Rabu, 4 September 2013

ALI RUSTAM SAH BERTANDING NAIB PRESIDEN UMNO


Ybhg Datuk Seri Ali Rustam hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Nampaknya pertandingan untuk merebut jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO makin meriah.

Dengar khabar ada dua lagi yang akan menwarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden tapi masih belum menyatakan sama ada ianya sahih ataupun tidak.

Datuk Seri Ali Rustam pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka namun tewas dalam pertandingan di peringkat parlimen pada pilihanraya yang lepas.

Pun begitu, oleh kerana sudah biasa dengan rutin harian selama 13 tahun menjawat jawatan tersebut, sehubgga je hari ini Ali Rustam masih lagi menjalankan kerja kerja kebajikan di peringkat kawasan sama seperti mana beliau memegang jawatan dulu.

Mungkin kali ini Datuk Seri Ali Rustam atau biasanya digelar sebagai Tok Ali akan memperolehi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.