UMNO Bahagian.

Kesian Tok Abas, udah le dekat dengan pemilihan, duit pulak hilang dalam kereta.

Tapi kalau dah boleh simpan duit dalam kereta sebanyak tu, mesti banyak lagi simpanan Tok Abas ni kan?

Lagi satu yang Sangkakala hairankan ialah, takde pulak dia nak buat laporan polis, agaknya sebab dah terlampau banyak duit, jadi duit tu takde manjadi masalah pada dia.

Lagi satu, dari mana Tok Abas dapat duit sebanyak tu? Hasil jualan ikan ke?

Lain kali simpan dalam bank Tok Abas, atau letak celah kangkang masa bawa kereta dan jangan lupa untuk bawa duit tu keluar dari kereta masa keluar, jadi takde la duit tu hilang.

Yang pelik lagi satu ni, kereta kena pecah depan pejabat UMNO Bahagian, sedangkan menurut sumber, pintu pejabat UMNO masa tu terbuka dan takde pulak sesiapa dengar bunyi penggera kereta yang Tok Abas pakai tu berbunyi apabila cerminnya dipecahkan.

Setahu Sangkakala Tok Abas pakai kereta mercedes, takkan penggera tak berbunyi kot masa cermin kena pecah?

Apa apa pun, Tok Abas perlu la buat laporan polis tentang kehilangan duit tu, jangan didiamkan, sebab kalau didiamkan saja, maka bermaharajalela lah penyamun penyamun tu.

Lagi satu, Tok Abas boleh buat laporan kenapa kereta mercedes tu tak berbunyi penggeranya sedangkan kereta tersebut mahal dan sudah pastilah tahap keselamatan kereta juga tinggi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: