Ahad, 22 September 2013

#TF4MT BERI PELUANG PADA @tunfaisal SEBAGAI MT


Sangkakala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger dari Taiping yang mengatakan bahawa jika dilihat daripada jumlah calon yang menyerahkan borang pencalonan sebagai ahli majlis tertinggi, ada harapan untuk Tun Faisal memperolehi kemenangan.

Baca SINI.

Kalau mengikut pandangan Sangkakala pula, Tun Faisal perlu diberikan peluang untuk berada dalam barisan majlis tertinggi UMNO Malaysia untuk memberikan idea atau pendapat yang lebih baik dalam sistem pentadbiran parti.

Bukan sahaja Tun Faisal, malah keempat empat calon yang diendorse oleh pemuda UMNO Malaysia perlu diberikan peluang untuk berganding sama dengan barosan orang lama dalam kepimpinan UMNO Malaysia. 

Keseimbangan ini bagi Sangkakala amat perlu kerana untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan kerajaan Barisan Nasional kekal sebagai kerajaan, maka suara suara orang muda perlu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. 

Jadi Sangkakala amat berharap kepada seluruh para perwakilan untuk memberikan undi kepada Tun Faisal serya rakan rakan yang lain demi untuk kebaikan UMNO itu sendiri.