Isnin, 7 September 2015

MAZLAN ALIMAN GUNA DANA DARI BANGSA CINA UNTUK MUSNAHKAN FGV #supportfgv

Nampaknya makin jelas dan nyata Mazlan Aliman yang dilihat beriya iya kononnya mempertahankan hak peneroka Felda mempunyai agenda politik semata mata.

Baru baru ni Mazlan bersama dengan kepimpinan PR dijemput untuk menjadi panel kepada satu forum dan dalam forum berkenaan, Mazlan telah menyebut tentang beberapa syarikat kerajaan seperti 1MDB, FGV, Felda dan sebagainya.



Persoalannya sekarang, sejauh mana Mazlan tahu tentang perjalanan syarikat syarikat dan agensi kerajaan ini? 

Mungkin Mazlan terlepas pandang dimana saham FGV kini kebanyakannya dimiliki oleh orang berbangsa cina dan Sangkakala sendiri menyaksikan bagaimana pemegang pemegang saham berbangsa cina memenuhi ruang dewan semasa mesyuarat agung syarikat berkenaan.

Lagi satu, Mazlan Aliman jelas dan terang menerima dana daripada Tony Pua yang sememangnya kita ketahui sedang cuba sedaya upaya untuk memusnahkan syarikat syarikat milikan kerajaan yang dilihat mampu untuk menjana pendapatan jangka pendek dan jangka panjang.

Seperti contoh, pada sambutan hari raya yang lepas memberikan dividen kepada pemegang saham hampir sama macam tahun lepas dan ini membuktikan bahawa FGV mampu untuk memberikan keuntungan kepada peneroka yang memiliki saham FGV disamping Felda pun memberikan dividen kepada peneroka.

Tapi oleh kerana ketidak puasan hati dan agenda politik kotor maka Mazlan Aliman bersama sama dengan pemimpin PR merancang untuk menjatuhkan syarikat syarikat ini.

Siapa yang menjadi mangsa? Sudah pasti peneroka Felda sendiri yang akan menjadi mangsa apabila saham saham syarikat ini merudum ekoran persepsi negatif yang disebarkan oleh mereka.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan para peneroka perlu sedar akan perkara ini dan mereka ini perlu ditentang dengan kekuatan moral dimana orang Melayu perlu memberikan kerjasama dalam mengembalikan kekuatan syarikat syarikat ini khususnya FGV.


4 ulasan:

Husaini Ayu berkata...

ha..ha..saham jatuh pn blh dpt dividen?...baik betui fgv ni ye....mana le cekau duit buat byr dividen...x pernah ada dlm sejarah sykt rugi blh bayor dividen...cerdik betui cara meniaga mcm ni...hmmm..smell something fishy...

Husaini Ayu berkata...

ha..ha..saham jatuh pn blh dpt dividen?...baik betui fgv ni ye....mana le cekau duit buat byr dividen...x pernah ada dlm sejarah sykt rugi blh bayor dividen...cerdik betui cara meniaga mcm ni...hmmm..smell something fishy...

Tanpa Nama berkata...

Husaini Ayu..kalau tak tau perniagaan yang berasaskan saham..baik le diam..buat malu je..FGV tu bukan berasaskan saham..tapi komoditi..ini le bila berniaga nasi lemak tepi jalan tapi cerita tentang syarikat di bursa saham

Husaini Ayu berkata...

ha...ha...ikut ngko le...komoditi semata mata ke? maknanya harga saham jatuh tu x de sangkut paut dgn komoditi ke? ko x sedor ke yg harga komoditi pn jatuh jgk.ingat org niaga nasik lemak tu bangang sgt ke? nk backing tu pada2 le hi..hi..paham le sgt...