Selasa, 30 Januari 2018

PARTI PRIBUMI HANYA TEMPAT PELEMPIAS NAFSU @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir sebelum ini mengatakan bahawa beliau bersama sama Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Mukhriz dan beberapa orang lagi menghentam kepimpinan Perdana Menteri kononnya Presiden UMNO tersebut merosakkan UMNO dan tujuan mereka menolak kepimpinan Datuk Seri Najib adalah untuk menyelamatkan UMNO itu sendiri.

Namun setelah dilihat bahawa Datuk Seri Najib menerima sokongan padu dari ahli akar umbi UMNO, maka tertubuhlah sebuah parti yang dinamakan sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM.


Persoalan yang dimainkan sekarang ini, adakah Tun Mahathir benar benar hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO atau semata mata untuk melempiaskan nafsu Datuk Seri Mukhriz dalam mencapai tujuan untuk menjadi Perdana Menteri?

Apa yang dilihat sekarang ini adalah lebih kepada mirip untuk mendapatkan platform agar Mukhriz menduduki kerusi Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir menutup mata.

Peranan Tun Mahathir dalam percaturan ini jelas kelihatan apabila Presiden PPBM sendiri iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak mengepalai setiap gerakan yang dilakukan oleh PPBM dan ianya hanya dimonopoli oleh Tun Mahathir.

Persoalan kedua berlegar kini ialah, kenapa Tun Mahathir mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara? Dan siapakah individu yang bakal duduk di kerusi berkenaan selepas Tun Mahathir? Adakah Anwar Ibrahim atau sesiapa juga selain dari Mukhriz?

Kita semua masih lagi mengingati sejarah dimana Anwar Ibrahim dipenjara oleh Tun Mahathir atas alasan salah guna kuasa dan Sangkakala rasa semua juga tahu bahawa Anwar dipenjara sebab utamanya adalah cubaan untuk melawan Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Andai kata Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, maka kuasa Eksekutif akan diserahkan kepada beliau sama seperti beliau memegang jawatan Perdana Menteri dulu dan pelbagai perkara boleh dilakukan demi untuk mencapai matlamat utama iaitu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Jadi adakah Tun Mahathir benar benar ikhlas dalam perjuangan atau agenda utama menaikkan anak beliau sebagai Perdana Menteri.




TUBUH JAWATANKUASA PEMBANGUNAN TANAH JALAN SEMARAK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

KUALA LUMPUR: FELDA telah mengumumkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk berunding dengan Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade) bagi menambah baik perjanjian pembangunan untuk kepentingan dan kebaikan kedua-dua pihak.
Penubuhan jawatankuasa berkenaan diumumkan kira-kira dua minggu selepas FELDA mendapat semula tanahnya di Jalan Semarak di sini yang sebelum itu ditukar hak milik bagi pelaksanaan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Pada 15 Januari lalu, FELDA mendapat semula tanahnya bernilai lebih RM270 juta yang dipindah milik kepada Synergy Promenade tanpa kelulusan agensi itu sejak 2015. 

Penyerahan semula tanah berkenaan selepas 26 hari BH mendedahkan FELDA berisiko kehilangan tanah miliknya bagi tujuan pembangunan KLVC, menerusi transaksi pindah milik yang diragui.
Dalam satu kenyataan hari ini, FELDA memaklumkan, penubuhan jawatankuasa itu susulan perjanjian persefahaman yang ditandatangani di antara agensi rancangan tanah berkenaan dengan Synergy Promenade pada 15 Januari lalu.
Katanya, syarikat pemaju terbabit secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik 16 lot tanah kepada FELDA tanpa kos selain menyerahkan semua suratan hak milik hartanah berkenaan untuk didaftarkan semula atas nama FELDA.
"Jawatankuasa yang ditubuhkan menerusi mesyuarat FELDA pada 25 Januari lalu itu, dipengerusikan Ahli Lembaga FELDA mewakili Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail," kata kenyataan berkenaan.
Anggota jawatankuasa pula terdiri daripada Ahli Lembaga FELDA mewakili Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali serta wakil JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
Kenyataan itu memaklumkan, FELDA juga akan memohon kepada kerajaan untuk melantik seorang wakil daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM di dalam jawatankuasa berkenaan.

-sumber-

Sabtu, 27 Januari 2018

PERSOALAN YANG MEMBUATKAN GUAN ENG TAK LALU MAKAN TAK LENA TIDUR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #SkandalTerowongDAP

Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia dah tau tentang ketirisan dalam menguruskan kerajaan oleh kerajaan Pakatan Haram yang menguasai Pulau Pinang dan Selangor.

Baru baru ini satu lagi kepincangan telah didedahkan apabila projek terowong dasar laut yang diilhamkan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri telah membuat bayaran kononnya berjumlah lebih RM 300 juta hangat diperkatakan.

Apa yang lebih memeranjatkan bayaran tersebut hanyalah untuk kertas kerja pembinaan terowong berkenaan dan syarikat yang menerima bayaran berkenaan menafikan menerima bayaran sebanyak itu hingga menjadi persoalan apabila ada lebihan sebanyak RM 235.7 juta.


Persoalannya sekarang kemana wang yang hampir bernilai setengah billion ini hilang jika ianya tidak sampai ke tangan syarikat yang menjual kertas kerja berkenaan?

Persoalan yang diajukan ini sebenarnya membuatkan Guan Eng tak lalu makan dan tak lena tidur kerana hari ini rakyat telah dapat menilai siapa mereka yang sebenarnya.

Jika ini kerajaan yang hendak dikekalkan di Pulau Pinang maka kehancuran sebuah negeri di bahagian utara tanah air sudah boleh dilihat.


Selasa, 23 Januari 2018

PASUKAN RED GIANT DIPINGGIRKAN OLEH KERAJAAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Begitulah nasib yang kini melanda pasukan Red Giant yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.

Pasukan bolasepak ini tidak dibenarkan bermain di stadium Shah Alam sedangkan pasukan inilah yang membawa negeri Selangor ke mercu kejayaan bolasepak negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, YB Tan Sri Noh Omar telah menetapkan bahawa sekiranya Barisan Nasional berjaya menjadi kerajaan semula, maka sekatan ini akan dimansuhkan dan pasukan Red Giant akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam.


Isnin, 22 Januari 2018

PERDANA MENTERI SEMENTARA !! SIAPA PULA SELEPAS TU ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Bersorak sorai pengikut Tun Mahathir apabila Tun M kononnya akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan dapat menguasai kerajaan.

Tapi ada juga suara suara sumbang yang mempertikai perjawatan tersebut diserahkan kepada bekas Perdana Menteri yang kini mencecah usia 93 tahun.

Muhyiddin Yasin sendiri nampaknya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut dan ini ada kemungkinan Tan Sri Muhyiddin lebih kenal dan tau modus operandi yang akan dijalankan oleh Tun M.


Kemarahan Tun Mahathir menggelegak apabila anak beliau yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah dilihat tidak mempunyai peluang untuk terus ke hadapan bagi menerajui negara sebagai Perdana Menteri dan ini yang membuatkan Tun Mahathir menggunakan taktik serangan bertubi tubi hingga keluar dari parti dan menubuhkan parti baru serta memilih untuk bergabung dengan musuh politik beliau selama puluhan tahun.

Jika Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri, adakah beliau akan membiarkan orang lain bagi menggantikan jawatan beliau selain daripada Mukhriz anak beliau sendiri?

Tun Mahathir mungkin merasakan bahawa gerakan yang beliau lakukan sekarang ini tidak dapat dihidu oleh orang lain dan ternyata beliau silap langkah sebab sekarang bukan lagi seperti zaman beliau menjadi Perdana Menteri dahulu yang mana setiap perlakuan beliau tidak ada siapa yang berani untuk mengangkat muka.

Zaman sekarang semua orang layak bersuara, dan semua orang layak untuk memberikan pendapat dan jika di zaman Tun Mahathir memerintah dahulu, sudah pasti ramai yang menetap di Penjara Kemunting.

Anwar Ibrahim juga Sangkakala percaya melihat perkara ini walaupun kini beliau dalam penjara atas kesalahan meliwat dan setiap gerak geri Tun Mahathir bersama kuncu kuncunya sudah pasti akan ditentang oleh PKR apabila Anwar dibebaskan kelak.



Sabtu, 20 Januari 2018

SHAFIE AFDAL BUTA TENTANG KEKUATAN RELA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal @relamalaysia

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Affal kepada Pasukan RELA jelas membuktikan kebutaan beliau selama menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan Malysia.

Dengan mengatakan bahawa anggota RELA hanya ditugaskan untuk menjaga kenduri kendara adalah kenyataan yang mempunyai unsur unsur menghina pasukan tersebut.

Pelbagai kursus kemahiran diberikan oleh kerajaan kepada anggota RELA termasuk menggunakan senjata api dan kesiap siagaan untuk menjaga keamanan negara.

Anggota RELA juga ditugaskan dalam hal menjaga keselamatan di kawasan ESSCOM dan ini jelas membuktikan bahawa RELA bukanlah sebuah jabatan sukarelawan yang boleh dipandang biasa.











Sangkakala berani mengatakan bahawa Datuk Seri Shafie Afdal buta tentang penugasan RELA apabila setiap kali program yang diadakan selama beliau menjawat jawatan sebagai Menteri, sudah pasti anggota RELA akan dikerah untuk mengawal keselamatan dan juga lalulintas di kawasan program berkenaan.

Adakah kehadiran anggota RELA ini  tidak dilihat oleh Datuk Seri Shafie?

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh anggota RELA dan yang terbaru, RELA Wilayah Persekutuan telah membuat laporan polis tentang keceluparan Pengerusi Parti Warisan Sabah yang tak sampai setahun jagung ditubuhkan.

Pihak berkuasa perlu menyiasat penghinaan ini kerana ianya adalah satu bentuk penghinaan kepada lebih 3 juta ahli RELA yang selama ini bertugas demi untuk negara


Khamis, 18 Januari 2018

HINA PENIAGA NASI LEMAK !! TUN M CEMBURUKAN BANTUAN PIMPINAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Tun Mahathir baru baru ini mengeluarkan kenyataan menghina peniaga peniaga nasi lemak dan pemandu uber/grab dikalangan lepasan Universiti.

Mahathir mengatakan bahawa memalukan graduan menjual nasi lemak dan jadi pemandu uber/grab.


Kenyataan ini Sangkakala lihat adalah kenyataan berbaur cemburu dengan apa yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Razak berbanding apa yang diberikan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri dulu.

Banyak bantuan berupa latihan disediakan oleh kerajaan hari ini dan tidak mustahil lepasan lepasan universiti atau graduan ini melihat bahawa apa yang mereka lakukan sama ada menjual nasi lemak atau menjadi pemandu uber/grab lebih menguntungkan.

Berapa banyak peluang pinjaman peniaga kecil diwujudkan oleh kerajaan hari ini  bagi memberikan peluang kepada mereka menceburi bidang perniagaan yang diminati? Dan adakah ianya berlaku di zaman Tun M dulu?

Jadi kepada Tun Mahathir, Sangkakala rasa tak perlulah menghina mereka yang nak berniaga kerana mereka sedar bahawa mereka bukanlah anak atau cucu kepada Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun yang mana hari ini boleh bersenang lenang dengan kekayaan yang tak tau datang dari mana.



Rabu, 10 Januari 2018

FITNAH YANG MENJADI MAKANAN RUJI PEMBANGKANG @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Fitnah dan paakatan memang tidak sapat dipisahkan dan itu juga yang membuatkan pemimpin pakatan hari ini tidak kepas dengan beberapa saman fitnah.

Hari ini keluar pula satu cerita berkenaan dengan rombongan lawatan YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi yang tular di media sosial.

Dibawah ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri tentang perkara tersebut.

PENJELASAN PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI LAWATAN KERJA YAB PM KE ARAB SAUDI

PMO MALAYSIA :-

10 JANUARI 2018


Lawatan kerja YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir,  Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.

Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.

*Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat PERBELANJAAN SENDIRI ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.*

Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.

YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri

1) PMO FACEBOOK

https://www.facebook.com/PMOMalaysia/posts/2011082668907702

2) PMO TWITTER

https://twitter.com/pmomalaysia/status/950961008704565248