Jumaat, 29 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN (SIRI 3) @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Siri ke tiga ini Sangkakala akan dedahkan lagi tentang apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir kepada rakyat Malaysia selama beliai memerintah agar rakyat dan para pengikut Tun Mahathir yang mungkin terlepas pandang selama ni.

Beberapa buah Independent Power Plant atau lebih mudah disebut sebagai IPP telah dibina oleh syarikat swasta dan dua dari pemilik IPP ini adalah Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Lim Goh Tong.


Syarikat syarikat ini kemudiannya menjual tenaga elektrik mereka kepada Tenaga Nasional Berhad dengan harga yang agak tinggi serta kenaikan tarif setiap tahun hingga membuatkan TNB mengalami kerugian setiap tahun serta rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik.

Namun begitu, YAB Datuk Seri Najib Razak mempunyai idea lain bagi mengelakkan TNB terua mengalami kerugian dan rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik saban tahun dengan menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

1MDB bertindak membeli beberapa buah IPP milik syarikat syarikat swasta ini hingga Tun Mahathir merasakan bahawa pemilik pemilik IPP ini yang juga merupakan sahabat sahabat beliau tidak lagi boleh menjana kekayaan sealiran dengan aliran arus elektrik yang dibekalkan.

Ini juga sebenarnya menjadi punca kenapa Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri dan mengeluarkan fitnah kononnya 1MDB mengalami kerugian dan syarikat tersebut menggunakan wang rakyat sedangkan 1MDB hanya diberi modal permulaan sebanyak RM 1 juta untuk permulaan dan kemudiannya 1MDB membuat pinjaman bagi meneruskan operasi syarikat.

1MDB tidak meminta kerajaan untuk bailout syarikat tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Proton seperti mana yang Sangkakala tulis sebelum ini.

Walaupun 1MDB telah menjual kembali IPP milik mereka kepada syarikat lain, namun rakyat Malaysia tidak lagi menanggung kenaikan tarif elektrik sepertimana yang berlaku di zaman Tun Mahathir.

Sebagai contoh, kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib tidak akan menaikkan tarif elektrik dan ianya kekal seperti hari ini sehingga ketahun 2020.


Ini juga membuatkan ego Tun Mahathir tercabar apabila sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya tidak pernah berlaku kepada rakyat Malaysia.


Khamis, 28 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN (siri 2) @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Seperti yang Sangkakala janjikan dalam artikel semalam, hari ini Sangkakala nak sambung tentang ketamakkan Tun Mahathir serta ego yang ada dalam diri beliau.

22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri memperlihatkan banyak kemajuan yang dilakukan pada ketika itu dan bangunan pencakar langit berbentuk H  juga telah didirikan.

Namun adakah semua itu untuk rakyat Malaysia? Seperti pembinaan bangunan KLCC, berapa ramai anak atau syarikat milik bumiputera mendapat tempat di KLCC?

Beberapa Syarikat milik kerajaan juga kehilangan upaya untuk meneruskan perniagaan seperti contoh, Perwaja Steel yang akhirnya gulung tikar.


Begitu juga dengan Proton yang dilihat tidak mempunyai kekuatan daya saing diperingkat global hingga memaksa kerajaan untuk bailout bagi mengelakkan kerugian dan gulung tikar.

Tapi kenapa kerajaan terpaksa bailout Proton sedangkan ianya hanyalah syarikat pegangan saham oleh kerajaan.

Rupanya dalam Proton ada kuncu Tun Mahathir yang sedang cari makan dengan membekalkan cat anti karat dan beberapa pembekal lagi dan demi untuk menyelamatkan kedudukan mereka ini, maka Tun Mahathir telah menggunakan berbillion ringgit duit rakyat dalam usaha kononnya menyelamatkan Proton.

Tapi adakah Proton terselamat? Proton masih lagi belum selamat kerana ketidak upayaan seperti yang Sangkakala tulis diatas tadi.

Di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak pula, sistem bailout ini tidak lagi diperaktikkan tetapi sistem usahasama atau penjualan sebahagian saham bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti diperkenalkan maka pihak pengurusan Proton mengambil keputusan menjual sebahagian saham Proton kepada sebuah syarikat dari negara China bernama Geely Automobile Holding Ltd yang merupakan sebuah syarikat pengeluaran kenderaan terbesar di China.

Sebanyak 49.9% pegangan saham dalam Proton kini dimiliki oleh Geely dan ini membuatkan Proton bertambah keupayaan dari segi kewangan, kemahiran serta kualiti pengeluar kenderaan Proton dimasa akan datang.

Ini telah membuatkan Tun Mahathir berasa tidak puas hati kerana apabila Proton sudah memiki rakan kongsi yang baru, maka segala keputusan perlu di buat bersama dan peluang untuk kroni Tun Mahathir mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam Proton akan terbantut.

Ini juga menjadi punca dendam kesumat menjadi tebal dalam hati Tun Mahathir terhadap YAB Perdana Menteri.

Ikuti kisah seterusnya dalam siri 3 nanti.



Rabu, 27 Disember 2017

ANTARA TAMAK DAN EGO TUN MAHATHIR YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir Mohamad telah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan semua jawatan beliau dalam kabinet pada tahun 2002 semasa persidangan Agung UMNO ketika itu.

Tun Mahathir mengatakan pada para perwakilan dari seluruh negara bahawa beliau telah lama membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti serta kerajaan.


Pada tahun 2004 berlakulah pilihanraya umum yang memperlihatkan Barisan Nasional yang pada itu diketuai oleh YAbhg Tun Abdullah Ahmad Badawi mendapat majoriti paling banyak dalam sejarah iaitu 198 kerusi dalam parlimen.

Walaupun hanya 2 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah mampu untuk menyatukan rakyat dibawah satu naungan kerajaan iaitu Barisan Nasional.


Maka disitulah bermulanya episod ketidak tenteraman dalam jiwa Tun Mahathir apabila melihat Tun Abdullah yang baru 2 tahun menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, mampu untuk memberikan kemenangan besar terhadap kerajaan berbanding beliau yang memerintah selama 22 tahun.

Maka bermulalah episod serangan terhadap Tun Abdullah dari segenap sudut ditambah pula dengan permulaan kehadiran media sosial maka Tun Abdullah lunyai dikerjakan oleh Tun Mahathir hingga membuatkan Tun Abdullah melepaskan jawatan dan Barisan Nasional tidak mendapat undi 2/3 dalam parlimen selepas pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri iaitu, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah selain Kelantan yang sememangnya ditadbir oleh PAS sebelum itu.

Tun Mahathir meluahkan rasa ketidak puasan hatinya sehingga sanggup keluar parti pada tahun 2008 hanya semata mata untuk melihat kejatuhan Tun Abdullah pada ketika itu hinggalah Pak Lah memilih untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang sekaligus meletakkan beliau sebegai Perdana Menteri.


Kini, selepas 10 tahun berlalu, Tun Mahathir sekali lagi melakukan serangan terhadap kerajaan dan serangan bertali arus ini ditujukan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Antara punca serangan ini adalah disebabkan ketidak setujuan Perdana Menteri untuk meneruskan projek jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau dan ini juga merupakan salah satu punca kenapa Tun Abdullah diserang oleh Tun Mahathir.


YAB Perdana Menteri juga diserang apabila dilihat lebih banyak memberikan kemudahan kepada rakyat berbanding zaman Tun Mahathir seperti memperkenalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 3 ribu bagi setiap isi rumah.

Ini tidak terdapat dalam pemerintahan Tun Mahathir, begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang mengilhamkan moto 1Malaysia bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa, agama mahupun fahaman politik.

Ini adalah punca punca mengapa Tun Mahathir merasakan bahawa ada keperluan beliau menyerang Perdana Menteri dan kerajaan dan bagi Sangkakala, ianya adalah untuk menghalang sejarah pemerintahan Tun Mahathir di telan dengan keadaan dan kestabilan di zaman YAB Datuk Seri Najib Razak.

Banyak lagi huraian yang akan Sangkakala buat berkenaan dengan keegoan dan ketamakan seorang lelaki bernama Tun Mahathir Muhamad.

Nantikan episod seterusnya.



Selasa, 26 Disember 2017

DARI MANA MOKHZANI DAPAT ASET SAMPAI 2.7 BILLION ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Mohkzani Mahathir, anak kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mempunyai aset bernilai RM 2.7 billion.

DAP pula dilihat memuji Mokhzani kerana memiliki aset sebanyak itu.


Persoalannya kini, darimana Mokhzani memiliki aset sebayak itu sedangkan Tun Mahathir bukanlah lahir dari kalangan orang kaya.

Video pujian Guan Eng kepada Mokhzani ada dalam blog KL Chronicle dan penulis blog berkenaan juga ada memaparkan beberapa video lain yang mengaitkan persoalan yang pernah diajukan oleh pemimpin pembangkang berkenaan kekayaan Mokhzani.



Jumaat, 22 Disember 2017

ABDUL RAHMAN MAIDIN TAK PERLU CAKAP BANYAK !! APA SUMBANGAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA ??? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Sangkakala tengok keratan akhnar dibawah dikongsi oleh seorang pengguna laman facebook.

Dan disitu Sangkakala terfikir, apa sumbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia bagi membantu menaikkan taraf ekonomi rakyat khususnya orang Melayu.


Bagi Sangkakala, kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Maidin ini langsung tak boleh pakai.

Sangkakala berani kata begitu sebab bukan sikit projek kerajaan yang lepas ke tangan beliau semasa menjadi Presiden DPMM dulu.

Dan seperti yang Sangkakala persoalkan, apa sumbangan yang dilakukan oleh DPMM dalam membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup?

Hanya dengan memberikan kursus kepada mereka yang telah menjadi ahli? Dengan cara memganjurkan seminar perniagaan dan akhinya peserta pulang sama sepertimana mereka hadir?

Rahman Maidin boleh la declare harta beliau baru le tau kaya ke miskin dan jangan lupa DPMM tu juga hasil daripada idea orang UMNO tapi yang melarikan matlamat asal penubuhan adalah mamak macam Rahman Maidin.

Khamis, 21 Disember 2017

PAN TUNGGU JEMPUTAN UNTUK HADIR HIMPUNAN SOLIDARITI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Esok satu himpunan raksaksa akan diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika yang mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Atas dasar ingin mempertahankan Baitulmaqdis, maka himpunan tersebut dirancang dan bakal dihadiri oleh pemimpin besar negara tak kira dari parti apa sekalipun.

Dalam pada tu, PAN mengatakan bahawa mereka tidak menghantar wakil kerana tidak mendapat jemputan.


PAN tak dapat jemputan atau takut dengan DAP sebenarnya ni?

Kita semua tahu bahawa PAN adalah parti serpihan PAS yang di hidupkan oleh DAP apabila Mat Sabu kalah bertanding sebagai Presiden PAS.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAN adalah boneka kepada DAP dan sudah pasti PAN agak risau untuk menyertai himpunan yang bersandarkan agama Islam kerana DAP sememangnya tidak selesa dengan Islam selama ni.



Selasa, 19 Disember 2017

CIKGU AZIZAN AKHIRNYA BEBAS !!! IBU BAPA PELAJAR NAK.HANTAR ANAK KE SEKOLAH MANA ??? @NajibRazak @zahid_hamidi @mahdzirkhalid @tunfaisal

Sangkakala tengok ramai yang menyokong Cikgu Azizan dan tak kurang juga yang mengkritik beliau kononnya tidak ada hak menampar pelajarnya yang mempunyai masalah disiplin.

Yang sebenarnya pada pandangan Sangkakala tindakan cikgu Azizan adalah tindakan yang bagus sebagai seorang pendidik yang mahu melihat anak didiknya menjadi manusia.


Itu juga adalah contoh seorang bapa yang mahu melihat anaknya berjaya dimasa hadapan.

Permasaalahannya sekarang apabila ada ibu bapa yang tidak boleh menerima bahawa anak mereka memang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Tindakan ibu bapa pelajar yang membuat laporan polis terhadap cikgu Azizan hanyalah untuk mengalihkan isu bahawa anak mereka memang bermasalah sekaligus memalukan keluarga.

Cuba kita bayangkan jika lepas ni guru guru mula merasa risau untuk menghukum para pelajar kerana takut diambil tindakan oleh ibu bapa, apa jadi akhirnya?

Anak anak pula bebas melakukan apa sahaja semahu mereka kerana mereka merasakan bahawa mereka ada satu imuniti atau ada kekebalan yang tidak membolehkan cikgu melarang mereka.

Namun hari ini telah terbukti bahawa tindakan seorang guru itu tepat apabila mahkamah membebaskan cikgu Azizan daripada pertuduhan yang dilemparkan oleh ibu bapa pelajar terbabit.

Kepada ibu bapa pelajar berkenaan, sila bawa anak anda ke sekolah lain atau bagi le dia hidu gam sepenuh masa di rumah, mungkin dengan cara itu anak anda akan berjaya di masa hadapan.

Jumaat, 15 Disember 2017

AZMIN ALI GAGAL PERTAHAN SULTAN SELANGOR SEBAB ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Kata kata Zaid Ibrahim yang dilemparkan kepada DYMM Sultan Selangor menjadi ingatan terhadap seluruh rakyat Selangor apabila Baginda diminta untuk menutup mulut berkenaan Tun M yang dilihat semakin menjadi jadi kemaraan dendam kesumatnya.

Dalam kes tersebut, rakyat Selangor telah bangkit untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada DYMM Sultan Selangor dengan mengadakan himpunan secara aman di Shah Alam baru baru ini.

Dalam.pada itu, Azmin Ali yang diperkenankan perjawatan beliau sebagai Menteru Besar dilihat gagal untuk mempertahankan Baginda Sultan.


Sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab Menteri Besar bagi mempertahankan Sultan namun itu tidak dilakukan oleh Azmin memandangkan Zaid Ibrahim adalah ahli DAP yang sememangnya di lihat tidak begitu selesa dengan Kesultanan Melayu.

Adakah Azmin sedar atau tidak sedar bahawa beliau kini berkedudukan sebagai Menteri Besar di negeri Selangor dan kebiadaban yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim juga terhadap Sultan Selangor.

Ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa Azmin dikuasai oleh DAP hingga tidak berani berhadapan dengan parti tersebut atau tidk berani menyanggah kenyataan Zaid Ibrahim yang telah membuatkan Baginda Sultan menjadi murka.

Menteri Besar sebegini harusnya dinagikan kehadirannya dalam pilihanraya akan datang kerana bukan sahaja gagal membela Baginda Sultan, malah dilihat seolah olah bersetuju dengan apa yang dibuat oleh Zaid Ibrahim.


KAMPUNG TOK SUBUH RANAP SELEPAS SUBUH.@NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sebuah perkampungan Melayu di Pulau Pinang ranap selepas subuh hari ini atas arahan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng.





Sejak DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, sudah banyak kawasan perkampungan khususnya perkampungan orang Melayu di Pulau Pinang menjadi korban.

Bukan setakat perumahan, malah perniagaan juga di belenggu dengan masalah perobohan akibat dari ketamakan kerajaan negeri untuk memberi kawasan kawasan tersebut kepada para pemaju dan sudah pastinya ia akan memberikan keuntungan kepada kantong DAP.

Tapi itu adalah kehendak orang Pulau Pinang yang satu ketika dulu mengetakan bahawa mereka hendakkan perubahan dengan cara menukar kerajaan maka benarlah perubahan itu berlaku.

Perubahan yang Sangkakala maksudkan ialah dari segi struktur penempatan yang akhirnya merugikan rakyat Pulau Pinang.



Khamis, 14 Disember 2017

PROGRAM KISS MENGHALALKAN AZMIN BAWA LARI DUIT RAKYAT SELANGOR @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Program Kasih Ibu Smart Selangor atau KISS nampaknya hanya akan membolehkan Azmin Ali membawa lari puluhan juta wang rakyat Selangor.

Bayangkan dengan pemberian kononnya sebanyak RM 2400 setahun dan seramai 30000 orang di Selangor berapa puluh juta peruntukan di perlukan?

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa wang ini akan dilesapkan oleh Azmin Ali? Ini ceritanya.


30 ribu orang penerima akan menerima sebanyak RM 2400 seorang maka ianya akan melibatkan wang sebanyak RM 72 juta.

Tapi syarat syarat bagi penerima KISS ini ialah tidak pernah mendapat mana mana bantuan baik dari kerajaan negeri atau pun pusat mahupun pusat zakat.

Seluruh negara hari ini mengetahui bahawa kerajaan pusat memberikan BR1M kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM 3 ribu dan RM 4500, dan bagi golongan muda yang belum berkerja juga layak untuk memohon.

Bagi ibu tunggal dan orang kelainan upaya pula, Jabatan Kebajikan kebiasaannya akan memberikan bantuan bulanan kepada mereka.

Jadi siapa sebenarnya sasaran yang nak diberikan oleh Azmin Ali dalam program KISS ni?

Jika tiada siapa yang layak, atau hanya segelintir.yang layak, maka peruntukan lebihan daripada RM 72 juta tadi nak dibawa ke mana?

Rakyat Selangor sepatutnya sedar bahawa mereka kini sedang dipergunakan oleh Azmin untuk mengaut keuntungan.


Selasa, 12 Disember 2017

CONFIRM RAFIZI GUNAKAN ISU RAHMAN DAHLAN UNTUK DAPATKAN DANA POLITIK @NajibRazak @zahid_hamidi @mpkotabelud @tunfaisal

Kisah fitnah yang dilakukan oleh Rafizi terhadap Datuk Seri Rahman Dahlan baru baru ini menjadi semakin panas apabila Rahman Dahlan akan mengambil tindakan menyaman Rafizi atas fitnah yang disebarkan oleh beliau.

Tapi sebenarnya ada kisah di sebalik mengapa Rafizi begitu berani mengeluarkan finah tersebut dan adalah amat mustahil beliau tidak tahu tentang apa yang dilakukan oleh beliau.

Rafizi kini sebenarnya sedang mencari dana bagi pilihanraya akan datang dan hanya dengan dikenakan saman ke atas beliau maka dana berkenaan akan diperolehi.


Seperti yang pernah berlaku tak berapa lama dulu, Rafizi telah disaman oleh National Feedlot Corporation atau NFC sebanyak RM 300 ribu dan beliau dengan pantas membuat rayuan mendapatkan sumbangan orang ramai.

Jumlah saman yang dikenakan oleh NFC adalah sebanyak RM 300 ribu tetapi jumlah yang berjaya dikumpul oleh Rafizi melalui sumbangan adalah sebanyak RM 1.5 juta ringgit.

Ini bermakna masih ada lebihan sebanyak RM 1.2 juta selepas ditolak pembayaran kepada NFC.

Kini Rafizi bakal berdepan lagi dengan saman fitnah iaitu memfitnah Datuk Seri Rahman Dahlan dan tidak mustahil perkara sama.akan berlaku dan jika lebih besar nilai saman keatas beliau maka lebih besar dana akan diperolehi.

Ada juga kemungkinan bahawa wang ini bukanlah sumbangan orang ramai tetapi ianya hanyalah untuk mengaburi mata kerajaan dengan bersandarkan ayat sumbangan.

Kerajaan perlu juga melihat adakah akaun yang digunakan oleh Rafizi benar benar mempunyai transaksi sepertimana yang diperkatakan oleh Rafizi atau ianya sekadar kenyataan?



Isnin, 11 Disember 2017

RAFIZI RAMLI BAKAL BERDEPAN DENGAN SATU LAGI SAMAN FITNAH @NajibRazak @Zahid_Hamidi @mpkotabelud @tunfaisal

Sejak sekian lama rakyat Malaysia kerap kali dimomokkan dengan fitnah dan pemfitnah paling tegar di kalangan pembangkang pula ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Sejak semalam dan hari ini tular di media sosial tentang fitnah Rafizi yang mengatakan bahawa program Expo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka di laksanakan oleh adik beradik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Rahman Dahlan.

Hanya kerana nama bapa yang serupa, maka Rafizi dengan pantas mengatakan bahawa Raslan Dahlan adalah abang kepada Rahman Dahlan.

Isu ini agak hangat dan YB Datuk Seri Rahman Dahlan menerusi akaun twitter milik beliau mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan terhadap Rafizi yang cuba memfitnah beliau dalam isu barkenaan.


Rafizi Ramli memang terkenal sebagai pengeluar fitnah bagi pihak pembangkang dengan harapan kerajaan dipandang buruk di mata masyarakat.

Tapi agak menghairankan apabila walaupun tahu bahawa si Rafizi ni raja fitnah, masih ramai lagi yang mempercayai kata kata beliau.

Mungkin kali ini Rafizi perlu sekali lagi memohon derma bagi membantu beliau membayar saman dan kos guaman kerana memfitnah Rahman Dahlan.

Cuma satu Sangkakala minta supaya kerajaan memantau sama ada benar wang yang diterima oleh Rafizi merupakan sumbangan orang ramai atau ada pihak yang menaja beliau bagi mengeluarkan kenyataan kenyataan kontroversi bagi memudahkan pengaliran wang masuk ke dalam Malaysia bagi membiayai politik pembangkang.




LEMAN RAJA LAWAK MELELEH TENGOK DIRA ABU ZAHAR

Kenyataan Dira Abu Zahar dalam perhimpunan Puteri UMNO Malaysia jelas membuatkan beberapa orang pemimpin pakatan panas.

Salah seorang yang terkesan ialah Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang bingkas membuat kenyataan mengajak Dira untuk berdebat demi mempertahankan Fathia Latiff yang dilihat kerap kali mengeluarkan kenyataan menentang kerajaan.


Cuma disini Sangkakala agak hairan, kenapa Leman ajak Dira berdebat sedangkan ramai lagi kepimpinan UMNO di peringkat pemuda boleh diajak debat bersama beliau?

Adakah kerana ingin menarik perhatian Fathia atau sengaja hendaj duduk sepentas bersama Dira?

Jika dikatakan hendak mempertahankan rakan artis, Leman rasanya belum latak digelar artis memandangkan beliau bukanlah seorang pemenang dalam rancangan Raja Lawak.

Kalau setakat masuk pertandingan kemudian tersingkir dan sudah dikira artis, ramai lagi artis diluar sana termasuklah yang masuk pertandingan karaoke terbuka anjuran beberapa pihak sebelum ini.

Atau Leman saja nak cari publisiti memandangkan populariti beliau kini agak jatuh apabila menyertai PAN.

Sangkakala nasihatkan kepada bekas peserta Raja Lawak ni, tak perlu la buat lawak dalam parti PAN pula sebab ianya takkan membawa kepada kemenangan.



TUN M PULANGKAN DARJAH KEBESARAN NEGERI SELANGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Hari ini adalah hari kebesaran bagi negeri Selangor iaitu hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Selangor.

Hari ini juga menjadi saksi apabila Tun Mahathir memulangkan semula 2 Darjah Kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada beliau dulu.


Bagi Sangkakala, ini hanyalah retorik semata mata memandangkan banyak lagi pingat dan Darjah Kebesaran yang Tun M perolehi dari Raja dan Sultan di seluruh negara tapi kenapa hanya memulangkan Darjah Kebesaran Selangor?

Jika Tun Mahathir memulangkan Darjah berkenaan kerana kemurkaan Baginda apabila Tun M menyentuh tentang orang Bugis, maka beliau perlu juga memulangkan semula Darjah Kebesaran Pahang, Johor dan lain2 negeri termasuk Darjah Kebesaran Persekutuan yang beliau pernah terima.

Jadi kepada Tun Mahathir, tak payah berlakon sangat la, sebab lakonan tu hanya laku pada pengikut parti Bunga, pada rakyat, Tun Mahathir tetap pengkhianat bangsa Melayu.


Isnin, 4 Disember 2017

#PAU17 WAN ASSHIMA JUGA BIASA TERLIBAT DALAM MAKSIAT ??

Sangkakala rasa terpanggil untuk membalas semula tuduhan bekas AJK Puteri UMNO Bahagian, Wan Asshima yang kini sudah menjadi ustazah segera PAS.

Beliau mengatakan bahawa banyak perlakuan maksiat semasa perhimpunan Agung UMNO selama 17 tahun berada dalam parti tersebut.

Sangkakala ingin ajukan soalan kepada Wan Asshima, adakah apa yang diucapkan oleh beliau merupakan pengalaman atau hanya pengetahuan beliau selama berada dalam UMNO?


Kalau diikutkan dari kenyataan, Wan Asshima begitu yakin bahawa perlakuan tersebut berlaku dan jika ianya berlaku adakah Wan Asshima juga merupakan individu yang terlibat?

Jika beliau hanya menggunakan pengetahuan, pengetahuan itu mestilah diperolehi daripada satu pemberitahuan dan sejauh mana pemberitahuan itu benar sepertimana keyakinan beliau mengeluarkan kenyataan?

Setahu Sangkakala, Wan Asshima bukanlah seorang perwakilan tetap ke himpunan Agung UMNO sebab beliau bukanlah Ketua Puteri Bahagian yang merupakan perwakilan tetap.

Jika Wan Asshima ingin menjadi perwakilan, maka beliau perlu bertanding sebagai perwakilan di peringkat bahagian.

17 tahun bukanlah waktu yang singkat untuk beliau berdiam diri jika perkara tersebut benar benar berlaku dan kenapa sekarang baru Wan Asshima membongkar perkara yang dikatakan berlaku dalam setiap kali perhimpunan UMNO?

Untuk mencari publisiti murahan bukanlah perkara yang sukar, ianya amat mudah jika hendak dilakukan.

Satu perkara yang terdapat dalam benak Sangkakala sekarang ini ialah, adakah Wan Asshima juga terlibat dalam perlakuan tersebut hingga membuatkan beliau begitu berpengalaman?

Mungkin lepas ni Wan Asshima perlu pula melihat ke dalam PAS, parti baru yang beliau sertai, adakah sebersih bersih parti hingga Mustafa Ali mempunyai sebuah video yang disebarkan tidak lama dulu?

Sangkakala ingin nyatakan disini bahawa Wan Asshima merupakan seorang puteri UMNO yang gagal membawa maksud parti hingga membuatkan beliau rasa patut meninggalkan UMNO dan menyertai parti lain.

Sebagai seorang ahli parti, Wan Asshima pernah dibawa sebagai penceramah namun beliau gagal kerana apa yang disampaikan langsung tidak difahami oleh mereka yang hadir dan ada yang mengatakan bahawa ceramah beliau tidak membawa apa apa makna.

Ada juga yang mengatakan bahawa ceramah beliau hanya ceramah syok sendiri hingga membuatkan tidak ada lagi orang yang ingin membawa beliau untuk berceramah.

Itu adalah salah satu kegagalan Wan Asshima selama beliau dalam UMNO dan ada lagi yang Sangkakala buka sikit hari lagi.






Ahad, 3 Disember 2017

ANAK SAUDARA MENTERI BESAR SELANGOR TERANIAYA ?? @NajibRazak.@zahid_hamidi @mynohomar @tunfaisal

Ramai yang menghentam anak saudara Azmin Ali, Menteri Besar Selangor apabila ditangkap oleh SPRM bersama wang tunai berjumlah RM 4 juta.

Tapi berapa ramai yang tahu apa kisah sebenar yang berlaku hingga beliau ditangkap oleh SPRM.


Jika SPRM mengatakan bahawa kekayaan anak saudara Azmin Ali ini berpunca daripada gejala rasuah yang melibatkan perlombongan pasir di Selangor, Sangkakala merasakan ada kebenarannya.

Semua orang tau bahawa perniagaan pasir di Selangor sudah seperti perniagaan emas ekoran harganya yang melambung tinggi.

Tapi dalam kes anak saudara Azmin Ali ini, adakah beliau bergerak sendirian? Bagaimana Nurul Fadli mampu untuk memperolehi wang sebegitu banyak?

Ummi Hafilda Ali juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa Nurul Fadli telah dipergunakan oleh Azmin dalam menutup segala kegiatan rasuah dan salah guna kuasa beliau di Selangor.

Sangkakala juga percaya bahawa bukan sahaja Nurul Fadli, malah akan ada tangkapan lain yang bakal dilakukan oleh Azmin Ali.

Kalau dulu pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Adam Rosly ditangkap kerana disyaki mengamalkan rasuah hingga mempunyai kekayaan luar biasa, kini giliran sebelah Azmin Ali pula bakal terbongkar.

Sabtu, 2 Disember 2017

KEHADIRAN @Khalid_ibrahim BUAT AZMIN ALI TAK LENA TIDUR @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Konvension UMNO Selangor hari ini dikejutkan denga kehadiran dua orang Mantan Menteri Besar iaitu Tan Sri Mohammad Mohd Taib dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Desas desus bahawa Tan Sri Khalid akan membantu Barisan Nasional untuk merampas kembali kerajaan Selangor jelas terbukti pada hari ini.


YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga merasakan keyakinan bahawa Barisan Nasional mampu untuk merampas kembali kerajaan negeri dengan bantuan 4 orang mantan Menteri Besar yang mempunyai pelbagai pengalaman dalam mentadbir negeri.

Ini sudah pasti membuatkan keresahan di hati Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden parti Keadilan dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan kerajaan negeri.