Selasa, 10 September 2013

TUJUAN DAN MATLAMAT PEMBANGKANG TUNTUT EO DIHAPUSKAN !!!

Petang tadi ada satu forum di Shah Alam yang menjemput beberapa orang tokoh keselamatan negara.

Antaranya bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan.

Kedua dua tokoh ini nampaknya mempunyai pandangan yang sama tentang masalah keselamatan negara di mana Bekas IGP mengatakan bahawa Polis tidak menjaga hak asasi penjenayah tetapi menjaga keselamatan orang ramai.

Begitu juga dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang menegaskan bahawa pihak Polis cuma memastikan rakyat hidup bebas tetapi bukannya penjenayah.

Sangkakala setuju dengan kedua dua pandangan ini sebab, kenapa penjenayah seolah olah diberi kebebasan untuk melakukan segala perkara dan apabila polis menagmil tindakan, pembangkang pula akan menyalak dengan mengatakan pihak Polis kejam dan sebagainya, kononnya ada cara lain bagi menangani penjenayah penjenayah tersebut.

Apa yang Sangkakala nak tanyakan disini ialah, adakah pembangkang selama ini yang meminta supaya ordinan darurat dimansuhkan tahu semua permasaalahan tersebut?

Dengan tiadanya Ordinan Darurat maka penjenayah penjenayah dan ahli ahli kongsi gelap berani melakukan segala perlakuan yang cukup membuatkan rakyat merasa resah dan hidup dalam ketakutan.

Adakah pembangkang mengkaji perkara tersebut sebelum meminta supaya Ordinan Darurat itu dimansuhkan oleh kerajaan?

Apa yang Sangkakala lihat dan perhatikan, pembangkang seolah olah mahu menyembunyikan mereka mereka ini dan adakah pembangkang selama ini didukungi oleh ketua ketua kongsi gelap tersebut dan desakan untuk menghapuskan Ordinan tersebut berpunca dari mereka?

Jelas apa yang berlaku kini, pembangkang tidak mempedulikan keselamatan rakyat, tertapi mereka hanya akan mengkritik segala perlakuan yang dibuat oleh kerajaan atau pihak keselamatan.

Seperti kejadian 5 orang penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang bebrapa bulan lepas, ketua pemuda DAP Pulau Pinang tampil mengkritik pasukan polis dengan mengatakan mengapa mereka ditembak sedangkan ada cara lain untuk mengelak perkara tersebut dari berlaku.

Masalahnya sekarang, adakah ketua pemuda DAP Pulau Pinang tersebut memberikan pandangan atau pendapat tentang cara lain bagi menangani perkara tersebut?

Jika hanya mampu untuk memberitahu bahawa ada cara lain tetapi tidak menerangkan cara tersebut sama seperti mengetuk tong kosong yang bunyinya sahaja kuat tetapi tiada mempunyai apa apa maksud.

Sangkakala nak bagi tau la sikit kat sini, pembangkang sebenarnya hanya mahu melihat dan memperkatakan bahawa kerajaan gagal menangani masalah jenayah dengan penghapusan Ordinan Darurat kerana apabila berlakunya perkara buruk yang disebabkan oleh penjenayah serta ahli kumpulan kongsi gelap ini, maka dengan mudah mereka akan mengatakan begitu.

Itu adalah tujuan sebenar mereka dan bukanlah sepertimana yang didakwa oleh pemimpin pemimpin pembangkang bahawa Ordinan Darurat itu adalah salah satu bentuk undang undang yang menyusahkan atau kejam kepada penjenayah.

Kini semua itu kita telah dapat saksikan yang mana kumpulan kumpulan ini sudah berani menunjukkan kuasa mereka dengan mengadakan perarakan kematian dengan membawa lambang lambang kumpulan mereka ke jalan jalan raya sepertimana yang dikatakan oleh Tan Sri Zaman Khan dalam forum petang tadi.

Jadi kini rakyat Malaysia amat mengharapkan satu bentuk undang undang yang mampu untuk memberika keyakinan rakyat kepada keselamatan mereka dan mereka merasa lebih bebas untuk kemana mana tanpa perlu risau dengan keadaan sepertimana yang berlaku baru baru ini.

Dengan kejadian tembakan di merata rata tempat hinggalah kejadian bom yang meragut nyawa di Kelantan sudah pasti rakyat akan merasa tidak selamat lagi untuk berada dimana mana dalam negara ini dan ianya perlulah ditangani segera.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: