Sangkakala dan rakan rakan blogger lain terkejut dengan keputusan jawatankuasa pemilihan yang menolak pencalonan Tun Faisal Ismail, EXCO Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding di dalam Majlis Tertinggi.
Kenapa boleh jadi begitu? Apa kekurangan Tun Faisal sehingga hak beliau sebagai ahli UMNO di nafikan dalam pertandingan untuk merebut jawatan dalam UMNO?
Mengikut alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan, penolakan pencalonan Tun Faisal sebagai calom Majlis Tertinggi adalah kerana beliau tidak menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sekurang kurangnya 1 penggal.
Bagi Sangkakala, alasan jawatankuasa pemilihan ini adalah satu alasan paling bodoh pernah berlaku didalam UMNO untuk menidakkan seseorang itu untuk bertanding merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi.
Siapa pemimpin bangang yang mengeluarkan syarat syarat untuk bertanding dalam pemilihan kali ni agaknya?
Sangkakala telah membuka buku perlembagaan terbaru malam tadi, dan telah pun khatam satu buku perlembagaan untuk mencari syarat dalam pemilihan mengikut perlembagaan dan apa yang mengejutkan ialah Sangkakala tidak menjumpai mana mana klausa yang mengatakan bahawa untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi perlu untuk menjadi Ahli Jawatan Kuasa Bahagian.
Itu satu, dan satu lagi ialah, Tun Faisal Ismail adalah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan adakah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak diiktiraf jawatannya dalam kepimpinan tertinggi parti sedangkan kedua duanya adalah pemimpin di peringkat pusat.
Sangkakala tak faham kenapa syarat ini dibuat dan di laksanakan, adakah ianya untuk menjaga kepentingan pemimpin yang telah mempunyai nama tetapi gagal dalam pentadbiran atau untuk mengelakkan pemimpin yang terkeluar akibat kalah dengan calon baru atau muka baru yang mencabar mereka berpaling ke arah pembangkang.
Cuma apa yang Sangkakala lihat pada hari ini ialah, pemimpin pemimpin BACUL dalam UMNO cuba untuk menggunakan sistem kuku besi dan ianya dikepalai oleh Menteri yang gagal dalam kementeriannya sendiri iaitu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan yang ternyata gagal mentadbir Kementerian Pendidikan.
Pemimpin UMNO mengatakan bahawa pemilihan CEC DAP penuh dengan sandiwara untuk menjaga dinasti, tapi yang sebenarnya UMNO juga sudah mula menjurus kearah yang sama.
Transformasi dalam UMNO bagi Sangkakala hanyalah sebagai halwa telinga yang hanya untuk menyedapkan pendengaran tetapi ianya penuh dengan muslihat licik pemimpin yang pentingkan diri.
Jangan kerana perkara ini, apabila tiba musim pilihanraya semua pemimpin UMNO akan duduk di kerusi sebelah kiri speaker dewan rakyat jika ini amalan kepimpinan yang ada, dan jangan terperanjat jika nanti hanya tinggal beberapa kerat sahaja dikalangan pemimpin yang akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone