Selasa, 24 September 2013

MELAYU KURANG SIUMAN ATAU BIADAP KALAU MACAM NI ???


Kadang kadang hairan dengan sikap prang yang suka mempermainkan kematian orang lain tambahan pula yang mati tu adalah orang Melayu sendiri.

Seperti gambar yang Sangkakala muat naik diatas,  kematian seorang anggota polis yang dibunuh oleh salah seorang anggota kongsi gelap di Melaka menjadi permainan.

Takkan takde langsung rasa simpati pada keluarga mangsa yang masih lagi bersedih dengan musibah yang menimpa keluarga mereka.

Sepatutnya pemilik akaun diatas jika tidak suka atau apa sekali pun, janganlah sampai mengatakan sesuatu kematian itu sebagai bahan lawak jenaka kerana kematian itu bukanlah perkara yang boleh dijadikan senda gurau.

Cuba mangsa yang terlibat adalah salah seorang ahli keluarga pemilik akaun facebook seperti diatas dan ada pula orang lain yang melakukan perkara sama, Sangkakala amat yakin yang pemilik akaun tersebut sudah pasti akan merasakan kesedihannya.

Jika tak mampu untuk mengucapkan terima kasih janganlah sampai menpersendakan pengorbanan anggota polis yang mati tu, itu satu tindakan bbiadapdan amat kurang ajar namanya.

Sangkakala ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan turut merasa sedih atas kehilangan seorang anggota polis yang berani seperti mangsa.