Jumaat, 31 Mei 2019

SINGKIR PRESIDEN !! KHALID NORDIN DAN MAT HASAN PERLU AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH @Zahid_Hamidi @NajibRazak @tunfaisal

Baru baru ni kecoh bila portal MalaysiaKini memuat naik satu artikel berkenaan dengan usaha untuk menyingkirkan Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Portal berkenaan juga merujuk bahawa ianya juga didalangi oleh Timbalan Presiden UMNO sedia ada iaitu YB Datuk Seri Utama Mohamad Hasan yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bukan sahaja Mohamad Hasan atau lebih mesra digelar Tok Mat Hasan, malah bekas Menteri Besar Johor yang kini memegang jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khalid Nordin juga dikaitkan dan beliau (Khalid Nordin) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi berkenaan.

 Dalam artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini ada menyebut bahawa Tok Mat Hasan dan Khalid cuba untuk menyingkirkan YB Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Najib melalui pindaan perlembagaan UMNO dan ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataan akhbar beliau.

Bagi Sangkakala, kenyataan akhbar sahaja tidak memadai bagi melenyapkan tohmahan yang cuba dilakukan oleh Malaysiakini dan Khalid serta Tok Mat Hasan perlu mengambil langkah lebih berani iaitu mendesak Malaysiakini membuat permohonan maaf atau tindakan mahkamah diambil terhadap portal berkenaan.

Artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini Sangkakala lihat lebih kepada untuk memporak perandakan UMNO yang kini dilihat lebih popular dikalangan rakyat tambahan pula dengan inisiatif UMNO untuk bersama sama dengan PAS bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang.

Kerjasama diantara UMNO dengan PAS telah diilhamkan oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum beliau mengambil keputusan untuk bercuti dan memberikan tugasan sebagai Presiden parti kepada Tok Mat Hasan selaku pemangku Presiden.

Kerjasama ini membuahkan hasil apabila UMNO memenangi 3 pilihanraya kecil berturut turut dan ini sebenarnya menjadi kegusaran kepada kerajaan Pakatan Harapan dan pelbagai usaha dilakukan untuk menggagalkan kerjasama tersebut.

Mungkin portal Malaysiakini menjadi salah satu tangan yang akan cuba untuk memusnahkan.kerjasama antara UMNO dengan PAS dan atas dasar itu juga maka Malaysiakini mencipta fitnah terhadap Timbalan dan Naib Presiden UMNO.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan ianya perlu ditangani dengan segera.



Isnin, 27 Mei 2019

PENEROKA FELDA PERLU SEDAR SIAPA YANG LEBIH BAIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Kata pepatah orang dulu dulu, SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA BERGUNA menjadi teladan kepada warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 14, pelbagai janji janji manis diberikan kepada warga Felda dan pelbagai tohmahan serta fitnah dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional ketika itu menjadikan ramai generasi ke dua dan ketiga peneroka menongkah arus menentang kerajaan.

Seperti kita semua ketahui, ianya diketuai oleh Mazlan Aliman yang menjadi Pengerusi yanh digelar sebagai ANAK yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka Felda.


Hari ini peneroka Felda tidak ubah seperti peminta sedekah yang mengharapkan bantuan daripada kerajaan Pakatan untuk.mendapatkan wang perbelanjaan hari raya yang bakal tiba lebih kurang seminggu dari sekarang.

Mazlan Aliman sendiri kononnya sekarang cuba menjadi hero sekali lagi dengan membuat desakan supaya wang bantuan tersebut diberikan kepada peneroka walaupun Azmin Alu selaku Menteri berkenaan telah menyatakan bahawa tiada wang untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan Pakatan amat mudah iaitu kerajaan terdahulu berbelanja lebih hingga wang untuk bantuan berkenaan terpaksa di hentikan pemberiannya.

Apa pun yang berlaku, walaupun kerajaan Barisan Nasional dikatakan berbelanja lebih, namun kebajikan rakyat tetap menjadi agenda utama kepada mereka (Barisan Nasional).

Beberapa bentuk bantuan juga diberikan kepada rakyat semasa Barisan Nasional memerintah dan ianya sekarang dihentikan dan ada dikurangkan dengan kadar yang tidak munasabah.