Jumaat, 20 September 2013

ANWAR IBRAHIM BERDOLAK DALIK DALAM SIASATAN RCI


Dalam soal siasat yang dilakukan oleh RCI tentang pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Anwar Ibrahim nampaknya terjerat dengan apa yang beliau sendiri perkatakan. 

Dalam soal jawab tersebut Anwar mengatakan bahawa beliau 5idak tahu langsung tentang projek IC tapi dalam masa yang sama beliau boleh pula memberitahu bahawa semua kelulusan diberi oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tun Mahathir Mohamad. 

Macam mana Anwar boleh kata kelulusan diberi oleh Tun M sedangkan beliau mengatakan langsung tak tau? Ada sedikit pelik disitu atau Akhbar Keadilan cuba nak pertahankan Anwar sampai keluarkan kenyataan bodoh macam tu sekali.

Anwar juga ada mengatakan bahawa Tun M terlalu banyak berahsia dan ada perkara perkara yang beliau sendiri tidak tahu.

Bagi Sangkakala, tindakan Tun M adalah yang paling bijak kerana sekiranya semua rahsia diberitahu kepada Anwar sudah pasti Anwar dengan mudah akan membocorkan rahsia tersebut.