Sabtu, 7 September 2013

TAJUDDIN RAHMAN CARI DOUBLE Y NAK BAGI PENAMPAR ??? HEBAT TU ???

Sangkakala dapat tahu bahawa sekarang ni Datuk Tajuddin Rahman sedang mencari rakan blogger Sangkakala iaitu Yuseri Yusof atau Double-Y sebab artikel beliau yang dikatakan menghentam Timbalan Menteri Pertanian tersebut.

Hahaha..siap hantar orang suruh cari pastu minta YY keluarkan artikel yang menghentam beliau sebelum ni lagi tu.

Sangkakala tau sangat yang YY ni takkan turunkan artikel sebab apa yang ditulis sebenarnya adalah dari apa yang dirisik selama ni dan bukannya suka suki nak tulis.

Hari ni satu lagi artikel tentang pencarian Tajuddin Rahman keatas YY telah di tulis sila baca DISINI.

Sangkakala nak bagi tau la sikit kat sini..tak perlu nak upah orang nak cari sebab yang cari tu pun cari makan juga sebenarnya..itu pun tak tauble berapa si Tajuddin dah keluarkan untuk si YY keluarkan artikel tapi prinsip tetap prinsip bro.

Yang Tajuddin lak jangan le melompat tinggi sangat, baru kena petik sikit dah mengelabah giler ni apa hal? Kalau tak amalkan kronisma dan sebagainya lupakan saja la apa yang YY tulis dalam blog dia tu.

Atau memang kena tepat kat batang hidung..sebab tu yang naik merah muka macam udang kena bakar..tapi bertenang Datuk..YY akan terus menulis pasal Datuk dan kalau di tulis Sangkakala akan sambung sikit macam kata sorang sahabat blogger Sangkakala gak..CILI KASI TARUK.