Selasa, 14 Ogos 2018

DOKTOR VS ANAK KEPADA DOKTOR !! SIAPA BAKAL TERKENA ?? @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Seorang doktor perubatan telah mengeluarkan surat terbuka kepada Marina Mahathir berkenaan dengan LGBT yang mana Marina merupakan orang yang paling kuat menyokong kumpulan tersebut.

Tindakan berani doktor ini telah mendapat perhatian daripada netizen di dalam media sosial yang memuji tindakan berani doktor berkenaan menyatakan kebenaran tentang kepincangan perlakuan LGBT.

Namun begitu akhirnya Doktor berkenaan dikatakan telah menerima saru laporan supaya dirinya diambil tindakan tatatertib oleh majikan beliau iaitu KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.


Apakah menjadi kesalahan dalam Malaysia apabila seorang profesional memberikan pandangan tentang sesuatu yang melibatkan kepakaran beliau? 

Adakah Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara yang mana hak untuk bersuara bagi rakyat dinafikan? 

Pertembungan seorang Doktor dan anak kepada seorang Doktor ini pasti akan menarik perhatian berikutan dikalangan rakyat Malaysia sebenarnya tidak menerima golongan LGBT ini apatah lagi jika mereka hendak diberikan hak sedangkan hak mereka sebagai warga negara tidak pernah dihalang.

Mana mana agama dalam dunia juga tidak mengiktiraf LGBT kerana ianya adalah perlakuan songsang apatah lagi di Malaysia yang mana agama Islam adalah agama Persekutuan.

Tapi sepertimana yang berlaku selama pemerintahan Mahathir selama 22 tahun sebelum ini, sesiapa yang menentang pasti akan menerima habuan dan penentang penentang ini perlulah konsisten dalam mempertahankan apa yang mereka lakuan.

Oleh itu marilah kita bersama sama mempertahankan Dr Nur Ilyani daripada menjadi mangsa kerakusan anak kepada Mahathir yang mahu mengiktiraf golongan LGBT di Malaysia.


Sabtu, 11 Ogos 2018

BERANI KE GUAN ENG SAHUT CABARAN MP LIPIS ?? @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Kecoh dalam Dewan Rakyat baru baru ini apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional merompak sejumlah lebih kurang RM 19 billion wang Tabung Amanah yang menempatkan cukai GST.

Tindakan Guan Eng tersebut telah membuatkan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau membuat satu laporan polis dan meminta pihak berkenaan menjalankan siasatan sama ada benar atau tidak dakwaan yang dilakukan oleh Guan Eng.

Ahli Parlimen Lipis pula mencabar Guan Eng untuk membuat laporan kepada mana mana pihak bagi menjalanka  siasatan kemana wang berkenaan telah dibelanjakan.


Cuma sekarang kita perlu tunggu sama ada Guan Eng berani atau tidak untuk menyahut cabaran berkenaan atau Guan Eng kini telah tersepit oleh kenyataan beliau sendiri.


Jumaat, 3 Ogos 2018

SYED SADDIQ DAKWA ANWAR IBRAHIM JUGA MACAI POLITIK @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @muaamarghadafi @syedsaddiq

Kecoh sejak kelmarin apabila Menteri Belia dan Sukan melabelkan Majlis Belia Malaysia dan NGO belia dalam Malaysia merupakan 'macai politik' hanya semata mata pertubuhan pertubuhan ini menyokong pihak kerajaan sebelum ini.

Tindakan Menteri Weechat ni Sangkakala tengok bukanlah satu tindakan cerdik tapi lebih kepada untuk mengatakan bahawa Anwar Ibrahim yang pernah menganggotai Angkatan Belia Islam atau ABIM pada tahun 1971 juga adalah macai politik apabila diangkat menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia pada tahun 1974.

Kenapa Sangkakala katakan bahawa Syed Saddiq juga mengata Anwar Ibrahim?


Mungkin Syed Saddiq tidak tahu tentang fungsi persatuan atau pertubuhan belia yang ada dalam negara sebab dia sendiri tidak pernah menyertai mana mana NGO belia melainkan yang ada dalam PUB atau dalam Disco.

Dengan hanya mengambil kira persepsi bahawa pertubuhan belia ini mendapat dana dari kerajaan ianya langsung tidak membolehkan Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Memang menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan peruntukan kepada pertubuhan belia bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan khususnya yang melibatkan golongan belia di seluruh negara.

Jika Syed Saddiq mengatakan Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan belia yang lain sebagai macai hanya berpandukan oleh kerana sokongan MBM terhadap perlaksanaan GST, maka sepertimana yang disebut oleh Presiden MBM sekarang, Tn Hj Mua'amar Ghadafi yang mana menteri di kementerian kewangan sendiri menyatakan bahawa GST lebih telus berbanding SST.


Jadi adakah menjadi satu kesalahan apabila Majlis Belia memberi sokongan kepada perkara yang telus dan benar? Atau mungkin Syed Saddiq lebih suka kepada perkara fitnah yang disuap kedalam minda belia hari ini?

Ahli pertubuhan belia pada hari ini perlu bangkit untuk menentang keceluparan mulut budak weechat ni dan jangan sampai biadapnya melampau.



Khamis, 2 Ogos 2018

#prksgkandis CALON PKR BUKTIKAN KEGAGALAN PAKATAN SELAMA MEMERINTAH @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Ini memang lawak, calon yang mewakili PKR dalam PRK RUN Sg Kandis secara tidak sengaja telah menunjukkan beberapa kegagalan dalam pemerintahan kerajaan Pakatan di kawasan DUN berkenaan.

Mungkin juga Mohd Zawawi terlupa bahawa kerajaan Pakatan telah memerintah negeri Selangor selama 3 penggal dan ianya telah hampir 12 tahun.

Gambar gambar dibawah menunjukkan Zawawi sedang melihat kegagalan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan berkenaan.


Negeri Selangor memang terkenal dengan masalah demam denggi dan merupakan negeri yang melibatkan kes denggi tertinggi di dalam negara.

Gambar yang Sangkakala masukkan diatas membuktikan bahawa kawasan yang dilawati oleh Zawawi merupakan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Persoalannya sekarang, adakah Zawawi akan membawa perkara ini ke pihak kerajaan negeri atau PBT dan dimana ADUN2 PKR sebelum ni berada sehingga Zawawi pula yang nak bela kawasan berkenaan?

Bagi Sangkakala, hanya calon Barisan Nasional yang mampu untuk membawa atau memaksa kerajaan negeri untuk meninjau kawasan kawasan sebegini seterusnya diambil tindakan.

Kalau nak harapkan sesama PKR, tunggu pilihanraya akan datang lah jawabnya maka baru kawasan ini akan dilawati semula.



Rabu, 1 Ogos 2018

TIADA EKSTRADISI BAWA SIRUL PULANG !! PENIPUAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH @chedetofficial @mahuyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Teringat semasa kempen pilihanraya dalam PRU baru baru ni, ramai dikalangan calon Pakatan Harapan mengatakan bahawa parti mereka yang diketuai oleh Mahathir akan membawa Sirul Azhar seorang suspek pembunuhan Altantuya pulang ke Malaysia.

Dan selepas mereka menang pilihanraya, kerajaan Pakatan telah mengatakan bahawa mereka telah pun memohon ekstradisi dari kerajaan Australia terhadap Sirul untuk dibawa ke Malaysia.

Tapi kerajaan Australia telah menafikan bahawa ada permohonan untuk membawa pulang Sirul dari kerajaan Malaysia kepada Australia.


Sampai bila kerajaan nak menipu rakyat dan sampai bila rakyat akan termakan fitnah yang disebarkan oleh karajaan Pakatan dalam usaha untuk memerintah?

Rakyat Malaysia menjadi percaya apabila pihak Pakatan mengatakan bahawa DS Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan kononnya Sirul akan membuat pengakuan siapa yang mengarahkan dia membunuh warga Monggolia berkenaan.

Tapi sampai ke hari ini, kerajaan Pakatan gagal membawa Sirul pulang ke Malaysia sedangkan DS Jamal Yunos yang hanya lari dari kawalan polis di hospital ke Indonesia telah pun dibawa pulang.

Agaknya apa muslihat kerajaan Pakatan dalam perkara ini dan adakah sepertimana yang digembar gemburkan bahawa yang terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene adalah anak Mahathir sendiri.