Selasa, 17 September 2013

PEMUDA UMNO TELUK INTAN PERLUKAN KETUA YANG AGRESIF


Setelah sekian lama Sangkakala menulis dalam laman blog,  kali ni Sangkakala nak usik sikit tentang kepimpinan pemuda UMNO bahagian Teluk Intan Perak.

Bagi Sangkakala, sudah sampai masanya untuj pemuda UMNO bahagian Teluk Intan memilih seorang pemimpin yang agresif dan bukannya defensif.

Apa yang Sangkakala tulis ini sebenarnya adalah kerana pengalaman Sangkakala sendiri semasa berada dalam bahagian tersebut satu masa dulu. 

Calon Ketua Pemuda Bahagian Teluk Intan yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pemuda pada ketika ini Sangkakala kenali sejak tahun 2008 dan dari apa yang Sangkakala lihat, beliau amat layak untuk dinobatkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian tersebut.

Sangkakala sendiri telah mendapat maklumat bahawa Zamanhuri Yaakob atau lebih mesra dipanggil sebagai cikgu Zaman telah menjalankan tugas dengan amat baik semasa pilihanraya yang lepas bersama sama dengan gandingan pemuda pemuda dalam bahagian serta cawangan.

Ini juga telah memberikan kelebihan untuk meraih kembali kemenangan di DUN Changkat Jong yang mana pada pilihanraya umum ke 12 ianya telah jatuh ke tangan PAS. 

Sangkakala amat berharap agar komitmen ini diberikan sepanjang masa oleh Cikgu Zaman jika terpilih untuk menerajui pemuda UMNO Bahagian dan jika pemuda mahu melihat kemenangan demi kemenangan dalam DUN Changkat Jong, Sangkakala berpendapat ini adalah orang yang paling sesuai untuk dipilih.

Setahu Sangkakala, sepanjang perkenalan Sangkakala dengan cikgu Zaman, beliau sangat agresif dalam memperjuangkan pemuda bahagian, dan beliau telah pun diangkat sebagai penolong setiausaha pemuda sebanyak 2 kali dan ini membuatkan beliau lebih berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal pemuda.

Tapi terpulang pada perwakilan pemuda UMNO bahagian, cuma apa yang Sangkakala lihat pada masa ini, pemuda Teluk Intan perlukan pemimpin seperti cikgu Zaman.

Bukanlah Sangkakala berkempen untuk memberikan kemenangan kepada cikgu Zamanhuri, tapi itu semua atas apa yang Sangkakala lihat dan perhatikan selama ni.