Tadi Sangkakala saja muat naik gambar dan nombor calon exco pemuda UMNO Malaysia ni dalam facebook, cadangnya saja untuk perkenalkan calon kepada orang ramai, mana le tau kalau masih ada yang belum kenal dengan calon ni.
Tiba tiba ada pulak satu brader ni komen seperti yang tertera dalam screenshot yang Sangkakala buat tu.
Sangkakala terfikir juga, ada kemungkinan brader yang bagi komen tu pernah datang ke pejabat Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan mungkin itu adalah pengalaman beliau semasa berada disana.
Bagi Sangkakala, apa yang diucapkan oleh brader tu lahir daripada hati beliau sendiri dan bukannya disuruh suruh kerana sudah menjadi adat manusia yang akan memperingati sesuatu yang menggembirakan dan ternyata brader tu gembira dengan sikap yang ditunjukkan oleh Mua'amar Ghadafi di pejabat.
Jadi disini Sangkakala nak ucapkan tahniah kepada Ghadafi yang telah menjalankan tugas sebagai seorang pegawai dan orang melayu beragama islam dalam menunjukkan contoh yang baik.
Tahniah sekali lagi.