Selama sepenggal menjadi Ketua Bahagian, apa yang diberitahu kepada Sangkakala hanyalah mencari harta kekayaan semata mata.
Dulu Sangkakala pun tak berapa bak percaya, tapi bila dah perhatikan dan kaji sedalam dalamnya, barulah Sangkakala nampak siapa sebenarnya Yahaya Mat Ghani.
Sepatutnya Tok Abas merasa malu dengan pencapaian buruk bahagian Batu falam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.
Bukan sahaja tidak mampu memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional, malah undi untuk Tian Chua naik hampir sekali ganda.
Apa guna kalau jadi Ketua tapi tak mampu berikan pembaharuan? Kena ingat la sikit, ketua bahagian bukan hanya jaga ahli UMNO bahkan perlu memberikan juga prestasi baik kepada Barisan Nasional.
Ini apa yang Sangkakala nampak ahli UMNO masih berterabur tak tau dimana duduknya sebagai contoh, berapa banyak cawangan yang menjadi cawangan bunian yang mana dalam persidangan kali ni banyak yang Sangkakala dengar tak cujup korum dan ada juga yang mendakwa Tok Abbas main kotor dengan membenamkan Datuk Ramlan di cawangannya sendiri kerana takut Datuk Ramlan akan melawan beliau sebagai ketua bahagian.
Memang melampau sangat la sikap Tok Abas ni dan ada satu lagi yang Sangkakala dengar, rupanya Tok Abbas juga tak bawa sekali Naib Ketua UMNO bahagian bersama sama beliau..takkan nak benam sekali juga kot?
Ini pemimpin yang harus ditolak oleh para perwakilan bahagian Batu sebab pemimpin seperti hanya mementingkan diri dan pangkat untuk kesenangan beliau semata mata.
Sudah sudah la tu Tok Abbas, Sangkakala dengar ada komponen yang akan buat laporan tentang duit peruntukan pilihanraya yang lalu..lepas ni jawab le pada mereka mereka yang memerlukan jawapan ye.