Isnin, 14 Mac 2016

1MDB vs DEIG !! YANG MANA RISIKO LEBIH BESAR ?? #scs

Ramai dikalangan rakyat hari ni menceritakan tentang 1MDB yang kononnya membahayakan ekonomi negara dan ditambah pula dengan ketakutan yang diwujudkan oleh beberapa orang pemimpin dan bekas pemimpin kerajaan.


Sedangkan ada dikalangan rakyat agak terlupa dengan kisah DEIG atau Darul Ehsan Investment Group yang dikisahkan oleh YB Budiman Mohd Zohdi ADUN Sg Panjang setelah ADUN Meru yang merupakan Wakil Rakyat PAS menyatakan dalam sidang DUN supaya DEIG dikaji semula penglibatannya dalam menguruskan harta kerajaan dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Bukan sahaja ADUN BN yang mempertikai tentang kewujudan DEIG, malah ADUN dari Pakatan sendiri agak kurang senang dengan apa yang dilakukan oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar terhadap harta harta kerajaan serta anak syarikat kerajaan yang diserahkan kepada DEIG.


Isu 1MDB telah beberapa kali dijawab oleh Arul Kanda, Presiden yang juga merupakan CEO kepada 1MDB dan beberapa penjelasan telah diberikan berkenaan dengan syarikat yang diwujudkan oleh kerajaan tersebut.

Tetapi tentang DEIG, Azmin sehingga kini masih mendiamkan diri walaupun beberapa desakan dibuat agar Azmin selaku orang yang bertanggungjawab dalam isu DEIG untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

1MDB merupakan syarikat yang diwujudkan untuk memacu pelaburan dan diberikan modal oleh kerajaan sebanyak RM 1 juta dan kemudian syarikat ini telah membuat pinjaman sebanyak RM 42 billion untuk membeli beberapa aset di seluruh negara dan ada juga di luar negara dengan jumlah aset melebihi RM 50 billion.

Sedangkan DEIG pula adalah sebuah syarikat dengan nilai modal berbayar sebanyak RM 2 dan kemudiannya diberikan kepercayaan untuk mengelolakan harta kerajaan serta anak syarikat kerajaan bernilai puluhan billion dan siapa yang menjadi lembaga pengarah juga tidak diketahui latar belakangnya.


Siapa agaknya penama penama dalam syarikat DEIG yang diberikan kepercayaan oleh Azmin Ali untuk menerajui harta kerajaan negeri? Apa kelulusan tertinggi mereka dan sejaub mana pengalaman mereka ini khususnya syarikat DEIG sendiri dalam menjadi perunding atau pemegang amanah harta?

Syarikat yang baru sahaja dibuka pada bulan Jun 2015 dan tahun ini pada bulan Jun juga baru genap setahun umurnya sudah diberikan kepercayaan setinggi itu?


Berbeza dengan ahli lembaga yang menjadi pemegang amanah dalam 1MDB dimana kesemua dikalangan pengurusan tertinggi mempunyai kelayakan yang amat sesuai dan diyakini mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi terhadap syarikat.

Boleh baca DISINI tentang kelayakan serta kepakaran ahli lembaga pengarah 1MDB.

Tapi bagaimana pula dengan DEIG? Apa kelayakan dan kemahiran mereka yang menjadi lembaga pengarah dan satu lagi perbandingan yang boleh dibuat ialah, 1MDB dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara dan kerajaan Malaysia sedangkan DEIG pula dibiarkan untuk diuruskan oleh 2 orang yang langsung tiada kena mengena dengan kerajaan.

Ini jelas membuktikan bahawa risiko bagi rakyat Selangor sebenarnya bukan terletak pada 1MDB tetapi terletak pada DEIG.

Cuba bayangkan jika kedua dua ahli lembaga DEIG ini melarikan diri dengan harta kerajaan negeri, apa akan jadi? Siapa yang boleh membuat pendakwaan jika harta tersebut semuanya diletakkan atas nama DEIG.

Berbeza pula dengan 1MDB yang mana syarikat tersebut membuat pinjaman malah aset yang dimiliki lebih daripada hutang yang ada dan jika 1MDB mencairkan semua asetnya untuk membayar balik pinjaman, maka syarikat berkenaam masih lagi mempunyai keuntungan berbanding dengan DEIG yang akan lenyap begitu sahaja dengan herta kerajaan negeri Selangor yang selama ini dikumpul oleh kerajaan Barisan Nasional untuk kesejahteraan rakyat.

Hebat permainan Azmin Ali, dalam diam buat onar dan sudah pasti jika sesuatu berlaku maka Azmin akan mencari helah seperti biasa untuk menyelamatkan diri.

Jadi rakyat Selangor sebenarnya perlu lebih memberikan perhatian kepada DEIG agar harya yang terkumpul selama ini tak hilang atau dilarikan oleh mereka mereka yang tidak bertanggungjawab.



Tiada ulasan: