Pelik pulak Sangkakala baca jawapan dalam laman twitter Ahli Parlimen Shah Alam ni pasal kalimah Allah.
Ada ke tanya dalil dalam Al-Quran dan sunnah yang mengatakan bahawa kalimah Allah perli dipertahankan.
Islam ke dia ni? Jadi pelik pulak bila dia bertanya macam tu.
Kenapa perlu dalil baru kalimah Allah diselamatkan? Kalau begitu cuba Khalid sebutkan dalil Al-Quran atau Sunnah mana yang mengatakan bahawa orang Islam wajib undi PAS dalam pilihanraya sebagaimana yang disebut sebut oleh pemimpin PAS selama ni.
Kesian pulak Sangkakala tengok pengundi di Shah Alam apabila mendapat seorang ahli parlimen macam ni.