Khamis, 2 Ogos 2018

#prksgkandis CALON PKR BUKTIKAN KEGAGALAN PAKATAN SELAMA MEMERINTAH @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Ini memang lawak, calon yang mewakili PKR dalam PRK RUN Sg Kandis secara tidak sengaja telah menunjukkan beberapa kegagalan dalam pemerintahan kerajaan Pakatan di kawasan DUN berkenaan.

Mungkin juga Mohd Zawawi terlupa bahawa kerajaan Pakatan telah memerintah negeri Selangor selama 3 penggal dan ianya telah hampir 12 tahun.

Gambar gambar dibawah menunjukkan Zawawi sedang melihat kegagalan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan berkenaan.


Negeri Selangor memang terkenal dengan masalah demam denggi dan merupakan negeri yang melibatkan kes denggi tertinggi di dalam negara.

Gambar yang Sangkakala masukkan diatas membuktikan bahawa kawasan yang dilawati oleh Zawawi merupakan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Persoalannya sekarang, adakah Zawawi akan membawa perkara ini ke pihak kerajaan negeri atau PBT dan dimana ADUN2 PKR sebelum ni berada sehingga Zawawi pula yang nak bela kawasan berkenaan?

Bagi Sangkakala, hanya calon Barisan Nasional yang mampu untuk membawa atau memaksa kerajaan negeri untuk meninjau kawasan kawasan sebegini seterusnya diambil tindakan.

Kalau nak harapkan sesama PKR, tunggu pilihanraya akan datang lah jawabnya maka baru kawasan ini akan dilawati semula.



Tiada ulasan: