Jumaat, 3 Ogos 2018

SYED SADDIQ DAKWA ANWAR IBRAHIM JUGA MACAI POLITIK @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @muaamarghadafi @syedsaddiq

Kecoh sejak kelmarin apabila Menteri Belia dan Sukan melabelkan Majlis Belia Malaysia dan NGO belia dalam Malaysia merupakan 'macai politik' hanya semata mata pertubuhan pertubuhan ini menyokong pihak kerajaan sebelum ini.

Tindakan Menteri Weechat ni Sangkakala tengok bukanlah satu tindakan cerdik tapi lebih kepada untuk mengatakan bahawa Anwar Ibrahim yang pernah menganggotai Angkatan Belia Islam atau ABIM pada tahun 1971 juga adalah macai politik apabila diangkat menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia pada tahun 1974.

Kenapa Sangkakala katakan bahawa Syed Saddiq juga mengata Anwar Ibrahim?


Mungkin Syed Saddiq tidak tahu tentang fungsi persatuan atau pertubuhan belia yang ada dalam negara sebab dia sendiri tidak pernah menyertai mana mana NGO belia melainkan yang ada dalam PUB atau dalam Disco.

Dengan hanya mengambil kira persepsi bahawa pertubuhan belia ini mendapat dana dari kerajaan ianya langsung tidak membolehkan Syed Saddiq mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Memang menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan peruntukan kepada pertubuhan belia bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan khususnya yang melibatkan golongan belia di seluruh negara.

Jika Syed Saddiq mengatakan Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan belia yang lain sebagai macai hanya berpandukan oleh kerana sokongan MBM terhadap perlaksanaan GST, maka sepertimana yang disebut oleh Presiden MBM sekarang, Tn Hj Mua'amar Ghadafi yang mana menteri di kementerian kewangan sendiri menyatakan bahawa GST lebih telus berbanding SST.


Jadi adakah menjadi satu kesalahan apabila Majlis Belia memberi sokongan kepada perkara yang telus dan benar? Atau mungkin Syed Saddiq lebih suka kepada perkara fitnah yang disuap kedalam minda belia hari ini?

Ahli pertubuhan belia pada hari ini perlu bangkit untuk menentang keceluparan mulut budak weechat ni dan jangan sampai biadapnya melampau.



Tiada ulasan: