Ramai yang mengatakan bahawa Datuk Seri Hishammuddin lemah dalam pentadbiran semasa beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri.
Betulkah Datuk Seri Hishammuddin lembik, tak berani tangkap orang dan hanya beri amaran?
Adakah semua itu betul?
Jawapannya adalah TIDAK BETUL.
Mari kita sama sama kaji semula dengan fakta yang tertulis dibawah.
i. Pendekatan kerajaan sebelum PRU13 dan selepas PRU13 tidak sama. Sebelum PRU13, kita kena hati-hati menguruskan risiko dan tidak mahu penahanan dijadikan sebab untuk terus berhimpun dan meraih simpati rakyat sebelum pilihan raya. Selepas PRU13, kita ada banyak masa untuk betulkan jika ada kesilapan.
ii. DSHH bertindak mengikut bidang kuasa KDN dan PDRM. Dalam kes tertentu macam kesalahan di internet dan pendakwaan, kuasa bukan di bawah KDN dan Polis.
iii. Di bawah DSHH ada penahanan di bawah ISA, selepas ISA dimansuhkan ada penahanan di bawah SOSMA. Ada penahanan di bawah Ordinan Darurat (Bersih 2) dan Akta Polis (Bersih 2 dan 3)
Contoh-contoh kes yang sebabkan persepsi salah kepada DSHH
1. Namewee
- Kes pertama, "Negarakuku" : DSHH bukan Menteri Dalam Negeri, tetapi Menteri Pelajaran. Kabinet yang putuskan untuk maafkan Namewee
- Kes kedua, "Nah! Suck Banana!" -Maki hamun seorang cikgu di Johor. Kes online/youtube – kertas siasatan di bawah SKMM, pendakwaan di bawah Jabatan Peguam Negara, kedua2 bukan bawah bidang kuasa KDN.
- Jabatan Peguam Negara kata tiada kes hasutan, tapi tidak dakwa Namewee di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi; dan ini di luar bidang kuasa KDN.
- DSHH tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa dan undang-undang sedia ada
2. Lahad Datu
- Isu tindakan lambat. Bukan kerana DSHH tidak mahu bertindak, tapi kita mesti berunding dengan kerajaan Filipina.
- Isu tidak mengambil tindakan ke atas dalang serangan Lahad Datu – Sebelum PRU13, pendekatan kerajaan tidak sama. DSHH sekarang Menteri Pertahanan. Maklumat perisikan dan kuasa tindakan tidak berada di bawah Menteri Pertahanan.
3. Kalimah Allah
- Isu tuntutan kalimah Allah bukan bermula pada zaman DSHH menjadi Menteri Dalam Negeri. Tapi lebih awal dari 31 Disember 2007, iaitu bawah Dato Radzi.
- masa zaman DSHH, KDN buat rayuan untuk batalkan keputusan mahkamah benarkan akhbar Herald guna kalimah Allah.
- Penyelesaian 10 perkara tentang percetakan dan pengimportan injil bukan di bawah KDN, tapi dibuat oleh Kabinet.
- Pengakuan bersumpah DSHH yang Penyelesaian 10 Perkara bukan di bawah KDN dan tidak berkaitan penggunaan kalimah Allah ADALAH SEBAB UTAMA kenapa gereja kalah kes rayuan kalimah Allah baru-baru ini
4. Pemansuhan ISA, Ordinan Darurat dan Akta Hasutan
- pindaan dan pemansuhan akta merupakan komitmen DS Najib semasa ucapan pertama beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
- Ia sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik (PTP) yang diluluskan secara dasar dan disokong oleh ahli-ahli UMNO dalam Perhimpunan Agung, oleh Kabinet dan oleh semua Ahli Parlimen
- Dari segi konten, drafnya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara. KDN dan Polis hanya dipanggil untuk memberi input sahaja. DSHH hanya dimaklumkan tentang pemansuhan ini lewat petang sebelum ucapan pemansuhan oleh PM semasa Perutusan Hari Malaysia 2011
- walaupun ISA dimansuhkan, ia digantikan oleh SOSMA yang masih boleh digunakan sebagai undang-undang pencegahan
- Akta Hasutan masih terpakai hingga sekarang, belum dimansuhkan dan hanya akan dimansuhkan selepas Akta Keharmonian Nasional dibentangkan. Akta Keharmonian Nasional masih mempunyai kuasa untuk menghalang kecenderungan menghasut, termasuk melibatkan kedudukan Islam, Melayu, Institusi Raja, Bahasa dan keharmian masyarakat.
- Ordinan Darurat dimansuhkan sebab negara tidak lagi berada dalam keadaan darurat, Polis sendiri beri jaminan yang ia tidak akan jejaskan kuasa polis untuk menahan orang yang gugat keselamatan negara dan melakukan jenayah kekerasan dan bersenjata.
- Isu DSHH lembik, hanya beri amaran dan tak tangkap pesalah - di bawah DSHH ada beberapa kes di mana ISA digunakan terhadap pengganas dari Iran, Sri Lanka, Timur Tengah dan Indonesia. ISA juga digunakan untuk tahan 6 pegawai Imigresen yang memalsukan dokumen kemasukan. Selepas ISA dimansuhkan, DSHH juga dah guna SOSMA untuk tahan Yazid Sufaat dan pengganas-pengganas lain.
5. Bersih/Himpunan Haram
- Isu DSHH tidak tangkap penganjur dan peserta himpunan haram
- Bersih 2.0 - memang ada tangkapan, terhadap peserta, termasuk 6 orang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Tidak boleh tahan penganjur sebab Ambiga diizinkan oleh Yang DiPertuan Agung untuk berhimpun di mana-mana stadium. Pendakwaan di bawah Jabatan Peguam Negara, KDN dan Polis tidak boleh buat apa-apa jika Jabatan Peguam Negara tidak dakwa peserta.
- Bersih 3 - tidak boleh tangkap penganjur dan peserta sebab memang kerajaan beri kebenaran untuk berhimpun di Stadium Merdeka, tetapi tidak di Dataran Merdeka. Penahanan dibuat ke atas mereka yang langgar peraturan, merempuh sekatan dan polis, termasuk pelajar universiti yang berkhemah di Dataran Merdeka.
Bukan Sangkakala nak kata apa apa buat masa ni, tapi kita sebagai rakyat Malaysia mungkin merasa mudah untuk membuat ssatusatu keputusan, tetapi bagi seorang Menteri, setiap keputisan yang diambik mesti dengan melihat keadaan sekeliling.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone