Sabtu, 21 September 2013
KEKUATAN MUKHRIZ HANYA BAYANGAN
Hari ini kesemua calon calon yang akan bertanding di semua peringkat UMNO Bahagian dan UMNO Malaysia akan menghantar borang pencalonan.
Antara kerusi di peringkat pusat yang manjadi tumpuan pada pemilihan ini ialah kerusi nombor 3 parti iaitu Naib Presiden yang menyaksikan pertandingan 6 penjuru diantara 3 penyandang dan 3 lagi pencabar.
Antara pencabar yang mencuri tumpuan ialah Menteri Besar Kedah yang pada asalnya bercadang untuk menjadi calon Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Bagi Sangkakala tindakan untuk bertanding sebagai Naib Persiden oleh Mukhriz Mahathir bukanlah satu tindakan tepat dimana beliau baru sahaja menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
Mukhriz sebenarnya lebih sesuai untuk duduk sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan bukannya Naib Presiden.
Kedah memerlukan lebih perhatian ekoran negeri tersebut baru sahaja dirampas kembali dari tangan pembangkang dan sudah tentu banyak perkara yang perlu diperbetulkan dari segi pentadbiran dan lanskap politik di negeri Jelapang Padi tersebut.
Mukhriz yang sebenarnya masih belum mempunyai kekuatan di Negeri Kedah dan belum pasti semua Ketua Bahagian di Negeri Kedah dapat menerima kehadiran beliau sebagai Menteri Besar.
Sangkakala juga melihat, sekiranya Mukhriz berjaya menjadi Naib Presiden, maka beliau akan mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pemuda sekiranya Khairy Jamaluddin masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pada pemilihan tahun 2008, Mukhriz telah mendapat pencalonan paling tinggi dan apabila tiba hari pertandingan atau pengundian, Mukhriz telah mendapat undi yang paling sedikit.
Ini membuktikan bahawa Mukhriz tidak begitu mempunyai kekuatan walaupun beliau adalah anak kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Apakah kali ini Mukhriz sudah mempunyai kekuatan untuk pergi lebih jauh keatas?
Jangan jadi seperti pemilihan lepas, kerana momokan daripada orang sekeliling, maka Mukhriz telah mengambil tindakan untuk bertanding di luar kemampuan.
Nanti Sangkakala ceritakan pula tentang calon lain..tunggu!!!!