Ahad, 1 September 2013

@NajibRazak KETUA BAHAGIAN BATU JANJI 50 RIBU JIKA MENANG ?? HEBAT TU !!!

Sangkakala ada terdengar yang Ketua UMNO Bahagian Batu ada menjanjikan pinjaman sebanyak RM 50k jika beliau menang sebagai ketua Bahagian dalam pemilihan kali ni.

Wahh..hebat tu!! Tapi itu adalah janji jika beliau menang sebagai ketua bahagian dan dengar cerita Perdana Menteri telah berjanji untuk memberikan jawatan sebagai pengerusi TEKUN.

Takkan nak luluskan sebanyak 50k bagi peminjam pertama kali? Kalau macam tu mudah lah orang nak buat pinjaman.

Setahu Sangkakala, pinjaman boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang berniaga tetapi untuk mendapatkan sebanyak 50k tu adalah mustahil sangat sebab bagi peminjam kali pertama biasanya akan diberikan sebanyak 15k sahaja itu pun berpandukan kertas kerja dan perniagaan yang dilakukan.

Janganlah matlamat menghalalkan cara dilakukan dalam pemilihan kali ni, Sangkakala tak kisah kalau Perdana Menteri nak lantik Datuk Yahya Mat Ghani ni dengan apa jawatan sekalipun tapi jangan tipu ahli UMNO.

Kalau pinjaman boleh diluluskan sebanyak 50k untuk peminjam pertama kali ianya perlulah dilakukan diseluruh negara, bukan sahaja untuk orang di bahagian Batu atau kaum kerabat beliau.

Apa yang Sangkakala nampak, Datuk Yahya atau Tok Abas akan menggunakan segala kemudahan yang ada pada beliau tidak kira sama ada benar atau tidak akan dilantik oleh YAB Perdana Menteri demi untuk memenangi jawatan tersebut.

Janji ini sebenarnya akan lenyap apabila beliau memenangi kerusi sebagai ketua bahagian, bukan orang UMNO Batu tak tahu apabila menang dan sekiranya dilantik sebagai pengerusi TEKUN,  maka akan timbullah pula alasan untuk mengelak daripada menunaikan janji janji yang di tabur sepanjang tempoh kempen ini.

Sangkakala juga berasa jika peminjam berjumpa dengan beliau sekiranya dilantik serta menuntut apa yang dijanjikan oleh beliau sekarang,  maka alasan yang diberi adalah cukup mudah iaitu kelulusan ditentukan oleh panel yang dilantik.

Jadi macam mana pula dengan janji beliau sekarang yang mengatakan beliau akan dilantik sebagai pengerusi TEKUN dan akan meluluskan pinjaman sebanyak yang dijanjikan tadi?

Inilah pemimpin yang seharusnya ditolak dalam kepimpinan di Bahagian kerana hanya berjanji untuk mencapai matlamat dan cita cita.

Sangkakala pernah berjumpa dengan salah seorang pengerusi TEKUN, Datuk Jumat Idris tak berapa lama dulu dan beliau mengesahkan bahawa tiada pinjaman sebanyak itu akan diberikan kepada peminjam kali pertama cuma ianya akan diberi sekiranya peminjam mempunyai rekod yang bbersihdalam melunaskan pembayaran.

Mungkin orang lain Tok Abas boleh nak sembang, tapi kalau Sangkakala dia nak cakap macam tu mungkin ada kkesilapan dari segi kenalan kot.

Jadi Tok Abas jangan sesekali nak tipu orang bahagian Batu sebab Sangkakala akan dedahkan pembohongan tersebut.