Selasa, 17 September 2013

BEKAS SETIAUSAHA MENTERI DITANGKAP BERSAMA 10 KERETA MEWAH

 

Inilah antara punca mengapa orang membenci UMNO. Apabila ada bangkai yang menggunakan UMNO untuk membuncitkan perut sendiri dan ahli keluarganya dengan merampas hak rakyat, tunggulah kehancuran UMNO.

Bangkai seperti ini perlu dibuang dari Malaysia. Bangkai ni ada sampai 10 kereta mewah, jangan cakap dia mati nanti nak ditanam bersama kereta mewah ni pulak.

Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone