Khamis, 31 Mac 2016

LAPAN RATUS JUTA DUIT RAKYAT BAKAL LENYAP #scs

Dua projek loji air di Selangor bernilai RM 800 juta akan menjadi projek terbengkalai apabila projek Langat 2 siap kelak.

Itu apa yang di perkatakan oleh ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak.

Laporan lanjut DISINI


Persoalannya sekarang, kenapa kerajaan Selangor perlu untuk melaksanakan dua loji air sedangkan kerajaan pusat sudah pun menjalankan projek Langat 2 dan seperti yang kita semua maklum bahawa projek ini tidak mendapat sambutan daripada kerajaan negeri Selangor.

Apabila dikaji semula, masalah air kritikal akan berlaku pada 2017 hingga 2019 di negeri Selangor dan akhirnya 2 buah loji akan dibina dan ini disahkan oleh Menteri Besar sendiri.

Soalan kedua, adakah cerita air kritikal ini sengaja diada adakan oleh Menteri Besar untuk membolehkan dua buah loji ini dibina?

Kita semua dah tahu bahawa ada dua buah projek yang sedang dijalankan dengan menggunakan wang rakyat bernilai puluhan juta ringgit dan salah satunya baik pulih pintu gerbang Selangor yang menelan belanja tidak munasabah sehinga mencecah hampir 10 juta.

Mungkin juga dengan menakut nakutkan rakyat bahawa akan berlaku krisis air yang besar pada tahun depan maka rakyat akan menjadi takut dan menghalalkan pembinaan ini dan akhirnya pembinaan ini akan menjadi projek gajah putih di Selangor.





PASAR MALAM JADI BENTENG KEGAGALAN HIMPUNAN #scs

Baru baru ini saru himpunan telah diadakan di kawasan Pandan dan dinamakan sebagai himpunan rakyat.

Himpunan tersebut dikatakan telah menyasarkan sasaran seramai 1 juta orang namun kehadiran hanyalah seramai lebih kurang 400 orang seperti yang dilaporkan.


Yang paling menggelikan hati apabila Rafizi Ramli selaku ahli parlimen Pandan yang menjadi tuan rumah memberikan alasan yang amat menggelikan hati iaitu himpunan tidak berjaya kerana adanya pasar malam.

Pasar malam itu didakwa memberikan diskaun sebanyak 30 ke 50% dan ini membuatkan orang ramai pergi ke pasar malam tersebut.

Baca lanjut DISINI

Sangkakala terfikir, adakah harga pasar malam sama nilai dengan pemimpin yang hadir atau ianya lebih murah dari itu hingga rakyat sanggup pergi ke pasar malam tersebut.

Sebenarnya alasan demi alasan apabila mencapai kegagalan kita lihat dan dengar, salah menyalah ini sudah menjadi mainan apabila berlakunya kegagalan keranan yang menganjurkan program tersebut sudah tentu tidak mahu air muka jatuh di hadapan pemimpin.

Cuma ada satu yang Sangkakala lihat, ianya adalah kecerdikan rakyat yang melihat bahawa himpunan seperti itu hanyalah perkara sia sia dan apa yang penting ialah memajukan ekonomi.


Isnin, 28 Mac 2016

RAFIZI RAMLI DEDAH LAGI KISAH 1MDB #scs

1Malaysia Development Berhad atau 1MDB telah memberikan penjelasan sebanyak 91 kali berhubung dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan.

Baca juga KEBOCORAN LAPORAN AUDIT NEGARA

Dan kali ini Rafizi Ramli sekali lagi cuba melondehkan kegiatan 1MDB dengan LTAT dan ianya jelas menyalahi undang undang OSA yang diwujudkan.

Ini sebenarnya membolehkan 1MDB mengambil tindakan terhadap Rafizi dengan mengemukakan saman terhadap ahli parlimen Pandan tersebut.

Tapi persoalannya sampai bila pihak yang dianiaya seperti 1MDB hendak mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja memburuk burukkan 1MDB?

Acap kali si Rafizi mengeluarkan fitnah demi untuk memanipulasi pemikiran rakyat dan untuk memastikan rakyat terus membenci kerajaan walaupun ianya baik untuk negara serta rakyat.

Jadi bagi Sangkakala, Rafizi Ramli perlu diberikan pengajaran agar jangan terlalu sibuk membuat fitnah terhadap kerajaan, agensi atau anak syarikat kerajaan.




SURAU DAN MASJID BAKAL BERHADAPAN DENGAN MASALAH AKIBAT KESILAPAN KERAJAAN #scs

Baru baru ini Menteri Besar Selangor memaklumkan bahawa negeri Selangor akan mengalami krisis air kritikal pada tahun 2017 hingga 2019 apabila keperluan penggunaan air melebihi dari pengeluaran air di negeri tersebut.

Ini semua berpunca daripada keegoan kerajaan negeri dibawah Pakatan Pembangkang yang menolak pembinaan Loji Penapis Air Langat 2 yang sepatutnya telah pun siap dan sudah pun beroperasi.

Namun oleh kerana keegoan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azmin, maka krisis ini akan berlaku dan ianya mengambil masa yang agak panjang kali ini.

Amat mudah bagi Azmin memberikan nasihat iaitu kepada masjid dan surau yang disarankan agar "MENGURANGKAN PEMBAZIRAN AIR".


Persoalannya kini, adakah masjid dan surau sahaja yang membuat pembaziran air? Adakah dengan mengambil wudhu atau air sembahyang itu merupakan satu pembaziran hingga Azmin mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Sudah sudah la Azmin, kesilapan ini mungkin tidak akan menjejaskan kamu sebagai seorang Menteri Besar, tapi ianya menjejaskan kehidupan seharian rakyat Selangor dan apa yang paling penting sekali ialah, makin kuranglah pelaburan di Selangor kerana pelabur yang mahu membuat operasi di Selangor akan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius.




Ahad, 27 Mac 2016

JAWAPAN AMAT MUSTAHIL OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG #scs

"Saya tidak tahu nilai banglo kerana saya Ketua Menteri, bukan ejen hartanah" jawapan yang membuatkan Sangkakala tersenyum lebar memandang kebodohan tahap cipan atau kecerdikan tahap belatuk Ketua Menteri Pulau Pinang.


Majoritu mereka yang hendak memiliki kediaman mewah sudah pasti akan menyelidiki terlebih dahulu nilai harga pasaran semasa kediaman yang bakal dibeli dan adalah amat mustahil dalam kes ini Guan Eng terus membeli kediaman tersebut tanpa mengetahui atau memeriksa terlebih dahulu harga pasaran.

Sabagai contoh, jika harga rumah banglo yang menjadi kontroversi sekarang bernilai RM 1 juta, adakah Guan Eng akan membayar harga lebih dari 2 juta seperti sekarang? Sudah pasti dan amat pasti Guan Eng akan menolak pembelian berkenaan sebab, harga jualan melebihi harga pasaran.

Tapi kini bagaimana pula Guan Eng mengatakan bahawa beliau tidak tahu atau Guan Eng sengaja nak menunjukkan dirinya benar benar sebagai Tokong yang duduk tanpa mengetahui apa apa?

Satu lagi yang membuatkan kita semua mampu berfikir siapa sebenarnya Guan eng ialah dengan mengatakan bahawa konflik banglo kepunyaan beliau adalah konspirasi Barisan Nasional sedangkan YB Datuk Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengatakan bahawa semua dokumen pemilikan banglo berkenaan dikeluarkan oleh pihak pembangkang sendiri.

Baca juga GUAN ENG TUDUH PEMBOHONGAN BN

Jadi disini apa lagi yang Guan Eng cuba nak tonjolkan? Adalah kecerdikan beliau atau kebodohan melampau yang hendak dipertaruhkan?

Sama sama kita nantikan apa lagi jawapan Maharaja Lawak Mega oleh Guan Eng.




BERITA GEMPAR !! KIT SIANG AKHIRNYA MENGAKU BUKAN CINA #scs

Matlamat menghalalkan cara, itu memang dah menjadi modus operandi bagi DAP demi untuk mendapatkan undi, sama juga dengan apa yang dilakukan oleh PAP semasa mula mula untuk menarik perhatian orang Melayu di Singapura.

Lim Kit Siang mengatakan bahawa selama ini beliau tidak membenci Tun Mahathir malah kini mengganggap Tun Mahathir sebagai saudara dan persoalannya saudara yang bagaimana?


Kita selalu dengan saudara sesama Islam, saudara sesama bangsa tetapi anggapan saudara oleh musuh politik selama ini adalah amat merbahaya kerana ianya boleh mengundang kecewa.

Lim Kit Siang tidak mengaku bahawa beliau selama ini memusuhi UMNO dan sepanjang Tun M menjadi Presiden UMNO, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada UMNO dan Tun, tapi kini mengaku saudara?

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, musuh UMNO adalah DAP.

Tapi nampaknya Kit Sing bersama DAP cuba menangguk di air yang keroh apabila kekalutan hentaman Tun M terhadap Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri cepat dijadikan laluan mudah oleh DAP dan Pembangkang untuk mencapai matlamat.

Cuma mungkin apabila dendam kesumat menghantui diri maka Tun M terlupa dengan pelbagai gelagat DAP mengutuk, mengherdik dan memfitnah beliau satu masa dulu hingga sanggup duduk sebaris.



Sabtu, 26 Mac 2016

SEJAK BILA TUN MAHATHIR MAHU DENGAR CAKAP ORANG ??? #scs

Agak kelakar pula bila Sangkakala baca dari sebuah portal yang mengatakan bahawa Tun Mahathir dengar cakap Tengku Razaleigh berkenaan dengan serangan beliau terhadap Perdana Menteri.

Tun Mahathir mengatakan bahawa permulaan untuk menyerang Perdana Menteri dimulai oleh Ku Li dengan mengatakan bahawa satu undi tidak percaya akan di adakan dalam Parlimen bagi menjatuhkan kepimpinan Dato Sri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Baca DISINI.


Persoalan penting, sejak bila Tun Mahathir mahu dengar nasihat orang? Setahu Sangkakala, begitu banyak juga nasihat yang membawa kearah kebaikan iaitu dengan membantu kerajaan diambil enteng oleh Tun Mahathir, tapi bila nak jatuhkan Perdana Menteri pandai pulak Tun M mengikut nasihat Ku Li.

Ini semua bukan apa, baru baru ni Ku Li telah menandatangani deklarasi Kelantan yang dilihat menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri dan ini adalah sesuatu yang diluar jangkaan maka untuk memulihkan imej maka Tun M mengambil langkah selamat.

Cuma Sangkakala teringat bahawa Ku Li ada menyebut bahawa Perdana Menteri boleh dijatuhkan dengan undi tidak percaya di Parlimen dan kalau Ku Li berunding dengan Tun M untuk undi tidak percaya rasanya ada sedikit pelik.

Tun M bukanlah seorang ahli Parlimen sehingga Ku Li nak berpakat dengan beliau untuk mengadakan undi tidak percaya dan takde pula kedengaran Ku Li berpakat dengab mana mana Ahli Parlimen untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sedangkan untuk mengadakan undi tidak percaya, Ahli Parlimen Barisan Nasional juga diperlukan selain daripada pembangkang.

Jadi kita nilaikanlah sendiri, memang tidak dinafikan jasa Tun M ni banyak, tapi jika dia merosakkan semuanya maka selepas ini dia akan dikenang sebagai perosak segala apa yang dah ada pada hari ini.



KEADAAN SEMAKIN TENAT !! JANGKA HAYAT GUAN ENG MAKIN MUSNAH #scs

Cerita panas pembelian banglo bernilai 2.8 juta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tidak hanya tamat didalam parlimen malah ianya mengundang pelbagai reaksi dari rakyat.

Semalam satu himpunan aman telah diadakan di Pulau Pinang berkenaan dengan tanah Taman Manggis yang dikaitkan dengan pembelian banglo milik Guan Eng.





Syarikat KLIDC dikatakan telah memperolehi tanah Taman Manggis dengan harga RM 11 juta sedangkan kerajaan pusat pernah menawarkan harga sehingga RM 22 juta untuk memiliki tanah tersebut dan akan dibina dengan kediaman mampu milik namun permohonan kerajaan pusat telah ditolak dan dikhabarkan kini KLIDC akan menjual semula tanah berkenaan dengan harga berlipat kali ganda.

Ini juga telah dikaitkan dengan pembelian kediaman Guan Eng yang jauh lebih rendah dari nilai sebenar kerana banglo berkenaan milik salah seorang pemegang saham dalam syarikat KLIDC.

Ini telah membuatkan rakyat Pulau Pinang tidak berpuas hati hingga terjadinya himpunan aman semalam membantah penjualan tanah berkenaan kepada pihak lain yang kononnya akan membina sebuah hospital swasta.

Nampaknya keadaan atau situasi politik Guan Eng semakin tenat dan bertambah parah apabila pihak SPRM sudah mula mengambil tindakan dengan menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan siasatan.

Rakyat Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya perlu melihat dengan serius perkara ini kerana pemimpin DAP Pulau Pinang itu dilihat hanya akan menguntungkan kroni serta diri sendiri sedangkan rakyat dibiarkan menderita.



Jumaat, 25 Mac 2016

JAWAPAN YANG MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA #scs

Selama ini kita didendangkan dengan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta Perdana Menteri hingga ada di kalangan penyokong tegar Barisan Nasional juga turut terikut ikut dengan apa yang dicanangkan.

Apa yang pasti kebiasaannya paluan tohmahan ini akan dibawa oleh pasukan pembangkang dan sejak akhir akhir ini kita dikejutkan dengan kelantangan beberapa orang bekas pemimpin serta yang masih menjadi pemimpin begitu kuat menghentam pentadbiran kerajaan di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia.

Isu 1MDB begitu hangat diperkatakan apabila Tun Mahathir mula mempersoalkan perkara sama dan bermulalah episod tuduh menuduh hingga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut sama dalam memperkatakan tentang keburukan kerajaan.

Kita juga pernah didengarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara telah bertemu dengan beliau dan mengatakan bahawa wang 1MDB bernilai lebih dari 1 Billion tidak di pindahkan dari kepulauan Caymen ke Singapura.



Namun semalam satu perkara telah mengejutkan dimana Tan Sri Zeti sendiri mengesahkan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin berhubung dengan perkara tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah Tan Sri Muhyiddin sengaja mengada adakan cerita demi untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri seterusnya mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan?

Ada juga dikalangan beberapa orang pentaksub yang bersekongkol dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri ini mengatakan bahawa Tan Sri Zeti mengambil langkah selamat supaya tidak di kenakan tindakan.

Untuk makluman, Sangkakala amat yakin bahawa Gabenor Bank Negara ini bukanlah sebodoh itu dan beliau amat tahu bahawa jika membocorkan rahsia kewangan kepada sesiapa sekalipun sudah dianggap bersalah, dan didalam kes ini Sangkakala percaya dan yakin bahawa Tan Sri Zeti memang tidak pernah berbincang apa apa berkenaan dengan kewangan 1MDB bersama Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tapi seperti biasa, bila ada agenda tersembunyi maka pelbagai tohmahan akan dikeluarkan selagi matlamat tidak tercapai dan jawapan daripada Tan Sri Zeti benar benar memberikan kesan yang amat dalam terhadap mereka yang mengeluarkan tuduhan demi tuduhan selama ini.




PENIAGA HANTAR NOTIS BANTAHAN PADA ADUN BN !! TANDA PROTES #scs

Beberapa orang peniaga telah menghantar notis bantahan perobohan gerai mereka kepada ADUN Batang Kali yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.


Nampak sangat kerajaan negeri Selangor tak peduli tentang peniaga peniaga yang mencari sesuap nasi dengan cara berniaga secara kecil kecilan.

Ini dah menjadi polisi kerajaan Selangor yang mana para peniaga tidak lagi diberikam kebenaran untuk meneruskan perniagaan mereka untuk mencari rezeki menyara anak isteri.

Apa salahnya kalau mereka ini diberi peluang berniaga dan paling mudah berikan sahaja mereka lesen perniagaan agar perniagaan mereka halal di mata kerajaan negeri sebab selama ni kerajaan negeri mengklasifikasikan peniaga peniaga ini sebagai peniaga haram.

ADUN Batang Kali dilihat cuba mengenengahkan perkara ini namun seperti biasa, ianya akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi malah keadaan tidak akan berubah.

Sangkakala ada juga dengar bahawa kerajaan negeri sekarang cuba pula menyalahkan YDP PBT Hulu Selangor dengan mengatakan beliau bersekongkol dengan UMNO untuk merobohkan gerai gerai tersebut.

Ini adalah alasan bodoh yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor dimana kerajaan negeri Selangor sekarang adalah Pakatan dan bukannya Barisan Nasional.

PBT hanya menjalankan tugas mengikut arahan dari kerajaan dan kerajaan negeri sekarang bukanlah Barisan.



Khamis, 24 Mac 2016

TIPU DUIT !! MUKA KEPALA SINDIKET DISEBAR LUAS #scs

Macam macam cara orang nak menipu di zaman sekarang, tak kira tua mahu pun muda dan ada pula yang sampai mengaku Dato atau Tan Sri hanya semata mata hendak menipu.

Malam ni satu muka kepala sidiket penipuan skim saraan disebarkan di laman sosial untuk perhatian dan makluman orang ramai agar tidak terpedaya.



Menggunakan gelaran 'DATO' (tak pasti sahih ke tidak gelaran tersebut) lelaki diatas dikatakan ligat dalam usaha memperdaya orang ramai kononnya untuk menjana pendapatan bulanan hanya dengan membuat bayaran pelaburan kepada skim mereka yang digelar 'SKIM SARAAN JEMAAH'.

Diberitakan apabila skim berkenaan telah didapati menipu begitu ramai orang sehingga mencecah nilai jutaan ringgit, lelaki ini menukar modus operandi dengan menubuhkan koperasi untuk menghalalkan cara mereka merembat duit mangsa.

Dengan apa yang Sangkakala tulis ini mungkin dapat memberikan sedikit maklumat untuk perhatian pembaca dan boleh lah berhati hati jika didatangi oleh lelaki ini atau diperkenalkan oleh orang lain.



Rabu, 23 Mac 2016

SLOGAN LAUNGAN RAKYAT PULAU PINANG JADI KENYATAAN #scs

Sebelum PRU ke 12 yang lalu, DAP telah melancarkan satu slogan iaitu 'UBAH' dan terus disambut oleh rakyat Pulau Pinang hingga membuatkan kerajaan Barisan Nasional tumbang dan ianya berterusan sehinggalah PRU ke 13.

Laungan demi laungan dibuat oleh DAP sehingga rakรฝat Pulau Pinang mengubah corak landskap politik di negeri tersebut.

Tapi kini nampaknya slogan tersebut telah dizahirkan oleh kerajaan Pulau Pinang dan ianya bukan mengubah landskap politik malah mengubah landskap kehidupan rakyat.


Gambar diatas adalah gambar perobohan gerai gerai peniaga di Pulau Pinang.

Terdapat juga beberapa perkampungan dirobohkan dengan alasan untuk pembangunan dan apa yang menyedihkan lagi pembangunan yang disebut sebut semuanya didominasi oleh golongan berpendapatan tinggi.

Bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah?

Sudah pastinya golongan golongan ini terpinggir dan akhirnya mereka ini beransur ansur akan keluar dari Pulau Pinang.

Jadi sekarang slogan yang disebut sebut oleh rakyat Pulau Pinang satu masa dulu menjadi kenyataan dan yang mengharapkan perubahan tersebut telah mencapai matlamat.



Selasa, 22 Mac 2016

NGO PERLU BANGKIT DEMI AQIDAH UMAT ISLAM #scs


Oleh ustaz Rosdi Long

NGOs islam perlu bangkit bersatu demi untuk menjaga kesucian akidah umat islam

1. Memetik mutiara kata Hujjatul Islam Ibn Khaldun...sesuatu yang tidak ada asas pasti akan runtuh, sesuatu yang tidak ada penjaganya pasti akan hilang...
Asas dalam kehidupan kita adalah beragama iaitu islam...penjaganya ialah sultan @ pemerintah

2. Negara kita mencapai kemerdekaan dgn meletakkan asas yang cukup sempurna iaitu islam agama bagi persekutuan...perkara 3 perlembagaan persekutuan
Dengan asas itu membolehkan pihak kerajaan memelihara islam dgn begitu baik. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan bg tujuan memelihara & memartabatkan islam. Hal ini saya rasa tuan2 puan2 yang hadir sudah cukup jelas dengan penerangan dari Prof Datuk Naser Desa yang membentangkan tajuk Daulatkan Islam Agama Negara. Maknanya kedudukan islam sbg agama negara kita tak perlu dipertikaikan lagi.

3. Kebijaksanaan pemimpin dahulu telak trbukti berjaya mengangkat martabat islam dari dalam & juga luar negara. Negara luar sgt menyanjungi Malaysia sbg sebuah negara islam yang progresif...namun kita bimbang kerana dalam negara kita skrg telah wujudnya pelbagai anasir2 yang blh menjatuhkan martabat islam dan menghina kedudukan islam.

4. Jika umat dahulu perjuang berjihad utk memartabatkan islam dengan nyawa & harta benda mereka. Mereka sanggup mati dimedan perang berlawan dgn musuh islam ketika itu iaitu golongan kafir & munafik. Namun hari ini dalam konteks negara kita, kita bukan sahaja berdepan dengan peranan golongan kafir harbi yang sentiasa memusuhi islam...tetapi lbh dahsyat dari itu apabila adanya umat islam yang sanggup bersekongkol dengan golongan kafir melemahkan islam.

5. Ini terbukti dengan wujud pelbagai aliran pemikiran & fahaman yang bertentangan dgn akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat islam di negara ini.
Saya dimaklumkan antara tajuk yang telah disampaikan adalah berkaitan akidah Ahli sunnah. Ini penting kerana kita tidak mahu umat islam keliru apakah akidah sebenar yang sepatutnya menjadi pegangan kita.
Ada jugak pihak2 yang mendakwa akidah mereka yang benar...org lain semua salah. Merekalah pengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar...yang lain palsu...akhirnya umat islam semakin keliru siapa betul siapa yang salah. Kerana itu memahami hakikat ajaran Ahli
sunnah adalah sangat penting. Kerana itu, umno Sgor dgn kerjasama Iksim akan terus mengadakan roadshow ke seluruh negeri Sgor untuk mengambil peranan memberi penerangan tentang manhaj akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

6. Kita di Sgor juga berdepan dengan pelbagai aliran pemikiran yang menyeleweng/ sesat dari akidah Ahli Sunnah. Sbg cth..di beberapa buah negeri seperti Perak, Kedah, Pahang, Terenganu, Johor..telah mewartakan ajaran Syiah sebagai ajaran yang sesat dan salah untuk dianuti...namun dalam kontek negeri Sgor..majlis fatwa negeri telah mewartakan Syiah sesat tetapi kerajaan negeri sehingga hari ini tidak membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan undang2 pengharaman ajaran Syiah. Maknanya blm ada undang2 secara khusus...kerana itu peranan pihak penguatkuasa agama adalah terbatas.... Tindakan hanya boleh dibuat atas kesalahan melanggar fatwa yang hukumannya denda tidak lebih dari RM1000 ringgit.

7. Begitu jugak dengan fahaman2 lain yang difatwakan sesat seperti fahaman hizbur tahrir, Liberalisme & pluralisme agama...fatwa telah wujud  tahun lepas tp undang2 belum ada untuk dikuatkuasakan. Puncanya kerana pihak kerajaan negeri tidak serius dalam nak memelihara kesucian akidah umat islam ini.

8. Baru2 ini kecoh isu fahaman wahabi pulak. 5 buah negeri telah menfatwakan fahaman wahabi adalah bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah. Johor, negeri sembilan, perak, kedah & pahang telah menfatwakan. Tapi di Sgor belum ada fatwa lagi...maknanya di Sgor wahabi masih bebas berleluasa.
Ada pendapat mengatakan Sgor adalah pusat penyebaran fahaman wahabi kerana adanya Universiti Madinah (MEDIU) cawangan Malaysia. Pendapat tu mungkin ada benarnya kerana baru2 ni DYMM Tuanku Sultan Sgor ada mengeluarkan arahan kepada Dato Menteri Besar Sgor untuk memberi jaminan supaya fahaman wahabi & syiah tidak diajar di dalam kurikulum pengajian di MEDIU.
Ramai tak tahu tentang hal ini. Sebenarnya zaman Tan Sri Khalid Ibrahim jd MB pun, kerajaan negeri dah luluskan tanah untuk MEDIU bina kampus tetap di Sgor...tetapi pihak MAIS teleh menyakinkan Tuanku tentang bahayanya penularan fahaman wahabi di Sgor. Jd Tuanku Sultan telah menggunakan budi bicaranya mengarahkan kerajaan negeri Sgor tarik balik tanah itu...
Tapi bila Azmin jadi MB...kerajaan negeri teruskan semula projek tu... Apa maknanya tu??? Apakah MB tidak hormat apa yang telah menjadi titah Tuanku Sultan???@ ada agenda lain mungkin. Setahu saya fahaman wahabi agak keras sehingga mengkafirkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kalau begitu maknanya umat islam akan semakin berpecah belah. Dah la dalam politik pum kita berpecah...dalam bab akidah pun semakin berpecah.
Kenapa kerajaan negeri tidak mengubal undang2 untuk menyekat segala fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli sunnah wal jamaah??? Mungkin kerana ada pihak dalam kerajaan negeri sekarang yang suka melihat umat islam berpecah sbb mereka blh kekalkan kuasa...

9. Sebab itu saya sebut awal tadi, agama kalau tidak dijaga pasti akan hilang...dan penjaganya adalah pemerintah. Jika pemerintahnya baik insyaAllah agama akan tetap terpelihara kesuciannya.
Sebagai rakyat di Sgor saya masih tercari cari sejak kerajaan bertukar tangan dr BN kpd Pakatan...apa yang telah mereka buat dalam nak menjamin kesucian akidah umat islam di Sgor...
Rupa2nya belum ada pun rang undang2 yang dibawa ke dewan untuk diputuskan menjadi undang dalam hal ehwal umat islam. Maknanya apa yang dibuat oleh kerajaan BN dulu digunapakai sehingga hari ini. Wakil2 rakyat BN pernah ajukan soalan dalam dewan undangan negeri....bila Sgor nk buat undang2 hudud??? Tp mereka jawab hudud bukan keutamaan. Tapi sekian lama dalam ceramah dok hentam UMNO kafir sbb tolak hudud. Itulah akibatnya bila agama jadi alat politik. Kita berpolitik demi untuk memartabatkan agama...mereka menjadikan agama sebagai alat politik...beza tu.

10. Sebagai sebuah NGO, IKDDAS akan berperanan menjadi badan pendesak kepada pihak berkuasa agama. Antara agenda yang akan kita pastikan adalah tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap penyebaran fahaman2 yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Undang2 perlu diwartakan supaya pihak berkuasa agama boleh bertindak. Begitu juga dengan pusat2 maksiat seperti rumah2 urut, pusat hiburan yang begitu banyak dibuka...ianya perlu dikawal dan dipastikan tidak melibatkan umat islam.

11. Rakyat perlu sedar bahawa hal ehwal agama ini sebenarnya tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan negeri bukan kerajaan pusat. 

Mudah mudahan dengan niat yang baik untuk menjaga kesucian agama, kita harapkan Allah swt membantu kita, memberi kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah memelihara & memartabatkan islam.

Presiden
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas)

INILAH PUNCA GUAN ENG DAPAT BELI BANGLO MURAH #scs

Kecoh di serata Malaysia apabila Lim Guan Eng membeli sebuang banglo dengan harga yang amat memeranjatkan ketika ini.

Guan Eng mengakui telah membeli kediaman itu dengan harga 2.8 juta sedangkan harga pasaran kediaman tersebut melebihi RM 6 juta.

Guan Eng juga mengatakan bahawa pembelian tersebut adalah atas dasar "willing buyer willing seller" dan ianya adalah persis kepada kes yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor Dato Sri Khir Toyo satu ketika dulu yang kini masih lagi menjalani hukuman penjara selama setahun.

Dalam diam tak diam, kes pembelian kediaman Guan Eng ini lebih complicated rupanya apabila pemilik asal kediaman tersebut merupakan seorang pemaju perumahan dan juga seorang kontraktor.

Dibawah Sangkakala masukkan gambar bagaimana Guan Eng memperolehi kediaman beliau.

 
Inilah permainan DAP selama ini yang hanya akan menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan dimana mereka akan terus dengan rakus merembat apa sahaja yang ada di Pulau Pinang termasuk juga di Selangor.

Walaupun wakil PKR menjadi Menteri Besar tetapi pada hakikatnya DAP yang berkuasa dimana, Azmin hanya akan menuruti sahaja kemahuan DAP kerana apa? Kerana kerusi DAP melebihi kerusi PKR dan kini dengan kewujudan PAN maka kerusi DAP semakin mengukuh.

Rakyat seharusnya menilai dengan lebih teliti dan lebih baik kerana mungkin ada sesetengah dari kita mengatakan bahawa Barisan Nasional itu teruk, tetapi pakatan pembangkang itu lebih buruk.





DUIT RAKYAT SELANGOR TERUS MENGALIR KE DALAM PENJARA #scs

Masih ingat lagi tentang kes gaji penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor?

Mungkin rakyat Selangor mengatakan bahawa selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan meliwat pembantu peribadi beliau maka elaun sebanyak RM 1 tersebut tidak lagi dibayar.

Tapi nampaknya silap apabila kerajaan Selangor masih lagi membayar elaun tersebut kepada keluarga Anwar Ibrahim sebab Anwar dah tak boleh terima duit tersebut.

Akan ada yang menyebut bahawa apa la sangat dengan RM 1, perlu diingat bahawa Faekah Hussin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah sebenar yang diterima oleh Anwar adalah sebanyak RM 15 juta dan kenyataan tersebut langsung tidak diambil tindakan tapi hanya penafian semata mata.

Rujuk DISINI.

Jika kerajaan Selangor terus terusan memberi elaun sebanyak itu kepada Anwar dan keluarga beliau maka duit kerajaan yang juga merupakan duit rakyat Selangor akan digunakan untuk membela penjenayah dalam penjara.

Sebab apa Sangkakala mengatakan bahawa Anwar masih menerima wang tersebut? Sebab kerajaan Selangor pernah mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak pernah memberhentikan Anwar sebagai penasihat ekonomi.

Rujuk DISINI.

Duit rakyat Selangor digunakan dengan sewenang wenangnya dan jelas hari ini kerajaan Selangor mentadbir negeri hanya untuk mwngisi tembolok masing masing dan yang menanggung semua itu sudah pastinya rakyat Selangor.







Sabtu, 19 Mac 2016

INI BUKAN GURAUAN !! RAFIZI RAMLI KENA LAGI #scs

Kenyataan daripada CEO MARA tentang Rafizi Ramli

Saya telah memutuskan untuk membuat laporan polis ke atas Rafizi esok dan melantik peguam secara rasmi utk memfailkan saman. Berikut kenyataan saya UTK SIARAN media.(dan boleh di VIRALKAN)

1. Hari ini saya telah memfailkan satu laporan polis terhadap Rafizi Ramli dan NOW atas fitnah yang berulang-ulang kali dilakukan oleh beliau ke atas saya. Apabila beliau mula membuat kenyataan dan menamakan saya berhubung dengan transaksi hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Australia  tahun lepas, saya tidak berminat untuk membuang masa melayan fitnah beliau kerana beliau bukanlah seorang ahli politik yang saya anggap beretika. Beliau sering menggunakan taktik 'memetik nama' yang beliau anggap ada nilai berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang difitnah. Yang penting bagi beliau adalah kelangsungan politik peribadi. 

2. Tetapi apabila beliau mengitar semula tuduhan dan fitnah dan terbaru membangkitkan tuduhan yang sama dalam ucapan di parlimen, saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya. Nampak seolah-olah beliau tidak berpuashati dan terpaksa mengulangi fitnah beliau kerana kenyataannya sebelum ini tidak dipedulikan oleh media arus perdana mahupun portal berita internet. Namun saya terpaksa membuat laporan ini pada hari Sabtu kerana sibuk dengan urusan kerja pada hari-hari yang lain. 

3. Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat MARA Inc Sdn Bhd. PMB dan MARA Inc adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah yang tersendiri. MARA Inc juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu.

3. Saya juga bukanlah pemilik atau pengarah dan tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat yang dinamakan oleh Rafizi dalam kenyataan akhbar atau laporan polis beliau sebagai terlibat dalam transaksi hartanah Dudley House atau mana-mana transaksi yang dijalankan oleh syarikat MARA Inc.

4. Kenyataan beliau yang terus mengaitkan saya dan cuba memberi gambaran bahawa saya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat berkenaan serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukan saya sebagai anggota kerja MARA adalah fitnah semata-mata. Tambahan lagi saya hanya menyertai PMB pada Julai 2013, lama selepas hartanah berkenaan dibeli oleh MARA Inc. 

5. Laporan ini dibuat supaya penyiasatan dilakukan dan tindakan diambil ke atas beliau atas kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan telah menjatuhkan maruah dan reputasi saya sebagai anggota kerja MARA.

Nazim Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Pelaburan MARA Berhad

Kuala Lumpur
Sabtu, 19 Mac 2016

************************************************

Lepas ni Rafizi jangan pula kata dia bergurau sekali lagi macam yang lepas lepas, dah berani buat kena le berani tanggung.

Kepada CEO MARA pula kalau si Rafizi ni mohon maaf tak payah terima, biar dia rasa sebab si Rafizi ni fitnah memang mainan dan dia bukannya dalam keadaan tidak waras keluarkan tuduhan.



Jumaat, 18 Mac 2016

FAKTA SEBENAR PEMBELIAN RUMAH OLEH GUAN ENG #scs

Kecoh hari ni apabila Ketua Menteri Pulau Pinang membeli sebuah banglow bernilai jutaan ringgit dan ianya dikatakan dibawah harga pasaran.


Kalau nak dikirakan pembelian rumah ini, Dato Sri Khir Toyo juga pernah membeli rumah yanh dikatakan dibawah harga pasaran sedangkan pada ketika itu Khir Toyo membeli rumah yang terbengkalai dan ianya perlu di perbaiki baru boleh didiami.

Sedangkan Guan Eng membeli sebuah kediaman yang siap di ubah suai pada tahun 2008 dengan hanya kenaikan lebih kurang 300 ribu dan kediaman itu pula dikatakan bernilai lebih dari RM 6 juta sedangkan Guan Eng hanya memilikinya dengan bayaran 2.8 juta.

Dalam kes ini apa perbezaan diantara kes Khir Yoyo dengan Guan Eng? Kalau Khir Toyo boleh dikenakan tindakan undang undang kenapa tidak Guan Eng?

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan menyiasat sama ada berlakunya unsur penyalah gunaan kuasa oleh Guan Eng sehingga dia boleh membeli kediaman tersebut dengan harga kurang dari separuh harga pasaran.

Untuk bacaan lanjut pembaca boleh klik DISINI.



Khamis, 17 Mac 2016

ADUN BATANG KALI TERJAH KEGAGALAN KERAJAAN NEGERI @NohOmar #scs

Semalam Sangkakala masukkan kekecewaan penduduk di Taman Ehsan Selayang kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan menguruskan hal sampah.

Hari ni pula ADUN Batang Kali, YB Dato' Mat Nadzari Ahmad Dahlan turun ke padang meninjau sendiri kawasan pembuangan sampah secara haram.


Pembuangan sampah secara haram ini jelas menunjukkan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah sampah di Selangor dan ini boleh menjadikan wabak denggi meningkat di Selangor dan tidak hairanlah jika pada bulan Januari sahaja 12 kematian dilaporkan di Selangor akibat daripada denggi.

Dalam laman facebook milik beliau, YB Mat Nadzari mengatakan bahawa hampir 20 meter sistem perparitan tertimbus dengan sampah dan ini boleh mengakibatkan banjir kilat.

Persoalannya sekarang ni, adakah rakyat Selangor selesa bergelumang dengan sampah di sekeliling mereka? Dan adakah mereka mahu membiarkan sahaja perbuatan kerajaan negeri yang dilihat mengabaikan amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat Selangor yang mengundi mereka dalam 2 pilihanraya yang lalu hingga mereka berjaya menjadi kerajaan?

Percaya atau tidak? Jika kerajaan ini terus dibiarkan, maka risiko rakyat Selangor mendapat penyakit yang mampu meragut nyawa adalah tinggi? Kerajaan Selangor akan terus membiarkan permasaalahan ini tanpa diambil apa apa tindakan kerana mereka merasakan bahawa walau apa pjn yang mereka lakukan, rakyat Selangor tetap akan memberikan kepercayaan kepada pakatan.

Rakyat Selangor perlu mengambil kira aspek kesihatan kerana penyakit yang mampu meragut nyawa ini tidak memilih siapa yang akan dijangkiti sama ada kaya atau miskin, tua atau muda, lelaki atau perempuan.

Jangan sampai kita kehilangan orang yang tersayang nanti baru kita sedar kesilapan kita memilih kerajaan yang tidak perihatin.



Rabu, 16 Mac 2016

PENDUDUK TAMAN EHSAN LUAH KEKECEWAAN !! AZMIN ALI TERLUPA MASUK LONGKANG #scs

Pada awal permulaan memegang jawatan sebagai Menteri Besar, bukan main lagi Azmin Ali nak tunjukkan dia buat kerja sampai turun membersihkan longkang sambil diperhatikan oleh pegawai pegawai kerajaan.

Habis semua sampai lori sampah pun dipanjat kononnya untuk memastikan kebersihan dan kesihatan rakyat terbela.

Tapi ibarat kata pepatah Melayu, "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya huja  di tengah hari", nampak sangat usaha Azmin tu hanya untuk menunjuk nunjuk bahawa beliau prihatin terhadap rakyat.

Hari ni jelas membuktikan bahawa perlakuan Azmin Ali hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dengan menunjukkan keperdulian beliau apabila seorang penduduk Taman Ehsan menunjukkan rasa kecewa apabila kawasan mereka tidak mendapat pembelaan seperti mana yang sepatutnya.


Nampaknya semakin hari semakin ramai rakyat Selangor melahirkan rasa kekecewaan dengan apa yang dilakukan oelh kerajaan negeri Selangor yang dilihat meminggirkan kesihatan rakyat.

Mungkin itu juga balasan yah setimpal diberikan oleh kepemimpinan kerajaan Selangor kepada para pengundi yang memilih mereka dalam dua kali pilihanraya yang lepas.



Selasa, 15 Mac 2016

AGEN PEKERJA ASING MAKI @Zahid_Hamidi ?? #scs

Ada sebahagian agen pekerja asing kini sudah mula hilang punca pendapatan apabila kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membawa masuk pekerja asing ke Malaysia bagi mengisi keperluan tenaga kerja.


Ini semua disebabkan oleh bantahan secara besar besaran kononnya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil berat tentang pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan beberapa sektor.

Ramai dikalangan rakyat Malaysia hari ini termasuklah yang selama ini menjadi penyokong kerajaan termakan dakyah pembangkang dalam isu 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Angka 1.5 juta ini sengaja diputarbelitkan seperti mana yang berlaku pada PilihanRaya Umum ke 13 dimana kita mendapat perkhabaran bahawa 40 ribu warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi.

Tapi pada masa itu, penyokong kuat kerajaan menafikan perkara tersebut hinggalah akhir akhir ini kita dapat melihat ada segelintir penyokong kerajaan cuba mencari populariti dengan menempelak kerajaan kononnya dengan kemasukan pekerja asing ini maka peluang pekerjaan anak anak muda akan hilang.

Sangkakala nak tanya disini, berapa ramai anak muda yang mendaftarkan diri di Kementerian Sumber Manusia dan dalam sektor bidang apa mereka mendaftarkan diri?

Kalau pun ramai yang mendaftar, Sangkakala yakin mereka ini bukanlah mendaftar atas sektor yang biasanya dilakukan oleh pekerja asing ini kerana sektor 3D ini tidak diminati oleh anak anak muda.

Mungkin semenjak dua menjak ni ada la gambar kononnya anak muda cuci tandas hotel, itu pun perlu di tanya berapa kerat dan adakah itu kerja hakiki atau sengaja nak menunjukkan bahawa mereka juga sanggup untuk buat.

Sangkakala ada la tanya baru baru ni dengan sorang budak muda yang menganggur sama ada beliau sanggup untuk melakukan kerja dalam sektor binaan atau tidak, jawapan yang Sangkakala dapat ialah TIDAK, dan nampaknya anak muda ini lebih suka menganggur daripada melakukan kerja seperti itu.

Tapi akhirnya yang kena maki ialah Menteri walaupun kebodohan itu sebenarnya terletak pada mereka yang membantah apa juga kebaikan yang cuba dilakukan oleh kerajaan.

Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh juga bukanlah untuk negara Malaysia, ianya adalah angka mereka yang berdaftat di Kementerian Sumber Manusia di Bangladesh dan sebanyak 39 buah negara telah memohon untuk mendapatkan pekerja pekerja ini mengikut keperluan termasuklah Malaysia, Sangkakala ulang, MENGIKUT KEPERLUAN, dan kalau keperluan hanya 200 ribu pekerja maka 20p ribu akan dibawa masuk, bukannya semua 1.5 juta.

Kadang kadang bila dikaji dan difikirkan semula, ada segelintir rakyat Malaysia yang badannya besar tapi otaknya agak kecik tak sepadan dengan badan hingga tak mampu untuk berfikir secara rasional.

Dan kini pembangkang berjaya untuk menghalang kemasukan pekerja asing dan kita perlu sama sama tunggu adakah pembangkang akan membuka kaunter peluang mencari pekerjaan bagi mengisi beberapa sektor yang dilihat agak kritikal untuk mendapatkan tenaga kerja.




Isnin, 14 Mac 2016

1MDB vs DEIG !! YANG MANA RISIKO LEBIH BESAR ?? #scs

Ramai dikalangan rakyat hari ni menceritakan tentang 1MDB yang kononnya membahayakan ekonomi negara dan ditambah pula dengan ketakutan yang diwujudkan oleh beberapa orang pemimpin dan bekas pemimpin kerajaan.


Sedangkan ada dikalangan rakyat agak terlupa dengan kisah DEIG atau Darul Ehsan Investment Group yang dikisahkan oleh YB Budiman Mohd Zohdi ADUN Sg Panjang setelah ADUN Meru yang merupakan Wakil Rakyat PAS menyatakan dalam sidang DUN supaya DEIG dikaji semula penglibatannya dalam menguruskan harta kerajaan dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Bukan sahaja ADUN BN yang mempertikai tentang kewujudan DEIG, malah ADUN dari Pakatan sendiri agak kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar terhadap harta harta kerajaan serta anak syarikat kerajaan yang diserahkan kepada DEIG.


Isu 1MDB telah beberapa kali dijawab oleh Arul Kanda, Presiden yang juga merupakan CEO kepada 1MDB dan beberapa penjelasan telah diberikan berkenaan dengan syarikat yang diwujudkan oleh kerajaan tersebut.

Tetapi tentang DEIG, Azmin sehingga kini masih mendiamkan diri walaupun beberapa desakan dibuat agar Azmin selaku orang yang bertanggungjawab dalam isu DEIG untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

1MDB merupakan syarikat yang diwujudkan untuk memacu pelaburan dan diberikan modal oleh kerajaan sebanyak RM 1 juta dan kemudian syarikat ini telah membuat pinjaman sebanyak RM 42 billion untuk membeli beberapa aset di seluruh negara dan ada juga di luar negara dengan jumlah aset melebihi RM 50 billion.

Sedangkan DEIG pula adalah sebuah syarikat dengan nilai modal berbayar sebanyak RM 2 dan kemudiannya diberikan kepercayaan untuk mengelolakan harta kerajaan serta anak syarikat kerajaan bernilai puluhan billion dan siapa yang menjadi lembaga pengarah juga tidak diketahui latar belakangnya.


Siapa agaknya penama penama dalam syarikat DEIG yang diberikan kepercayaan oleh Azmin Ali untuk menerajui harta kerajaan negeri? Apa kelulusan tertinggi mereka dan sejaub mana pengalaman mereka ini khususnya syarikat DEIG sendiri dalam menjadi perunding atau pemegang amanah harta?

Syarikat yang baru sahaja dibuka pada bulan Jun 2015 dan tahun ini pada bulan Jun juga baru genap setahun umurnya sudah diberikan kepercayaan setinggi itu?


Berbeza dengan ahli lembaga yang menjadi pemegang amanah dalam 1MDB dimana kesemua dikalangan pengurusan tertinggi mempunyai kelayakan yang amat sesuai dan diyakini mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap syarikat.

Boleh baca DISINI tentang kelayakan serta kepakaran ahli lembaga pengarah 1MDB.

Tapi bagaimana pula dengan DEIG? Apa kelayakan dan kemahiran mereka yang menjadi lembaga pengarah dan satu lagi perbandingan yang boleh dibuat ialah, 1MDB dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara dan kerajaan Malaysia sedangkan DEIG pula dibiarkan untuk diuruskan oleh 2 orang yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan.

Ini jelas membuktikan bahawa risiko bagi rakyat Selangor sebenarnya bukan terletak pada 1MDB tetapi terletak pada DEIG.

Cuba bayangkan jika kedua dua ahli lembaga DEIG ini melarikan diri dengan harta kerajaan negeri, apa akan jadi? Siapa yang boleh membuat pendakwaan jika harta tersebut semuanya diletakkan atas nama DEIG.

Berbeza pula dengan 1MDB yang mana syarikat tersebut membuat pinjaman malah aset yang dimiliki lebih daripada hutang yang ada dan jika 1MDB mencairkan semua asetnya untuk membayar balik pinjaman, maka syarikat berkenaam masih lagi mempunyai keuntungan berbanding dengan DEIG yang akan lenyap begitu sahaja dengan herta kerajaan negeri Selangor yang selama ini dikumpul oleh kerajaan Barisan Nasional untuk kesejahteraan rakyat.

Hebat permainan Azmin Ali, dalam diam buat onar dan sudah pasti jika sesuatu berlaku maka Azmin akan mencari helah seperti biasa untuk menyelamatkan diri.

Jadi rakyat Selangor sebenarnya perlu lebih memberikan perhatian kepada DEIG agar harya yang terkumpul selama ini tak hilang atau dilarikan oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab.



Ahad, 13 Mac 2016

PAN PULA BUAT JANJI KOSONG MACAM DAP DI PENANG #scs

PAN kini dilihat sudah mula menaburkan janji janji kosong kepada rakyat sedangkan kita semua tahu bahawa PAN adalah hasil daripada perpecahan yang berlaku dalam PAS selepas merebut jawatan Presiden.


Aminuhuda Hassan yang merupakan pengerusi PAN di Johor semalam menyatakan bahawa sekiranya PAN menang dalam pilihanraya yang akan datang maka rakyat Johor akan menikmati rumah, tanah dan perkerjaan yang hebat.

Baca lanjut DISINI.

Persoalannya kini, berapa tahun PAS memerintah di Kelantan sebelum perpecahan berlaku dalam hingga tertubuhnya PAN?

Janji janji seperti ini sebenarnya elok di tong sampahkan sebab janji janji manis ini hanyalah untuk mengaburi mata dan minda rakyat sedangkan apa yang bakal berlaku sudah pasti sebaliknya.

Kita lihat sebagai contoh di Pulau Pinang, berapa banyak rumah dan perniagaan orang Melayu yang dirobohkan? Sama juga dengan apa yang berlaku di Selangor.

Memang tidak dinafikan bahawa banyak rumah mewah didirikan di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita tahu bahawa kediaman kediaman ini takkan mampu dimiliki oleh orang Melayu dan akhirnya orang bukan Melayu akan mendapat kesemua kediaman ini dan orang Melayu pula akan kehilangan apa yang mereka ada selama ini.

Janji semua orang boleh buat, tambahan pula apabila PAN kini seperti yang kita ketahui adalah keldai kepada DAP dan ianya akan setiasa dipacu dan takkan mampu untuk menjadi tuan.



FAHAMAN WAHABI SEMAKIN KUKUH !! AZMIN TAK PEDULI TITAH SULTAN #scs



Fahaman Wahabiyyah semakin kukuh bertapak di Selangor....

Selain dari pergolakan politik yang memeriahkan perbincangan masyarakat, isu akidah jugak semakin berleluasa dan hangat diperbahaskan.

Tindakan pihak berkuasa agama di beberapa buah negeri yang melarang penyebaran fahaman Wahabiyyah, telas memanaskan lagi perbincangan ilmiah dikalangan para ilmuan islam. Ada negeri yang mengharamkan dan ada pulak negeri yang membenarkan. 

Jadi masyarakat umum ada yang terfikir..."kenapa ada perbezaan dalam penetapan sesuatu fatwa"? Adakah islam itu berbeza-beza antara sesebuah negeri?

Namun dalam konteks negeri Selangor, Majlis Fatwa negeri adalah pihak yang paling berautoriti dalam menetapkan sesuatu fatwa.
Walaupun negeri-negeri lain seperti Perak, Negeri 9, Pahang dan beberapa negeri lain telah menfatwakan larangan penyebaran fahaman wahabiyyah di negeri itu kerana bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), namun negeri Selangor dilihat masih bersikap tunggu dan lihat.

Sewaktu Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor dikatakan telah bersetuju menghadiahkan sebuah kawasan kepada pihak Universiti Madinah Cawangan Malaysia (MEDIU) yang sekarang beroperasi di Plaza Massalam Shah Alam. 

Namun bantahan dari pihak Majlis Agama Islam Sgor (MAIS) kepada DYMM Tuanku Sultan, menyebabkan Baginda Tuanku menitahkan agar pemberian tanah itu ditarik balik. 

Berita itu sedikit menggembirakan para pencinta Akidah ASWJ kerana bahaya kesesatan Wahabiyyah itu dilihat sedikit terkawal.

Namun dek kerana pergolakan politik negeri, akhirnya Tan Sri Khalid digantikan dengan Menteri Besar baru yang pada pengamatan saya lebih zero fahamannya berkaitan isu akidah ini.

Perkhabaran baru diterima menyatakan pihak kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Dato Seri Azmin Ali, telah bersetuju meluluskan sebuah projek mega Bandar Universiti yang di pelopori oleh MEDIU jugak. 

Tanah seluas 800 ekar di kawasan Dewan Undangan Negeri Ijok, bakal dibangunkan untuk kampus tetap MEDIU.

Apakah MAIS sekali lagi akan menggunakan pengaruh Tuanku Sultan untuk membatalkan projek itu? 

Apakah kerajaan negeri pimpinan Azmin tidak meletakan isu ancaman terhadap akidah ASWJ ini sebagai suatu keutamaan bagi menjamin kesucian islam?

Apakah suatu hari nanti umat islam di Selangor akan berpecah belah dek kerana fahaman yang suka menyesatkan membid'ahkan apa yang menjadi amalan Ahli Sunah Wal Jamaah selama ini?

Yang pastinya umat islam akan semakin lemah denga perpecahan yang berlaku. Siapa yang beruntung?

Justeru sekiranya apa yang disampaikan ini suatu yang bakal menjadi realiti, amat malanglah kerana akidah ASWJ bakal berdepan dengan konflik berbalahan yang berpanjangan akibat penularan fahaman Wahabiyyah di negeri ini.

Pihak berkuasa agama dimintak untuk tegas menolak unsur Wahabiyyah dari terus menular di negeri Selangor ini.

Presiden IKDDAS

************************************************

Agak menghairankan juga, apa agenda Azmin Ali hingga kawasan yang dulunya di larang pemberiannya oleh DYMM Sultan kini diberikan semula oleh Azmin?

Mungkin Azmin perlu lihat bahawa bidang kuasa DYMM Sultan adalah secara mutlak dalam agama Islam dan Majlis Agama Islam Selangor adalah badan penasihat kepada Baginda.

Kecualilah kalau Azmin merasakan bahawa kedudukan dia di negeri Selangor adalah melebihi.kuasa Sultan.


SATU LAGI DEKLARASI DI BUAT DAN DITANDATANGANI SEMALAM @NajibRazak

Baru baru ini, Tun Mahathir bersama beberapa orang kuncu kuncunya serta anggota dari parti pembangkang telah menandatangai satu deklarasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Semalam pula satu lagi deklarasi telah dibuat oleh Ketua Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang menyatakan sokongan terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Presiden UMNO Malaysia, Dato Sri Najib Razak.

Dibawah ini adalah isi kandungan deklarasi yang dibawa oleh ketua ketua UMNO Bahagian tersebut yang diadakan di PWTC semalam.


DEKLARASI KETUA-KETUA
UMNO BAHAGIAN SELURUH MALAYSIA
                      
Putra World Trade Centre (PWTC)
Sabtu 12 Mac 2016 (5.00 PTG)

Kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia hari ini, Sabtu 12 Mac 2016, mencapai satu ketetapan dan kesepakatan berhubung isu 'Deklarasi Rakyat' yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamed, yang dilakukan bersama dengan pemimpin DAP, PKR dan PAN pada Jumaat, 4 Mac 2016
-------------------------------

Menginsafi bahawa Sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, keluruhan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  dan kemulian RUKUN NEGARA, wajib di pertahan oleh setiap warganegara, bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian; MAKA kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia bersepakat menyatakan DEKLARASI berikut;

1.  KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengambil ketetapan, bersatu berikrar memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan  Pengerusi Barisan Nasional, serta menyokong penuh dan mempertahankan YAB  Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai PERDANA MENTERI Malaysia, untuk terus memimpin negara.

2. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga bersepakat, MENGUTUK sekeras-kerasnya dan amat kesal Dan kecewa dengan tindakan mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, yang sanggup bersekongkol dengan PEMBANGKANG (DAP, PKR dan PAN) serta mengepalai "Deklarasi Rakyat", bersama Lim Kit Siang yang bertujuan untuk menjatuhkan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, selaku PERDANA MENTERI  Malaysia, yang jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi negara, tanpa mempedulikan kesan dan implikasi terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat.

KAMI mendesak Kerajaan  bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

3. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian MENDESAK Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), bertindak tegas Dan menghalang segala "road show" dan Perhimpunan Haram, yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya Pembangkang, bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemontrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia secara TIDAK DEMOKRATIK.

4. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersetuju dan bersepakat mendesak Kerajaan agar menamatkan serta merta segala perjawatan yang dipegang oleh mana-mana  pemimpin atau bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, di dalam Kerajaan atau GLC, yang secara jelas melanggar dan menghasut untuk mempersenda dan merosakkan  sistem pemerintahan DEMOKRASI BERPARLIMEN Dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, menggugat dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, memperlekeh KEDAULATAN  UNDANG-UNDANG dan tidak menghormati RUKUN NEGARA.

5. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya  tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan, khususnya YB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohammad Yassin dan YB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat  dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan YAB Dato' Sri Mohd Najib' Bin Tun Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokrasi.

KAMI MENDESAK Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO, mengambil TINDAKAN DISIPLIN yang tegas kepada ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan "Deklarasi Rakyat" dan bersekongkol dengan pembangkang.

6. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian BERIKRAR dan BERJANJI akan berusaha keras memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama, memimpin rakyat Malaysia di kawasan masing-masing dan MENDOKONG dan MEMPERTAHANKAN sepenuhnya SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN PERSEUTUAN dan RUKUN NEGARA.

Sekian.

#SolidaritiBersamaNajib.
   
  Datuk Wira Hj Mohd Yusof Bin Kassim Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah wakil solidariti Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia


Jumaat, 11 Mac 2016

SANUSI JUNID !!! JANGAN CUBA NAK UGUT AHLI UMNO #scs

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga merupakan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid rasanya tak perlu nak ugut kononnya kalau Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak tak melepaskan jawatan maka BN akan mengalami kekalahan.


Sebab apa Sangkakala kata jangan ugut macam tu? Sebab dulu satu masa Sanusi juga dilihat gagal dalam mentadbir Kementerian Pertanian yang kononnya meminta rakyat menanam padi diatas bumbung kediaman dan bangunan.

Kalau nak meminta Najib Razak turun sebagai Perdana Menteri, siapakah yang akan menjadi pengganti? Tan Sri Muhyiddin Yassin? 

Sehingga kini, seorang pun pemimpin dari kalangan yang meminta Najib Razak melepaskan jawatan menyatakan siapa yang akan menjadi pengganti untuk jawatan tersebut dan sudah pasti kalau mengikut hiraki dalam parti maka Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri.

Dan perlu diingat, jika Tan Sri Muhyiddin mampu untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang, mahukah pembangkang duduk sebaris dengan beliau serta beberapa orang lagi termasuk Tan Sri Sanusi menandatangani deklarasi baru baru ini?

Disini kita dapat melihat bahawa jika Najib Razak tidak mampu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada, sudah pastilah pembangkang akan menyokong Perdana Menteri untuk memegang jawatan tersebut sehingga pilihanraya akan datang kerana amat mudah untuk mematahkan Najib dan UMNO.

Tapi nampaknya Najib Razak mempunyai kekuatan mengekalkan kerajaan sehinggakan apabila dijemput oleh Tun Mahathir maka mereka mahu turut serta dan mungkin dalam pemikiran mereka bahawa dengan kekuatan Tun Mahathir dengan kuncu kuncunya maka pakatan pembangkang akan dapat menguburkan karier politik Najib dan seterusnya menaikkan Tan Sri Muhyiddin dan seterusnya akan memberikan laluan mudah untuk mereka menakluki Putrajaya dan yang paling penting, Anwar Ibrahim dibebaskan semula dari pertuduhan salah laku.

Agaknya ini yang Tan Sri Sanusi tak nampak dan apa yang penting bagi kumpulan ini, gerakan untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri mesti dijayakan, nak kalah atau menang pilihanraya letak tepi.

Masa sudah berubah, gaya kepimpinan juga perlu berubah, jadi biarlah Najib Razak meneruskan perjuangan sebagai Perdana Menteri dan apa yang penting sepatutnya sokongan dari ahli mesti dikuatkan demi untuk memenangkan parti dan bukannya mengelirukan ahli serta rakyat dengan kenyataan kenyataan kurang bijak.



JANGAN BENARKAN CASSANDRA HOOI PULANG KE MALAYSIA @zahid_hamidi

Seorang pelajar Malaysia berbangsa CINA di Universiti Nottingham United Kingdom dikatakan telah menghantar petisyen ke pihak Universiti berkenaan untuk menurunkan potret Perdana Menteri yang berada di Universiti tersebut.

Ini adalah satu tindakan biadab yang dilakukan oleh pelajar Malaysia berbangsa CINA ini.

Cassandra mengatakan bahawa persatuan pelajar universiti berkenaan kecewa dengab Perdana Menteri yang kononnya gagal menjawab isu berhubung dengan 2.6 billion.

Persoalannya kini, adakah pelajar pelajar ini begitu bodoh hingga tidak mampu untuk mencari maklumat sama ada persoalan tersebut sudah terjawab ataupun belum.

Takkan pelajar yang begitu hebat tidak mampu untuk membuat penilaian dan jika tak mampu rasanya sia sia duduk belajar di universiti ternama berkenaan.

Kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, Sangkakala amat mengharapkan agar kerakyatan mereka yang terlibat dalam perkara tersebut ditarik balik memandangkan mereka ini sudah tiada keyakinan dengan negara sendiri dan adalah lebih baik jika mereka mereka ini tinggal di negara yang mereka yakini.



Khamis, 10 Mac 2016

PANAS !! PRESIDEN IKDDAS NAIK ANGIN DENGAN JABATAN AGAMA ISLAM #scs

"Pondan" diberi tugas sebagai penguatkuasa agama di Sgor

Institusi agama sering menjadi sasaran kritikan banyak pihak yang berusaha untuk melemahkan dan menjatuhkan kedudukan islam supaya dianggap lemah dan bermasalah. 

Jakim, Yapeim, Tabung Haji antara agensi yang telah menerima pelbagai tohmahan. 
2016 ini juga menyaksikan pelbagai langkah diambil bagi meneruskan agenda pihak tertentu yang tidak suka dengan agenda islam. 

Terbaru adalah langkah penstrukturan di Jab Agama Islam Sgor (JAIS) yang melibatkan pelbagai jabatan. Namun apa yang menariknya apabila Bahagian Penguatkuasaan turut mengalami proses pertukaran secara besar besaran sehingakan Ketua Penolong Pengarahnya merasakan apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang merugikan. 

Ini kerana Bahagian Penguatkuasaan merupakan Bahagian yang paling hadapan dalam mendepani pelbagai aspek penyelewengan ajaran islam. Maknanya ia memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman dan berkemahiran. 

Apa yang berlaku merupakan langkah melemahkan aspek penguatkuasaan dilakukan. 

Apakah ini merupakan suatu campur tangan politik  untuk melemahkan aspek penguatkuasaan? Dimana peranan Exco Agama dari Pas yang langsung tidak mengendahkan pergolakan dalaman organisasi agama ini? Apakah kerana tindakan pihak penguatkuasa yang kerap melakukan serbuan keatas pihak yang menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah, tidak disenangi oleh mereka itu????

Pendek kata melemahkan aspek penguatkuasaan adalah langkah terbaik untuk memastikan kepentingan pihak pihak tertentu terpelihara. Bak kata pepatah "bila kucing tak ada, tikus semakin berani". 

Hakikatnya bukan kucing tidak ada, tetapi kucing yang baru dimasukkan itu adalah kucing "Pondan" yang mengalami krisis identiti, yang tidak makan tikus bahkan takut dengan tikus. 

Bagaimana penguatkuasaan undang-undang hendak dilakukan jika para penguatkuasa pun lemah jiwa raga mereka.???

Saya lebih cenderong melihat isu ini sebagai suatu usaha terancang dari pihak tertentu yang ingin melemahkan institusi agama. 

Ini kerana Bahagian Penguatkuasa adalah barisan depan dalam mempertahankan kesucian islam. 

Lemahnya barisan hadapan bermaksa lemahlah syariat islam. Akan berleluasalah penceramah agama yang tidak bertauliah. Akan bebaslah penganut fahaman syiah, liberalisme & plulralisme agama, hizbur tahrir, millah ibrahim, wahabiah dan lain-lain lagi fahaman yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. 

Kerajaan negeri pimpinan YAB Azmin Ali telah berjaya melemahkan peranan institusi agama di negeri Selangor...tahniah...


Presiden Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas)

Itu kata Presiden Ikddas tentang penguatkuasaan agama Islam di Selangor, bagaimana pula dengan akhbar Selangorkini yang di letakkan di masjid masjid pada hari Jumaat sehingga mengganggu khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib sebelum solat didirikan? 

Apakah Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam sudah buta dalam rukun mendirikan solat Jumaat adalah mendengar dua khutbah? Apakah kerajaan negeri telah berjaya membutakan pengetahuan agama pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Selangor hingga berterusan membiarkan perkara ini berlaku? 

Begitulah hebatnya kepimpinan Pakatan hingga agama Islam pun boleh di persenda. Yang juak juak PAS dalam kerajaan negeri pula terus membutakan mata dan memekakkan telinga kerana kuasa.



Rabu, 9 Mac 2016

BANGUNAN MILIK PKNS PULA BAKAL DIJUAL !! APA CERITA NI AZMIN ALI ?? #scs

Satu persatu harta kerajaan negeri akan lepas ke tangan milik orang luar.

Seperti yang Sangkakala pernah katakan sebelum ni, 3 unit pangsapuri di Mekkah di jual kini bangunan milik PKNS di Seksyen 7 Shah Alam pula akan berpindah milik.

Gambar kredit selangorpost.com
Siang tadi seramai 100 orang peniaga berhimpun menyatakan bantahan apabila bangunan bazar Roshni akan dijual kepada orang luar hingga menyebabkan PKNS bertindak menghalau para penyewa keluar dari bangunan tersebut.

Ada para peniaga telah mengeluarkan belanja sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengubahsuai kedai, namun ianya bukan menjadi alasan kuat untuk pihak PKNS meminta mereka mengosongkan bangunan tersebut.

Ini ke cara Azmin memerintah negeri sampai begitu banyak harta kerajaan negeri terpaksa dijual sedangkan Azmin mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masalah kewangan.

Kalau dah sampai jual aset milik kerajaan negeri, ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sekarang mengalami masalah kewangan dan ianya mungkin sudah semakin tenat.

Tak sampai 10 tahun memerintah, sudah begitu banyak harta kerajaan terlepas ke tangan orang luar dan semua harta berkenaan adalah hasil yang diperolehi semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah dulu.

Amat mudah nampaknya kerajaan Selangor dibawah kepimpinan pakatan memerintah sebuah negeri, bila bermasalah jual semua yang ada.

Sepatutnya kerajaan negeri menambah harta kerajaan, bukan menyusutkan lagi apa yang dah ada.

Sehingga sekarang tak nampak penambahan harta milik kerajaan negeri malah ianya bertambah kurang dan tak mustahil jika dibiarkan berterusan maka harta ini lama kelamaan akan habis.

Dengan jumlah pelaburan yang merudum, dengan peningkatan ekonomi yang jauh lebih teruk, kerajaan Selangor hari ini jelas gagal mentadbir kerajaan negeri.



Selasa, 8 Mac 2016

HENTIKAN SEBAR FITNAH DI MASJID !! SULTAN SELANGOR BERTITAH LAGI #SCS

Daulat Tuanku !! Hari ini Sultan Selangor bertitah lagi agar masjid masjid di seluruh negeri Selangor tidak dijadikan tempat untuk menabur fitnah hingga mengakibatkan kebencian kepada seseorang.


Tapi persoalannya adakah kerajaan Selangor akan menghentikan sebaran akhbar SelangorKini di masjid masjid walaupun jelas akhbar milik kerajaan Selangor tersebut tidak mengikut kritiria penulisan yang sepatutnya?

Baginda Sultan Selangor pernah mengeluarkan titah yang sama namun ianya dipandang remeh oleh kerajaan negeri yang tetap meletakkan akhbar berkenaan di masjid masjid pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat didirikan sehingga mengganggu tumpuan jemaah terhadap khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Akhbar tersebut baru baru ini juga mengeluarkan artikel bertajuk 'SETAHUN TAHANAN POLITIK' yang menjurus kearah penahanan Dato Sri Anwar Ibrahim walaupun mahkamah telah menetapkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipenjarakan atas salah laku beliau meliwat bekas pembantu pribadinya.

Bukankah itu juga satu fitnah terhadap institusi kehakiman dimana jelas akhbar berkenaan menidakkan hukuman yang di jatuhkan oleh mahkamah terhadap Anwar.

Sejauh mana titah DYMM Sultan Selangor ini akan dipatuhi oleh kerajaan Selangor? Atau mereka akan membiarkan sahaja perkara ini lenyap ditelan pemikiran?

Rakyat Selangor perlu ingat bahawa, kerajaan Selangor hari ini tidak peduli dengan apa yang dititahkan sedangak titah Sultan merupakan arahan secara langsung dan ianya.tidak mungkin boleh disanggah oleh mana mana kuasa politik atau kerajaan dibawah naungan Baginda.



Isnin, 7 Mac 2016

PENGGUNA LAMAN FACEBOOK HENTAM NGA KOR MENG TANPA HENTI #SCS

Nga Kor Meng, ahli Parlimen dan juga ADUN DAP Perak dihentam oleh pengguna laman facebook apabila memuat naik sekeping gambar dalam laman FB milik beliau yang menunjukkan beberapa pelajar sedang menyeberangi sebatang sungai.


Dengan mengatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Sarawak, ramai pengguna menyelar kebodohan pemimpin DAP berkenaan sedangkan ianya adalah gambar para pelajar di Indonesia.



Tujuan Kor Meng memuat naik gambar tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memfitnah kerajaan Barisan Nasional yang kononnya tidak mengendahkan pembangunan di Negeri Kenyalang tersebut sedangkan pelbagai pembangunan telah dibawa oleh kerajaan Batisan Nasional dan yang terbaru sekali pembinaan lebuhraya Pan Borneo yang mempunyai kepanjangan lebih 2000 kilometer menghubungkan Sarawak dengan Sabah tanpa Tol.

Ini semua jelas menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang tidak akan berhenti untuk memfitnah kerajaan demi untuk mengaburi mata rakyat namun ianya tidak berjaya apabila Kor Meng terlupa bahawa sumber maklumat kini hanya dihujung jari dan fitnah serta adu domba kini bukan lagi menjadi sumber utama untuk memburukkan kerajaan.

Mungkin lepas ni pemimpin pembangkang akan memikirkan cara lain pula untuk menipu rakyat Malaysia untuk membolehkan mereka memenangi pilihanraya dan membolehkan mereka memerintah.



KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR #scs

1- BPUNS menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Dato Seri Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri untuk terus menerajui saf kepimpinan negara. 

2- BPUNS  mahu supaya semua rakyat dan ahli UMNO khasnya bersatu dan menghormati mandat yang telah diberikan kepada YAB Perdana Menteri untuk menerajui negara ini.

3- BPUNS melihat tindakan Yang Berbahagia Tun Mahathir bersengkokol dengan pembangkang untuk memaksa Perdana Menteri meletak jawatan adalah satu perkara yang tidak menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada UMNO BN.

3- BPUNS menzahirkan rasa kesal atas tindakan Tun Mahathir yang mahu menukar Perdana Menteri yang jelas memperlihatkan kehendak nafsu politik beliau melebihi ketetapan yang pernah beliau perkatakan tentang DAP dan PKR.

4- Sebagai mantan Perdana Menteri beliau pasti memahami keperluan mempertahankan  demokrasi dan tindakan beliau sekarang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang bekas pemimpin negara. Dalam proses menukar Perdana Menteri ianya perlu melalui perlembagaan dan bukannya melalui demonstrasi jalanan ataupun melalui memorandum.

5-BPUNS mengucapkan tahniah kepada YBhg Tun kerana telah berjaya memperdayakan barisan pembangkang untuk bersama beliau dan mengiktiraf Tun sebagai pemimpin mereka. Tun Mahathir perlu bersedia untuk dipergunakan kembali oleh pembangkang untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara yang kita sedia maklum masalahnya berpunca ketika pemerintahan beliau.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor


Khamis, 3 Mac 2016

KENYATAAN TAN SRI ANUAR MUSA TENTANG TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN #scs

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) bahawa beliau ingin terus kekal bersama UMNO telah kita duga. 

Kita harus mengalu-alukannya. Ia membuktikan UMNO adalah satu-satunya wadah terbaik untuk perjuangan membela AGAMA BANGSA DAN NEGARA dan umat Melayu dan Bumiputera terutamanya harus kekal bersatu di bawahnya.

Keluar parti atau menyertai parti lain bukanlah satu 'option' yg bijak dlm konteks realiti politik negara hari ini.

Sebagai ahli, kita berharap TSMY BERFIKIR SEMULA tentang cara beliau bertindak dalam parti. Kita dalam MT ketahui beliau selama ini tidak banyak bersuara dlm MRAT, jauh sama sekali bersikap lantang. 

Saya menjadi ahli MT sejak lebih dari 25 tahun lalu dan TSMY bukanlah seorang yg byk  bersuara dlm MT.

Ini jauh berbeza dari apa yg beliau cuba gambarkan sekarang. 

Sebab itulah ramai kalangan sahabat  yg merasa hairan kenapa secara tiba-tiba kini TSMY BERSUARA LANTANG DI LUAR termasuk mengungkit isu yg beliau sendiri tidak pernah membawanya dlm MT secara berterus terang.

Di sinilah timbul tanggapan TSMY kini berbuat demikian kerana mempunyai agenda peribadinya sendiri.

INILAH YG MENYEBABKAN BELIAU DITOLAK OLEH HAMPIR KESEMUA AHLI MT dan Bahagian Bahagian UMNO.

Dengan menyatakan TSMY menegur dgn ikhlas saja tidak mencukupi, TETAPI KEIKHLASAN ITU HARUS TERNAMPAK JELAS DAN MESTI BERSULAMKAN KEBIJAKSANAAN, HIKMAH DAN HASANAH.

Tindakan yg jelas mengikut rentak musuh dan nyata membawa keburukan.

SUDAH TENTU BAKAL DITOLAK OLEH JUTAAN AHLI UMNO YG LAIN YG JUGA IKHLAS INGIN MELIHAT PARTI INI tidak menjadi mangsa musuh yg ingin memporak perandakannya.

TARIKLAH RAMBUT DLM TEPUNG, RAMBUT JGN PUTUS, TEPUNG JGN BERKECAI.

Fikir-fikirkanlah supaya nampak sebagai pemimpin yg bijaksana.

Menjatuhkan pemimpin utk naik ke jawatan presiden bukan cara UMNO walaupun mungkin TSMY pernah berjaya berbuat demikian terhadap Pak Lah satu ketika dulu.

Bagi kita, tidak sukar utk memahami cara yg dipilih TSMY sebelรผm ini

Nilailah semula sementara peluang masih ada.

USAH memilih utk tidak membantu presiden.

JANGAN DIDORONG KEYAKINAN YANG DATO' SERI NAJIB RAZAK (DSN) MAHU DIJATUHKAN dan dgn itu beliau BERPELUANG menjadi PM bersama TPM pilihannya sendiri.

Kesilapan percaturan ini telah membawa padah apabila cara ini SAMA SEKALI DITOLAK OLEH SAF PIMPINAN UMNO SEMUA PERINGKAT sama ada NASIONAL, NEGERI, BAHAGIAN DAN CAWANGAN. FIKIRLAH SEMULA.

Sebagai ahli parti, TSMY kini mempunyai hak spt mana termaktub dlm perlembagaan UMNO.

 Kita percaya beliau akan guna HAK itu sepenuhnya.

Namun harus diingat, bersama hak sebagai ahli datangnya TANGGUNGJAWAB ahli pada parti dan hak parti itu sendiri terhadap ahli termasuk TATAETIKA DAN DISIPLIN yg wajib dipatuhi.

ADALAH PENTING BAGI MT MEMASTIKAN PERKARA INI DI KUATKUASAKAN TANPA MEMILIH PANGKAT DAN KEDUDUKAN SPT TSMY sendiri lakukan berkali-kali sbg Pengerusi JK PENGURUSAN

Sesiapa saja yg memilih menjadi ahli WAJIB mematuhi keputusan parti.

BERSATU DLM PARTI, BERSETIA DGN PIMPINAN DAN BERKHIDMAT KPD AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR DGN JUJUR DAN IKHLAS.PERCAYA PADA QADHA DAN QADAR ALLAH SWT.

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah agar bukan sekadar bertindak berani tetapi juga bertindak bijaksana.

Wallahualam...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA/
KETUA UMNO KETEREH 
- 3 Mac 2016

Rabu, 2 Mac 2016

LAGI ASET KERAJAAN SELANGOR DIJUAL !! BUKTI SUMBER KEWANGAN NEGERI MAKIN KRITIKAL #SCS

Kita pernah dengar sikit masa dulu kerajaan Selangor jual sebuah hotel milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur.

Hari ni pula kita dihidangkan dengan berita bahawa kerajaan Selangor bakal menjual aset mereka yang berada di Arab Saudi.


Apakah kerajaan Selangor sekarang sudah mengalami krisis ekonomi yang kritikal sampai terpaksa menjual aset di Arab Saudi?

Sebagai sebuah negeri yang menjadi negeri paling maju semasa zaman Barisan Nasional, kini negeri Selangor berdepan dengan pelbagai masalah dan paling ketara apabila pelabur tidak mahu lagi melabur di Selangor kerana beberapa masalah terutamanya masalah bekalan air.

Mungkin disebabkan itu juga, maka kerajaan Selangor bertindak menjual aset aset yang ada untuk mengendalikan kewangan negeri yang dilihat semakin susut.

Dalam kesusutan kewangan ini, kerajaan Selangor terus juga melakukan pembaziran seperti membaik pulih pintu gerbang yang memakan belanja hampir 10 juta ringgit serta membaik pulih kubah masjid yang menelan belanja puluhan juta ringgit.

Azmin pula ditelanjangkan oleh Chegu Bard dalam beberapa sidang akhbar yang menunjukkan salah laku Azmin dalam mentadbir kerajaan negeri.

Sedarlah wahai pengundi dan anak anak Selangor, selagi pakatan memerintah negeri, selagi itulah masalah demi masalah akan berlaku.