Rabu, 25 September 2013

KAKITANGAN MAJLIS DAERAH KAJANG BERLAGAK MACAM GENGSTER !!! APA KATA KERAJAAN NEGERI ???


Sangkakala telah menonton video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial facebook yang telah memuat naik sebuah video tentang penangkapan anjing di Kajang.

Apa yany mendukacitakan ialah, perlakuan yang dibuat keatas anjing anjing tersebut bagi Sangkakala adalah melampau dan tidak berperi kemanusiaan.

Walaupun dalam islam anjing itu adalah haram tapi bagi Sangkakala ianya juga adalah makhluk Tuhan dan tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Itu satu cerita, lagi satu cerita pula, kakitangan yang menjalankan kerja menangkap anjing tersebut seolah olah berlagak macam gengster dengan memarahi orang yang merakam gambar kejadian twrsebut dengan mengatakan bahawa mereka kakitangan kerajaan. 

Deyy macha..itu kerja bukan mau kasi gaduh sama orang la..ingat awak kakitangan kerajaan boleh suka suka je ke nak buat apa pun pada haiwan tu?

Sangkakala harap perkara seperti ini tidak berulang lagi dan kepada kakitangan yang bertugas, janganlah terlalu kasar terhadap binatang, ianya juga bernyawa macam kita.