Khamis, 5 September 2013

#TF4MT ??? KENAPA @tunfaisal MAHU BERTANDING ?? DAH TAKDE ORANG LAIN KE ???


Sejak malam tadi Sangkakala tengok dah lebih meriah suasana pemilihan apabila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengumumkan untuk menghantar 4 orang calon sebagai Ahli Majlis Tertinggi Malaysia. 

Dalam 4 orang calon tersebut, salah seorangnya ialah Pengerusi Unit Media Baru PPUM, saudara Tun Faisal Ismail.

Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam,  tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat selama bertahun tahun dalam melawan pihak pembangkang di alam siber.

Untuk melihat atau mengetahui Tun Faisal secara lebih lanjut..sila baca DISINI

Kalau Sangkakala nak tulis tu rasanya memang le tak mampu sebab banyak sangat yang telah dilakukan oleh Tun Faisal sepanjang bergiat dalam politik tanah air.

Sangkakala berpendapat bahawa angka 4 orang mewakili pergerakan pemuda bukanlah angka yang banyak dan untuk memberikan nafas baru kepada UMNO, maka satu transformasi kepimpinan perlu dilakukan.

Bukanlah Sangkakala menidakkan Ahli Majlis Tertinggi yang ada kini untuk meneruskan khidmat, tetapi trend pada masa kini sudah berubah, majoriti pengundi juga sudah berubah dimana ianya mencorakkan satu landskap baru dalam era politi tanah air yang memerlukan satu perubahan yang drastik.

Seperti yang ada dalam pautan yang Sangkakala berikan tadi tentang Tun Faisal,  agak agaknya la, berapa orang yang mampu untuk melakukan hal sebegitu? Sekadar untuk bercakap memang tidak menjadi masalah yang besar, tetapi untuk merealisasikan perkara tersebut tidak tentu lagi ada yang mampu.

Jika kita lihat, pengamal media sosial perlu di letakkan di barisan Ahli Majlis Tertinggi supaya segala permasaalahan dan tohmahan terhadap kerajaan akan segera di jawab dan tidak perlu lagi menunggu agak lama seperti apa yang berlaku sekarang.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang yang bakal menentukan perjalanan politik negara untuk menjamin kesinambungan UMNO/BN untuk  kekal sebagai pemerintah dan kekal sebagai kerajaan, muka muka baru ini perlu diberikan peluang. 

Rasanya di bahagian bahagian juga sudah mula kelihatan akan timbul muka muka baru dalam menjadi pentadbir atau pemimpin ekoran pemimpin pemimpin lama yang berhasrat untuk tidak mengekalkan jawatan dan memberikan laluan kepada muka muka baru untuk meneruskan perjuangan.