Selasa, 17 September 2013

MANA CALON LAIN ??? PEJUANG SEJATI KONONNYA YE ???

Sangkakala pernah terlibat sekali dalam himpunan patriot yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011 yang mana Sangkakala sendiri melihat beberapa orang exco pemuda UMNO Malaysia telah turun untuk menunjukkan bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang menyokong himpunan BERSIH yang diketuai oleh Ambiga.


Erwin Mukhriz (kiri) calon exco pemuda UMNO Malaysia
Bersama ketua pemuda ipoh Timor saudara Hairul

Berikut ialah senarai Pejuang UMNO Yang Kena Perintah Mahkamah Ketika Menentang Bersih 2.0.

Mana Calon Lain yang hari ini berteriak mengatakan bahawa mereka adalah pejuang tulen dan pejuang UMNO sejati?


"PATRIOT" Pemuda Umno

1) Khairy Jamaluddin Abu Bakar
2) Datuk Seri Reezal Merican
3) Megat Zulkarnaian Omardin
4) Rizalman Mokhtar
5) Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
6) Lokman Noor Adam
7) Datuk Abdul Azeez Rahim
8) Ungku Saleh Ungku Jamal
9) Arman Azha Abu Hanifah
10) Tun Faisal Ismail Aziz

Lihat gambar mereka DISINI

Semasa dalam keadaan kita semua memerlukan sokongan padu yang menunjukkan bahawa tidak semua rakyat Malaysia menyokong himpunan BERSIH, Sangkakala tak nampak yang lain lain turun sama.

Dan ada diantara mereka yang kini bertanding dalam untuk merebut jawatan dalam UMNO dan mereka ini pada Sangkakala amat perlu diberikan peluang memandangkan keberanian mereka.

Kepada yangblain lain tu Sangkakala rasa biarlah perwakilan yang menentukan tetapu mereka yang tersenarai namanya diatas Sangkakala mohon untuk diberikan ruang dan peluang baik didalam pemuda mahupun majlis tertinggi.