Soalan ini telah dijawab oleh Menteri di Kementerian Dalan Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa seramai 124 orang penjenayah telah ditembak mati dan 898 pucuk senjata api pelbagai jenis telah dirampas oleh pasukan polis sejak tahun 2009.
Sangkakala terfikir semula, macam mana ada sesetengah pihak mengatakan bahawa Menteri sebelum ini iaitu Datuk Seri Hishamuddin tidak melakukan apa apa tindakan?
Cuma ada beberapa tindakan yang tidak dilakukan ekoran ianya bukanlah dibawah bidang kuasa beliau seperti penangkapan Ambiga dan pemimpin pembangkang yang kemudiannya tidak didakwa dan ini sebenarnya adalah dibawah kuasa Peguam Negara dan bukannya dibawah kuasa Menteri.
Dengan jawapan yang diberikan dalam sidang parlimen semalam juga jelas menunjukkan bahawa kementerian dalam negeri dibawah menteri sebelum ini juga telah menjalankan tindakan cuma ianya tidak diwarwarkan.
Sangkakala ingat lagi beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap penjenayah telah dimanipulasi oleh pembangkang dengan menyalahkan pihak berkuasa dan ianya masih lagi berlaku sekarang.
Untuk itu Sangkakala rasa adalah tidak adil sekiranya kita membuat tuduhan melulu dengan mengatakan Menteri di Kementerian Dalam Negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Hishamuddin tidak melakukan apa apa tindakan kerana kita sendiri yang tidak mengambil berat tentang setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa khususnya dibawah Kementerian Dalam Negeri.
Seperti yang Sangkakala katakan tadi, Datuk Seri Hishamuddin telah menjalankan tugas sejak tahun 2008 dan Sangkakala anggap ianya berjaya tetapi tidak di ketengahkan hingga menimbulkan persepsi buruk keatas beliau serta kerajaan.