networkblog

Pengikut

Rabu, 22 Mei 2013

PAS TERKENA LAGI SEKALI

Baru nak lantik EXCO kerajaan negeri DAP dah mula tunjuk belang, mula memprotes segala keputusan.

Apa yang Khalid mampu buat lepas ni? Adakah beliau akan mengikut telunjuk DAP yang berkehendakkan 4 EXCO kerajaan negeri di lantik dari DAP? Adakah PAS hanya mahu berdiam diri dengan desakan ini?

Semua kita tahu, Khalid tidak mampu berbuat apa apa kerana beliau tidak mempunyai suara yang banyak berbanding DAP dan PAS.

PAS pula hanya mampu berdiam diri apabila DAP mahukan PKR menjadi Menteri Besar, dan sebab sebab utama DAP mahukan begitu adalah lantikan EXCO mesti diberikan lebih kepada DAP.

Mampukah PAS melawan kehendak DAP yang mengatakan bahawa PAS boleh mengambil 3 kerusi exco dan lantikan sebagai speaker dewan diberikan kepada PAS.

Jadi pak pacak le PAS dalam Selangor kali ni nampaknya, takkan mampu berbuat apa apa.

Nasib la PAS, nak suruh bergabung dengan UMNO, sampai nak ludah muntah segala bagai, sekarang jilat la ludah DAP ke tanah tu.

Janji dapat jawatan dan pangkat, yang lain tolak tepi, malang nasib rakyat Selangor yang mengundi PAS, ingatkan PAS boleh jadi Menteri Besar, tapi hampa semuanya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS MENANG MAJORITI SUARA MINORITI

Walaupun pilihanraya umum ke 13 telah berlangsung hampir 3 minggu yang lalu, Sangkakala masih teringat tentang kemenangan PAS di Selangor yang mendapat 15 kerusi berbanding PKR cuma 14 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kalau diikutkan dengan kemenangan ini, PAS lebih layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berbanding dengan PKR.

Mengikut undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar mestilah dikalangan orang Melayu Islam dan tidak mungkin boleh di jawat oleh wakil dari DAP walaupun DAP mendapat kerusi yang sama banyak dengan PAS.

Tetapi walaupun PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar,atas desakan dan asakan daripada PKR serta DAP, PAS terpaksa akur dengan kehendak kedua dua parti pakatan mereka itu untuk memberikan laluan kepada PKR bagi menjawat jawatan tertinggi dalam negeri tersebut.

Apa yang menarik ialah, suara lantang yang dikeluarkan oleh ketua wanita keadilan, YB Zuraidah yang pernah mengatakan bahawa PAS tamakkan kuasa dan kenyataan dari DAP yang mengatakan bahawa PKR lebih layak.

Kenapa suara suara ganjil ini memenuhi ruang perbicaraan tentang kedudukan Menteri Besar?

Sepatutnya Zuraidah akur dengan kehendak rakyat Selangor yang lebih mahukan PAS berbanding PKR dan beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu atas dasar demokrasi.

Pernah beberapa laman blog mengeluarkan artikel yang menunjukkan betapa kayanya Zuraidah hanya beberapa bulan selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang di Selangor dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Daripada seorang penjual buah buahan, kini boleh dikatakan jutawan, takkan hasil daripada menjadi seorang ahli parlimen membolehkan beliau memiliki beberapa buah kenderaan hanya dalam tempoh masa tersebut.

Zuraidah juga dilihat seolah olah risau jika jawatan Menteri Besar negeri Selangor jatuh ke tangan PAS hingga membuatkan beliau menyuarakan pendapat atau kenyataan sebegitu.

Apa yang membuatkan Zuraidah terlalu lantang begitu? Beliau bukanlah ADUN, tetapi cuma ahli parlimen, mungkinkah Zuraidah mempunyai kepentingan jika PKR berjaya menjadi Menteri Besar dengan mendapatkan mana mana projek kerajaan negeri untuk kroni kroni beliau dan sudah tentulah beliau juga mendapat sedikit keuntungan dari situ.

Apa apa pun, kita nantikan jika ada perubahan ketara yang dimiliki oleh orang orang kuat PKR setelah Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar kini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 21 Mei 2013

AIR ASIA PERLU DI AMBIL TINDAKAN TEGAS

1. SUBANG: Malaysia Airlines telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai kesukaran yang dihadapi Izan Suhaila Mohd Ali bersama bayinya, Maryam Sofea yang telah dinafikan untuk terbang pulang melalui sebuah syarikat penerbangan semalam.


2. Kenyataan ini adalah merekodkan kronologi kejadian di pejabat Malaysia Airlines di bandar Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam yang menjurus kepada keputusan untuk menerbangkan keduanya pulang ke Malaysia.

Baca selanjutnya disini

http://bit.ly/18et9dR

Jadi kepada Air Asia, jangan biadap kerana dalam negara ini masih lagi terdapat syarikat penerbangan yang mampu untuk menjalankan Standard Operation Procedure (SOP) dalam mengendalikan penumpang yang bermasalah.

Kepada Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Penerbangan Negara atau Badan yang bertanggungjawab, sila siasat agar perkara yang menimpa dua beranak ini tidak berulang lagi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NOH GADUT KENA LUDAH


Penasihat Majlis Agama Islam negeri Johor, Datuk Noh Gadut berkata beliau sanggup untuk menjadi perantara atau orang tengah bagi menyatukan PAS dan juga UMNO.

Sangkakala rasa ini adalah salah satu langkah yang amat baik untuk menyatukan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

Tapi ada satu persoalan, tidakkan Datuk Noh takut nanti akan diludah oleh Nik aziz yang telah memberikan amaran sebegitu jika sesiapa sahaja datang bertemu dengan beliau untuk menyatukan PAS dengan UMNO.

Nanti tak pasal pasal Datuk Noh bermandikan air liur Nik Aziz hanya semata mata untuk melihat bangsa Melayu dan agama Islam bersatu.

Semua kita maklum bahawa Datuk Noh adalah seorang yang bebas daripada politik dan kemungkinan besar beliau melihat perkara ini ada banyak kebaikan kerana penyatuan itu perlu apatah lagi sesama Islam dalam negara ini.

Jadi sama sama kita nantikan, adakah Datuk Noh Gadut berjaya untuk menyatukan dua parti besar ini menjadi satu dan mengukhawahkan lagi tali persaudaraan sesama Islam di negara ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@PDRMsia SILA AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA

Wahh..bukan main berani lagi budak sorang ni, sampai nak bom Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir lagi, ini satu tindakan biadap yang mengundang kecelakaan untuk diri sendiri. 


Jadi bersiap sedialah Venus..nanti boleh duduk sebelah lokap Adam Adli, mulut tak reti nak cover langsung.

Macam la Malaysia ni takde undang undang pulak puak puak pakatan pembangkang ni buat sekarang.

Suka suka nak bom la, nak bakar la, nak sembelih la, ingat polis dalam Malaysia ni tunggul kayu ke?


PAS BAIK DENGAN POLIS ???

Salahuddin Ayub kata PAS bersedia untuk berkerjasama dengan pihak polis bagi menyiasat sesiapa juga yang bercadang untuk melakukan himpunan jalanraya bagi menggulingkan kerajaan.

Sejak bila pulak PAS baik dengan polis ni? Dulu PAS selalu kata yang polis ni anjing kerajaan sekarang ni nak bantu pulak?

Memang setiap bantuan disambut baik tambahan lagi jika hendak memberi bantuan bagi memakmurkan negara.

Tapi jangan pula beri bantuan tu kerana ada sesuatu yang lain atau ada sebab lain yang tersirat.

Membantu pihak berkuasa adalah tanggungjawab kita semua tidak mengira apa juga parti atau fahaman politik yang kita ikuti.

Cuma apa yang menyedihkan ialah, PAS sepatutnya menasihati mereka mereka yang berada dalam pakatan pembangkang agar melupakan hasrat mereka untuk membuat kekacauan.

Ini kerana kekacauan yang dicadang itu datangnya dari pihak pakatan pembangkang dan jika PAS sebenar sebenarnya mahu perkara ini tidak berlaku, mereka seharusnya melupakan DAP dan PKR kerana kedua dua parti ini yang akan merosakkan PAS.

PAS seharusnya bersatu dengan UMNO untuk memantapkan ukhwah sesama Islam dan Melayu serta dapat mengukuhkan hubungan sesama bangsa.

Tapi agak hairan apabila pemimpin PAS menolak semua jenis penyatuan ini demi kepentingan politik mereka dimana Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS sendiri pernah mengatakan bahawa beliau akan meludah sesiapa juga yang datang untuk menyatukan dua parti tersebut.

Adakah ini yang dinamakan ciri ciri pemimpin Islam? Dan kini apabila PAS sudah melihat pihak polis semakin berani dan semakin tegas, maka PAS menawarkan kerjasama dengan pasukan tersebut yang selama ini di tuduh sebagai anjing kerajaan dan sebagainya.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@AbdMalekHussin BERANI ATAU BACUL ???

Sangkakala terbaca kenyataan kenyataan yang ala ala penceramah atau pensyarah Universiti dalam akaun seorang yang begitu taksub dengan Pakatan Pembangkang dan orang yang dimaksudkan ialah Abd Malek Hussin seperti gambar dibawah berambut panjang.

Kalau nak diikutkan daripada apa yang beliau perkatakan didalam akaun twitter miliknya, beliau menggambarkan bahwa beliau adalah seorang pejuang hebat di masa himpunan Reformasi diadakan dahulu dan beliau ada menyebut juga bahawa beliau pernah ditangkap dan tidue selokap dengan Tian Chua.

Tapi apa yang kelakarnya, Abd Malek Hussin tidak mampu menerima kritikan daripada pengamal pengamal media sosial yang lain dan jika beliau mendapati satu satu hujah tidak mampu di patahkan, beliau akan terus menahan pemilik akaun tersebut daripada melihat tweet beliau (block).


Tapi dalam satu sudut yang lain pula, Sangkakala melihat beliau seolah olah memberikan semangat kepada anak anak muda untuk turun ke jalan raya untuk melakukan demonstrasi yang mana beliau Sangkakala lihat lebih banyak memberikan cara cara bagai mana untuk melepaskan diri kononnya.

Lihat kenyataan kenyataan beliau diatas, ianya seolah olah menunjukkan beliau amat hebat berhadapan dengan pasukan anti rusuhan (FRU) dan seolah oleh beliau kebal kepada undang undang, tapi kenapa pula bila ada hujah yang tidak dapat dipatahkan beliau akan terus BLOCK pemilik akaun tersebut? Adakah itu menunjukkan bahawa beliau berani berhujah atau sekadar menyalak sendirian atau ditemani rakan rakan beliau sahaja?
Dulu Malek Hussin adalah aktivis Pas dan pada tahun 1995 dan beliau bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak atas tiket Pas tapi menjelang hari pengundian beliau jadi belot kepada Pas dengan menarik diri daripada bertanding.Penyokong Pas dan ahli Pas di seluruh negara begitu kecewa dengan Malek Hussin yang berpaling tadah dan mereka menyumpah-nyumpah Malek Hussin . Sehingga kini masih ramai yang teringat-ingat akan pembelotan Malek Hussin terhadap Pas dalam pru tahun 1995 itu.

Abdul Malek Hussin seperti yang diketahui umum adalah pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections (MAFREL).

Apa pula latar belakang MAFREL?

Pertubuhan yang ditubuhkan dalam tahun 1999 ini adalah juga anggota Asia Network for Free Election (ANFEL) dan bekerjasama rapat dengan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam bidang penyelidikan. Mempunyai pekerja-pekerja yang dibayar dalam US dolar.

Baca selanjutnya DISINI

Beliau juga pernah bertindak dengan menyaman kerajaan Malaysia sebanyak RM 2.5 juta ringgit namun keputusan tersebut diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Persoalannya disini, daripada apa yang diperkatakan oleh beliau bahawa beliau menjadi TAIKO dalam tahanan polis, bagaimana pila beliau pernah mendakwa bahawa beliau diseksa jiwa dan raga sampai suruh minum air kencing segala bagai?

Bukankah beliau juga mengatakan bahawa beliau begitu bijak dalam sistem perundangan Malaysia, bagai mana pula saman beliau boleh diketepikan?

Adakah semua yang diperkatakan oleh Abd Malek hanya sebagai omongan kosong semata mata dan ianya adalah palsu demi untuk memperlihatkan kejantanan beliau terhadap undang undang negara?

Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS Wilayah Persekutuan telah menolak MAFREL sebagai badan pemerhati bebas dan meurut pengarah pilhanraya PAS pada ketika itu, Abd Malek Hussin yang juga merupakan pengerusi Badan tersebut tidak bertanggungjawab hingga membuatkan kemenangan percuma kepada calon Bandar Tun Razak apabila beliau mengisytiharkan menarik dairi dalam pilihanraya umum ke 9.

Baca selanjutnya DISINI

MAFREL juga dikatakan mendapat pembiayaan daripada CIA dan IRI yang mana kedua dua badan ini berkehendakkan kerajaan Malaysia tumbang dan mereka akan menggunakan MAFREL sebagai jambatan untuk kearah itu. Klik DISINI untuk maklumat lanjut.

Sangkakala berasa sedikit curiga dengan Abd Malek dan pihak berkuasa seharusnya melakukan siasatan terhadap MAFREL serta Malek Hussin tentang pembiayaan ini kerana seperti yang Sangkakala kata tadi, Sangkakala melihat, Malek seolah olah memberikan semangat untuk anak anak muda bangkit menggulingkan kerajaan dan sudah pasti ianya memerlukan modal yang agak besar dan Sangkakala rasa tidak mustahil jika pembiayaan tersebut juga diberikan oleh negara negara luar kepada MAFREL dalam usaha kearah itu.



APA MAKNA SEMUA NI ??? TONY FERNADEZ SILA JAWAB !!!

Selepas kecoh CEO Air Asia X mengatakan bahawa syarikat penerbangan tersebut akan menarik balik semua iklan mereka dalam akhbar utusan Malaysia, banyak kritikan yang diterima oleh syarikat penerbangan tersebut.

Ditambah pula dengan laporan yang dibuat oleh Mazidul Akmal dalam blog beliau yang menyebut bahawa Air Asia telah meninggalkan 2 orang penumpang di Bandar Ho Chi Minh beberapa hari lepas akibat dari kesan tompokan demam campak seorang kanak kanak berusia 14 bulan, menambahkan lagi ketegangan suasana kemarahan rakyat Malaysia. 

Kini dikeluarkan pula gambar gambar yang menjijikkan yang memperlihatkan siapa sebenarnya orang kuat didalam Air Asia dan Air Asia X dimana gambar gambar tersebut dilihat amat memalukan bagi seorang rakyat Malaysia. 




Adakah kedua dua orang kuat Air Asia in8 pendokong LGBT di negara ini dan adakah mereka begitu kuat menyokong perkara tersebut?

Rata rata rakyat Malaysia menolak perbuatan songsang ini yang diklasifikasikan sebagai diluar norma kehidupan manusia yang mana perbuatan ini dilihat amat jijik dan kotor.

Adakah kerana ini juga mereka ini dilihat amat menyokong barisan pembangkang dalam negara?

Semua ini harus dinilai oleh rakyat Malaysia tambahan lagi bagi mereka yang genar  menaiki pesawat Air Asia dan Air Asia X untuk kesana kesini.

RED BEAN ARMY MULA MENYERANG UMB @tunfaisal

Baru baru ini kecoh apabila satu pendedahan dilakukan oleh seorang bekas Setiausaha Eksekutif DAP yang mengatakan bahawa DAP ada mengupah remaja dan juga para para belia untuk menjadi tentera maya mereka yang di gelar Red Bean Army.

Mereka ini dikhabarkan mendapat bayaran yang agak lumayan daripada apa yang mereka lakukan dan diantara tugasan tugasan mereka ialah memantau setiap pergerakan cybertrooper proBN dan mengganggu setiap individu yang dilihat agak cenderong menyokong kerajaan.

Tapi hari ini Sangkakala terlihat dalam laman FaceBook yang mana satu akaun dalam laman tersebut mengatakan bahawa Red Bean Army ini tidak wujud dan yang wujud hanyalah Unit Media Baru (UMB) dibawah UMNO dan Barisan Nasional. 


Mungkin pemilik akaun diatas juga salah seorang daripada kumpulan Red Bean Army yang diupah oleh DAP dan kini mereka mungkin sudah mula untuk menghentam Unit Media Baru, ini mungkin juga kerana mereka melihat bahawa UMB telah menjadi penghalang bagi mereka terus menghentam kerajaan.

Ini juga mungkin merupakan strategi Red Bean Army untuk menjatuhkan semangat cybertrooper dibawah naungan UMB yang diketuai oleh Ybhg Saudara Tun Faisal Ismail yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia. 

Apakah Red Bean Army merasakan bahawa mereka telah gagal menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan dengan adanya Unit Media Baru ini yang dilihat semakin hari semakin ampuh dengan hujah dan fakta yang dikekuarkan selain daripada mematahkan serangan serangan daripada mereka?

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Unit Media Baru kerana telah membuktikan bahawa dengan kehadiran mereka ini pihak pakatan pembangkang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih bagi menampung kegilaan cybertrooper UMB. 


MEREKA INI JUGA PERLU DITANGKAP

Dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri yang baru bahawa pasukan keselamatan akan mejalankan tanggung jawab dengan penuh berhemah, Sangkakala rasa mereka ini juga patut di tangkap.


Mereka ini Sangkakala lihat cuba untuk mempertikai tindakan yang diambil oleh pasukan polis terhadap rakan mereka Adam Adli.

Mungkin mereka ni lupa bahawa setiap tindakan yang dilakukan oleh pasukan polis itu berlandaskan undang undang sedia ada dan bukannya melulu seperti yang di dakwa oleh mereka.

Satu lagi Sangkakala lihat ialah dengan m3ngadakan himpunan di hadapan balai polis juga menunjukkan bahawa mereka ini amat biadap dan kurang ajar.

Bukan ini cara untuk menujukkan bahawa mereka pejuang demokrasi,  banyak cara lain lagu dan kalau tak silap Sangkakala,  Adam Adli ada mengupah peguam untuk membela beliau, jadi tidak perlu lah diadakan himpunan sebegini yang seakan akan mencabar kewibawaan pasukan polis.



KURANG AJAR NI PATUT DI CARI SAMPAI DAPAT

Ada pemilik akaun media sosial yang begitu kurang ajar hingga sanggup mengatakan bahawa Sultan Johor sebagai 'Berhala'.


Ini semua adalah gara gara mengikut sangat apa yang dikatakan oleh pakatan pembangkang hingga hilang rasa hormat kepada Kebawah Duli Sultan.

Orang orang sebegini seharusnya diambil tindakan tegas supaya menjadi pengajaran buat yang lain lain. 


KATA UNDI BN RUPANYA UPAHAN PAKATAN PEMBANGKANG

Sini ada gambar yang membuktikan bahawa warga Malaysia yang dituduh sebagai Bangla sebenarnya adalah pengikut pakatan pembangkang dan mereka tidak mengundi Barisan Nasional sebenarnya.

Isu itu sengaja di gembar gemburkan oleh pakatan pembangkang demi untuk menuduh kerajaan yang dikatakan menggunakan orang asing sebagai pengundi.
Amacam puak pakatan? Ada apa apa jawapan pasal gambar diatas? Masih nak tegakkan benang basah lagi?

Setiap apa yang pakatan pembangkang ni cuba nak buat sudah pasti akan ada musibahnya dan hanya orang yang tak nampak atau sudah buta hati akan percaya dengan dakyah mereka.

Isnin, 20 Mei 2013

HATA WAHARI DIMALUKAN DENGAN MEEHOON

Hata Wahari yang merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia hari ni dimalukan dengan lemparan meehoon goreng oleh salah seorang wartawan yang mungkin berang dengan tindakan beliau berdemo seorang diri di hadapan pejabat akhbar tersebut.

Dengan melaungkan 'hidup melayu', salah seorang peserta yang berkumpul di depan pintu masuk akhbar berkenaan untuk melihat Hata Wahari berdemo seorang diri telah membalin 2 bungkus meehoon goreng tetapi gagal mengenai beliau.

Ia berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi akhbar tersebut.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang itu, beliau turut dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan lain bersorak.

Kejadian itu diperhatikan seramai kira-kira 60 orang anggota polis, yang seterusnya meminta Hata beredar selepas insiden tersebut.

Bodoh punya Hata, kalau dah kena buang tu sudah la, tak payah nak tunjuk yang kamu tu wartawan beretika.

Apa apa pun tahniah kepada kakitangan Utusan yang cukup setia dengan akhbar tersebut dalam melondehkan kepincangan pakatan pembangkang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ZAHID HAMIDI JANGAN LANTANG SANGAT

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan la lantang sangat bercakap tu, kesian kat Anwar ngan gerombolan pakatan pembangkang dah sampai nak terkencing dalam seluar bila dengar Datuk Seri Zahid bercakap.

Siang tadi Datuk Seri zahid berkata beliau memberikan kuasa penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid untuk menjalankan tugas memerangi jenayah dan apa juga bentuk kekerasan yang ingin dilakukan oleh mana mana pihak selagi mengikut landasan undang undang.

Ini pun dah buat pakatan pembangkang kecut segala yang tegang selama ni sampai dalam ucapan ucapan pembangkang mereka mengatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Zahid sebagai rasis dan sebagainya.

Anwar pula sampai berkata bahawa negara ini bukan bapa Zahid yang punya dan dibalas oleh Zahid bahawa negara ini juga bukan kepunyaan bapa Anwar.

Kalau dulu Datuk Seri Hishamuddin selalu dikatakan sebagai menteri amaran, tapi kali ini dengan nada tegas Datuk Seri zahid berkata bahawa sudah tiada lagi amaran akan dikeluarkan, hanya tindakan yang akan diambil.

Kita sebenarnya tidak boleh juga Datuk seri Hishamuddin begitu, kerana mungkin semasa di zaman beliau menjadi Menteri di Kementerian Dalam Negeri, beliau terpaksa berbuat begitu mengikut keadaan semasa dan segala tindakan itu kini di sambung oleh Datuk seri Zahid.

Zahid juga kini mencabar sesiapa juga untuk melanggar undang undang negara dan beliau juga mengatakan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Jadi kepada para pembangkang, bersiap sedialah untuk mengira besi penghadang lokap berapa batang ke kiri dan berapa batang ke kanan, macam yang Adam Adli lakukan sekarang ni dalam lokap di Balai Polis Jinjang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HADI AWANG TERPERANGKAP DALAM DILEMA KEISLAMAN

Agak pelik bila seorang presiden parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam tetapi tidak benar benar menghayati agama Islam itu sendiri.

Hadi Awang mengatakan bahawa UMNO adalah parti yang mengamalkan nationalist dan menolak Islam,  tetapi adakah PAS benar benar mencapai kata maksud Islam itu sendiri?


Satu persoalan disini, adakah dengan menolak penyatuan diantara dua parti Melayu Islam itu menunjukkan bahawa mereka mengamalkan cara cara islam?

Bukankah Islam itu menggalakkan penyatuan tidak kira sama ada kaum atau agama?

Tetapi perlu diingat, PAS lebih rela bersatu dengan parti yang menentang Islam sebenarnya,  DAP secara terang terangan menolak Islam serta dengan begitu angkuh mempersenda agama Islam di khalayak ramai.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, DAP pernah membawa usul supaya azan di masjid di perlahankan dan bacaan ayat suci al-quran pada waktu subuh diperlahankan, adakah itu parti yang dipertahankan serta diperjuangkan bersama oleh PAS? 

Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah yang maba Setiausaha Agung DAP sendiri telah meminta supaya kalimah tersebut diberikan kebenaran untuk diguna pakai didalam Bible bahasa Melayu yang mana ianya menjadi kemarahan rakyat Malaysia.

Jadi disini kita perlu melihat siapa yang sebenarnya menolak agama Islam, Sangkakala tidak mengatakan bahawa PAS menolak agama Islam tetapi dengan mengatakan bahawa UMNO itu menolak agama Islam ianya adalah tidak benar sama sekali.

Para pengikut pakatan pembangkang terutamanya PAS perlu juga mengingati bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menyatukan dua kaum iaitu kaum Muhajirin dan Ansar dan ianya termaktub dalam sejarah Islam.

Tetapi apabila PAS menolak penyatuan diantara sesama Islam dimana kedudukan mereka yang mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Islam dalam negara ini.

TAKZIAH KEPADA DATO HAMIDAH OTHMAN @ybmidah

Sangkakala mengucapkan takziah kepada bekas exco kerajaan negeri Perak Dato Hamidah diatas kehilangan ibu mertua beliau hari ini.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman.


Sangkakala mendapat berita ini setelah melihat laman twitter milik duta pelancongan negeri Perak Dato AC Mizal sebentat tadi.

Mohon kepada semua rakyat negeri Perak agar membacakan alfatihah untuk arwah.

Dan kepada kekuarga Dato Hamidah, semoga tabah menghadapi dugaan kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati.


KALAU KARPAL BERANI SAMAN JE LAH #lainkalilah

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz kata dia rela di saman oleh DAP sebab mendedahkan beberapa perkara tentang konspirasi dalaman DAP.

Apa lagi Karpal, saman la, takkan takut kot, awak tu kan ke lawyer? Kalau dah nama lawyer tapi takut nak saman, susah juga tu.

Tapi kenapa pula Karpal supaya Tunku Aziz berhenti daripada mendedahkan RAHSIA DAP?

Ini seolah olah apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz itu benar dan betul, tu sebab Karpal suruh berhenti agaknya.

Apa apa pun tahniah buat Tunku Aziz yang berani mendedahkan segala apa yang dirancang oleh DAP selama ni.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MB KELANTAN BAKAL KENA MAKI DENGAN NIK AZIZ

Tindakan Menteri Besar Kelantan yang baru bakal menerima makian daripada Nik Aziz kerana tidak mahu memberikan sokongan kepada himpunan blackout yang dianjurkan oleh PKR.
Kalau dulu Nik Aziz siap bagi duit kepada mereka yang nak pergi ke himpunan BERSIH tetapi kali ini kerajaan Kelantan mengambil sikap menolak himpunan jalanan begitu.

Mesti Nik Aziz angin giler kali ni sebab apa yang beliau harapkan tak jadi kerana mungkin Menteri Besar Kelantan yang ada sekarang lebih berakal daripada Nik Aziz. 

Nampaknya kuku Nik Aziz dah tumpul dan apa yang beliau buat dulu tiada penyambungnya.


TINDAKAN MUKHRIZ DIKECAM HEBAT OLEH PAKATAN

Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.

Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

Mungkin wakil rakyat PKR ini kurang pendidikan tentang undang undang agaknya, himpunan sebegitu telah diberi tahu tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, macam mana nak bagi kelulusan menggunakan stadium kalau kelulusan dari pihak polis tiada?

Lagi pun sebagai seorang menteri besar, tindakan Dato' Mukhriz adalah tepat kerana beliau tidak mahu ada gangguan yang tidak membina seperti itu dijalankan di negeri di bawah pentadbiran beliau.

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.

Apa yang Sangkakala nampak, mereka juga sudah mula memberi gelaran kepada Dato' Mukhriz sebagai "Mahafiruan" itu adalah perkataan yang diterbalikkan penggunaanya.

Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Mukhriz dah bagi syarat alau setakat nak berhimpun takde masalah. Tapi kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas, itu yang membuatkan beliau tidak memberikan kebenaran untuk penggunaan stadium tersebut.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.

Nampak sangat Pakatan Pembangkang memang suka dengan himpunan haram seperti ini untuk meliwat pemikiran rakyat khususnya pengikut mereka dan perkara seperti ini seharusnya di bendung dan tidak dibiarkan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ABBY ABADI CARI PENYAKIT

Alahai la Abby, kalau nak keluar statement tu tengok le kiri dan kanan baru le keluarkan kenyataan, sebab semua orang Malaysia tahu siapa kamu sebelum ni, nak bertaubat tiada masalah, tapi bila kata itu dan ini macam dah arif sangat tentang agama sudah pasti lah ibarat menepuk air didulang.

Tak siapa marah atau melarang bahkan ramai yang suka dengan keinsafan yang Abby Abadi terima.

Tapi macam yang Sangkakala katakan tadi, jangan sampai orang jadi meluat atau menyampah sebab menunjuk nunjuk dan berlagak hebat serta pandai sedangkan Abby ibarat tin kosong yang tiada apa apa cuma bunyi berdentum dentam.

INI PUNCA KENAPA PERLU BOIKOT AIR ASIA

Sangkakala rasa bersetuju sangat dengan cadangan untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia dan Air Asia X oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air.
Sangkakala rasa Tony Fernandez ni macam talam dua muka pun ada. Itu sebab dia diam je bila CEO Air Asia X buat kenyataan mengatakan bahawa semua iklan promosi dalam akhbar Utusan Malaysia akan ditarik balik.

Sepatutnya apabila telah diberi kemudahan dan bantuan untuk hidup, Tony Fernandez lebih bersikap membalas budi dan bukannya menimbulkan syak wasangka kepada rakyat Malaysia.

Macam gambar diatas, apa hubungan mereka berdua sampai begitu mesra sekali bergambar, takkan setakat rakan atau hubungan dengan pelanggan, atau mungkinkah Tony juga terlibat dalam pemberian Dana pilihanraya kepada pakatan pembangkang.

Ahad, 19 Mei 2013

ADAM ADLI INDAH KHABAR DARI RUPA

Sangkakala ingatkan hebat sangat le si budak yang berlagak ala ala mafia Malaysia ni, sampai nak buat demonstrasi di jalanraya sebab tak puas hati dengan sistem pilihanraya.
Rupanya setakat hebat becakap je boleh la, lain tak tau le nak cakap apa.

Tengok rupa pun Sangkakala dah rasa meluat sangat, masa becakap di kompleks C putrajaya dulu, dia le yang hebat sangat rupanya, yang budak budak ikut tu pun buat dia macam selebriti.

Sudah sudah la Adam Adli woiitt..kamu tu dah jadi macam sampah hanyut je, pendapatan dah takde yang ada pun cuma ehsan dari idola kamu tu je lah si Anwar Ibrahim. 

Bila kena tangkap macam ni siapa yang datang? Ada ke idola kamu datang tengok kamu di lokap balai
Polis jinjang tu? Takde kan? Itu sebab Sangkakala kata Adam Adli ni tak ubah macam sampah je.

INI DAH BAGI SANGKAKALA MARAH !!! AIR ASIA MEMANG SIAL !!!

Sangkakala baru terbaca sebuah blog yang menyatakan tentang ketidakprihatinan kakitangan Air Asia terhadap penumpang.

Baca sini untuk maklumat lanjut

http://bit.ly/16yTSEH

Weii Tony Fernandez, ingat la sikit, kamu dulu pun merempat la haram jadah sial punya orang.

Sangkakala harap kepada pembaca yang mempunyai akses dengan big boss Ais Asia yang tak sedar diri ni hantar pautan Sangkakala pada dia, jangan cabar rakyat Malaysia, kalau tak mau rasa duduk bawah jambatan satu hari lagi.

Selama ni Sangkakala diam bila CEO Air Asia X buat kenyataan tentang penarikan balik iklan mereka dalam akhbar tersebut.

Tapi kali ni Sangkakala memang dah tak boleh tahan, ayuh semua rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun, bangkit kita boikot syarikat penerbangan milik yahudi haram jadah ni.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP MULA NAK TUKAR PERLEMBAGAAN

Kenyataan Karpal Singh mengatakan bahawa kerajaan perlu menukar perlembagaan dengan memansuhkan Dewan Negara kerana dilihat merugikan adalah satu kenyataan permulaan dalam penukaran perlembagaan.

Jika dulu kita menyangkakan bahawa mereka akan menukar perlembagaan nampaknya adalah tepat.

Cuba bayangkan jika mereka (pakatan pembangkang) yang memenangi pilihanraya yang lalu, sudah pasti perkara ini akan diluluskan dan mungkin akan ada lagi penukaran penukaran lain.

Kita harus melihat perkara ini secara serius, inilah yang hendak dilakukan oleh DAP selama ini dan bukti sudah ada di depan mata.

Mereka tidak dipilih menjadi kerajaan, namun mereka sudah berani untuk mengusulkan penukaran perlembagaan ini, jika mereka menjadi kerajaan? Apa akan jadi?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KARPAL PERMAINKAN UNDANG UNDANG MALAYSIA

Baru baru ni Karpal Singh selaku pengerusi DAP kebangsaan telah membuat satu laporan polis tentang himpunan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Namun laporan tersebut tidak dilihat sebagai keihklasan DAP dalam menjaga keamanan negara kerana malam tadi telah diadakan himpunan serupa dan ianya dihadiri oleh Karpal sendiri dan beliau turut memberikan ucapan.

Kenapa Karpal buat begitu sedangkan perhimpunan malam tadi tidak mendapat kelulusan dari pihak polis kerana pakatan pembangkang gagal mengemukakan permohonan untuk berhimpun selwat lewatnya 10 hari sebelum himpunan diadakan.

Sabagai seorang peguam, beliau tidak seharusnya membuat laporan polis jika beliau sendiri turut hadir dalam program seperti itu.

Karpal juga dilihat seperti sengaja mahu mencabar undang undang negara dan seolah olah mempermainkan undang undang sedangkan beliau adalah seorang peguam yang mengamalkan undang undang di Malaysia.

Atau mungkin juga Karpal sengaja berbuat begitu semata mata mahu menyelamatkan diri atau mempromosikan diri beliau yang dilihat sudah kurang populariti dalam politik tanah air.

Himpunan himpunan seperti ini boleh menjurus kearah kehancuran negara dan tidak mustahil ianya mampu untuk memporak perandakan keamana dalam negara ini.

Apa pun, tindakan Karpal memang dilihat sebagai melampau dan dengan mencabar undang undang kerajaan begitu, Karpal juga seharusnya diambil tindakan serupa dengan mereka mereka yang hadir dalam himpunan haram.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DARAH MEREKA HALAL !!! APA KATA PAS ???

Selaku parti yang menggelarkan mereka adalah parti Islam, sudah pasti mereka tau tentang hukum hakam perbuatan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan bahawa darah bagi orang Islam atau tidak yang cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah adalah halal dan ini bukanlah bermakna mereka ini perlu diperangi cuma mereka ini wajar diambil tindakan sewajarnya kerana cuba menggulingkan kerajaan.

Tapi PAS pula seolah olah memberikan laluan kepada mereka yang mahu menggulingkan kerajaan yang dipilih ini dengan mengambil sikap bersekongkol dengan parti yang jelas telah menghasut rakyat untuk menjurus kearah itu.

Adakah tindakan Anwar Ibrahim selaku pemimpin dalam PKR hanya dinafikan dengan mengeluarkan kenyataan kenyataan tidak menyokong namun PAS masih lagi bersama parti tersebut dalam usaha memerangi kerajaan Barisan Nasional?

Tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz juga dilihat seolah olah memberikan keizinan untuk para penyokong pakatan pembangkang melakukan perkara tersebut dengan emngeluarkan kenyataan bahawa beliau akan meludah sesiapa juga yang datang untuk menyatukan UMNO dan PAS.

Ini juga tindakan yang dilihat tidak matang dan retorik daripada PAS yang mana ada pemimpinnya menolak penyatuan dan ada pula pemimpin yang mengatakan perlu menerima kepimpinan kerajaan yang ada kini dan ada pula yang mengatakan bahawa PAS perlu bersatu dengan UMNO untuk penyatuan agama dan bangsa.

Keangkuhan PAS juga tidak memperlihatkan keislaman mereka yang secara terang menolak penyatuan diantara sesama islam dan mereka (pemimpin PAS) seolah olah menggalakkan perpecahan dalam Islam itu sendiri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS MASIH TAK SEDAR DIRI DIJADIKAN KELDAI

Mahfuz Omar semalam kata Datuk Seri Najib tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana mengkambing hitamkan Datuk Seri Noh Omar setelah bekas menteri kabinet itu tidak dilantik semula sebagai menteri akibat dari kekalahan teruk Barisan Nasional di di Selangor.

Apa kena mengena pulak dengan Datuk Seri Najib tentang perkara tersebut? 

Pemilihan anggota jemaah menteri adalah dibawah bidang kuasa Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan tidak ada istilah kambing hitam atau tidak dalam UMNO. 

Yang menjadi kambing hitam dan keldai sebenarnya adalah PAS yang rela dipe4gunakan oleh PKR di Selangor sebagai contoh, PAS memenangi kerusi melebihi daripada apa yang di perolehi oleh PKR namun Tan Sri Khalid Ibrahim maeih memegang jawatan sebagai Menteri Besar. 

Bukankah itu kambing hitam atau keldai yang sebenarnya?

Satu lagi pertanyaan ialah, adakah Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Perdana Menteri setelah memperalatkan para pengikut pakatan pembangkang yang dibawa turun untuk berhimoun di sana sini?

Mahfuz perlu melihat perkara ini dengan lebih dalam lagi kerana PKR jelas telah menggunakan para pengikut pakatan pembangkang untuk tujuan kepentingan peribadi beliau.

Anwar juga menggunakan mereka ini untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sedangkan rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ini memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan. 

Dengan mempergunakan para pengikut untuk kepentingan politik sendiri,  Anwar juga dilihat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri bahkan tidak layak juga untuk menjadi ketua pembangkang d8 parlimen tambahan pula kerusi yang dimenangi adalah kurang daripada kerusi DAP. 

ADAM ADLI MENINGGAL ???

Pada kebiasaannya, apabila ada kematian bagi seseorang beragama kristian, maka satu upacara memegang lilin sambil memakai baju hitam diadakan.

Malam tadi pula, Sangkakala dengar sekumpulan anak muda telah pegi ke Balai Polis Jinjang dan membawa lilin serta memakai baju hitam hanya semata mata sahabat mereka si gila Adam Adli berada didalam tahanan polis di balai polis tersebut.

Sangkakala sangkakan Adam Adli dan meninggal kat dalam balai polis tu sampai bawa lilin dan dinyalakan segala bagai.

Sangkakala juga melihat, para remaja ini semakin jauh tersasar dari landasan keagamaan seorang muslim beragama Islam yang menuntut supaya penganutnya tidak meniru perbuatan agama lain.

Bagi Sangkakala, perbuatan mereka ini juga perlu diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam, kerana cubaan untuk murtad, ini semua Sangkakala ambil kira setelah melihat perbuatan mereka yang membakar lilin seperti upacara berkabung bagi agama kristian.

Mohon pihak jabatan agama, mengambil tindakan diatas perbuatan mereka mereka ini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH DATO MUKHRIZ

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
    
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada beliau kerana berani untuk menghalang pakatan pembangkang daripada terus menghasut rakyat negara ini terutamanya di Kedah.

Lagi pun Sangkakala tengok Anwar dah macam orang gila sebab tak dapat jadi Perdana Menteri.

Dengan mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Datuk Seri Najib Razak, juga jelas menunjukkan bahawa beliau kini amat terdesak untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Tak hairanlah kalau berbagai spekulasi diberikan apabila beliau terus bercadang untuk mengadakan himpunan disana sini demi untuk kepentingan peribadi beliau.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

AHLI DAP TERSILAP LANGKAH

Kerana terlalu taksub dengan apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim,  maka mereka telah mengambil jalan silap dimana seorang rakyat Malaysia yang berketurunan India tapi dijadikan anak angkat oleh keluarga keturunan cina dinafikan hak beliau untuk mengundi.

Tetapi apabila tahu bahawa mereka tersilap langkah maka mereka memohon maaf dan mengatakan bahawa ianya adalah salah dan tidak betul.

Baca SINI untuk maklumat lanjut.

Dah kena macam tu baru tau nak melutut minta maaf sedangkan masa buat hallangsung tak fikir tentang orang lain.

Kalau Sangkakala kena macam tu memang takde maaf lagi la jawabnya, terus bawa ke mahkamah je sebab hak kita sebagai rakyat untuk keluar mengundi dan tiada siapa boleh menghalang atau melarang.


Sabtu, 18 Mei 2013

JUAL TUBUH UNTUK PARTI ???

Sangkakala malam ni terkejut dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh seorang rakan blogger Selongkar Isu yang menyatakan bahawa puteri puteri PAS menjual lenggok tubuh demi untuk meraih undi.

Baca di SINI

Memang menarik semuanya, kalau tak tahan nafsu, Sangkakala sendiri pun mau bertukar parti kalau macam ni.

Semuanya mengancam habis, tiada cacat celanya, muka jernih belaka, astaghfirullah..jangan la sampai macam tu sekali kerana parti, takkan mendapat keredhaan Allah kalau macam ni.

ADAM ADLI TUNJUK SAMSENG DENGAN POLIS

Seorang demi seorang di tahan oleh pihak keselamatan setelah beberapa laporan polis dibuat kerana menganjurkan himpunan, menghadiri serta menghasut orang ramai.

Siang tadi Adam Adli yang selama ini menjadi pengikut setia pakatan pembangkang dan menjadikan pelajar iPT sebagai sasaran untuk memburuk burukkan kerajaan ditahan.

Selama ni tunjuk samseng sangat, macam Malaysia ni tiada kuasa undang undang dan Adam Adli dilihat bebas untuk melakukan apa sahaja.

Lepas ni Sangkakala percaya akan ada lahi penangkapan atas akta hasutan seperti yang dipertuduhkan terhadap Adam Adli, antara seorang lagi yany mesti ditangkap ialah Safwan Anang yang juga Sangkakala lihat menghasut orang ramai untuk turun ke jalan jalan raya bagi memprotes sistem pilihanraya walaupun ianya diterima oleh semua rakyat Malaysia. 

Antar muka muka lain pula ialah, Hishamuddin Rais, Chegu Bard dan beberapa orang lagi yang menjadi punca kepada himpunan tersebut.

Jadi semua harus bersiap sedia untuk dihadapkan ke mahkamah dan bersiap sedia untuk duduk dalam lokap polis.


HILANGNYA SEORANG PEJUANG

Al-Fatihah..baru sebentar tadi diberitakan bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Bagan Serai, saudara Sharudin Ahmad telah meninggal dunia.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital tiga hari lepas setelah tidak sedarkan diri (koma) akibat dari jangkitan kuman dalam darah.

Pemergian arwah pasti amat dirasai oleh seluruh pergerakkan pemuda UMNO kerana arwah begitu komited dalam menjalankan amanah sebagai ketua pergerakan itu di bahagian Bagan Serai.

Arwah yang juga merupakan pengerusi Gerakan Belia 4B kawasan Bagan Serai dan pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian telah dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional baru baru ini.

Semoga Allah menempatkan roh arwah di kalangan orang orang beriman serta bertaqwa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR JANGAN LARI DARI TAJUK

Anwar dikatakan telah menyelar kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa sesiapa juga rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya yang diguna pakai selama ini boleh lah berhijrah ke negara lain yang mengikut cara pengundian cara mereka.

Anwar bercakap dalam ucapan beliau malam tadi dengan mengatakan adakah negara ini bapa Zahid yang punya hingga beliau (zahid) mengeluarkan kenyataan begitu. 

Sangkakala pulak nak tanya, adakah negara ini Pak Ibrahim ( bapa anwar) yang puya hingga beliau dengan sesuka hati membawa para pengikut beliau untuk mengadakan himpunan disana sini.

Ini adalah sebuah negara merdeka yang aman dan makmur sebelum ini fan Sangkakala berani mengatakan sejak Anwar menceburkan diri dalan arena pilitik tanah air,  semua menjadi kelam kabut dan huru hara.

Sangkakala bersetuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa sesiapa yang tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang digunapakai selama ini elok berpindah dan tinggal di negara yang menjalankan sistem pengundian seperti yang mereka mahu.

Bagi Sangkakala,  ayat Datuk Seri Zahid ini ditujukan kepada Anwar kerana hanya Anwar yang tidak berpuas hati dengan cara pengundian yang diadakan.

Semasa Anwar bertanding sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dulu pun cara pengundian sama digunakan oleh SPR., tapi kenapa kali ini beliau mengatakan bahawa SPR perlu menggunakan undi popular dan dari segi undi popular, beliau mendahului Perdana Menteri. 

Kenyataan bodoh daripada Anwar Ibrahim, umur 67 tak lama lagi di jemput tanah namun masih tidak berakal.

PERSIAPAN AWAL ANWAR IBRAHIM

Selepas sahaja tamat pilihanraya umum yang ke 13 yang lalu,  Anwar Ibrahim telah menggembar gemburkan kisah kononnya terdapat beberapa penipuan dalam pilihanraya tersebut dan ianya didalangi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ramai dikalangan dikalangan pengikut pakatan pembangkang terpedaya dan mempercayai perkara perkara tersebut tanoa usul periksa, maka dari situ bermulah himpunan demi himpunan yang dirancang oleh Anwar Ibrahim bersama sama kepimpinan beliau.

Ini termasuk juga dengan NGO NGO yang dicipta oleh Anwar dan pakatan pembangkang untuk menjadi bala tentera mereka dalam  setiap himpunan atau perarakan.

Isu yang sebenarnya berlaku ialah, Anwar bukan tidak boleh menerima kekalahan kekalahan pakatan pembangkang untuk menerajui Putrajaya, tetapi ada yang lebih besar dari itu.

Banyak laman laman media sosial kini memainkan isu Lahad Datu yang dikatakan Anwar juga turut terlibat sama dalam insiden pencerobohan tersebut yang telah meragut nyawa anggota keselamatan negara lebih kurang 2 bulan yang lalu.

Untuk itu, Anwar telah merancang sedari awal untuk menyelamatkan diri kerana beliau tahu sudah tidak ada tempat untuk beliau berselingung sekiranya apa yang berlaku di Sabah itu melibatkan beliau.

Cara terbaik untuk Anwar mempertahankan diri ialah dengan menggunakan benteng pertahanan manusia yang akan berjuang untuk menyelamatkan beliau dari dikenakan hukuman.

Anwar juga bijak memainkan persepsi masyarakat dengan mengalih perhatian rakyat supaya tidak menampakkan bahawa beliau bersalah dan terlibat dalam insiden tersebut. 

Dengan mewujudkan persepsi masyarakat, Anwar akan dilihat sebagai mangsa kekejaman kerajaan walaupun begitu banyak bukti dan fakta yang dikeluarkan.

Sepertimana yang telah berlaku semasa Anwar Ibrahim dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, berapa ramai yant turun ke jalan jalan raya hanya kerana tidak mempercayai perbuatan beliau oleh kerana sikap yang ditunjukkan amat baik.

Namun apabila mereka mengetahui siapa diri Anwar yang sebenar,  mereka mula menjauhkan diri tidak mahu lagi terlibat dengan Anwar.

Apabila beliau dibebaskan dari penjara, Anwar telah dipuja dan di sanjung oleh pakatan pembangkang dan seterusnya setelah beliau menang dalam pilihanraya kevil Permatang Pauh, beliau telah diangkat sebagai ketua pembangkang dalam dewan parlimen.

Kini setelah selesai PRU13, Anwar dilihat semakin agresif dan PAS serta DAP sudah mula rasa curiga dengan pergerakan beliau yang dilihat sudah mula keterlaluan dengan membawa pengikut pengikut pakatan turun berhimpun di sana sini.

PAS telah mula mengambil jalan untuk mendiamkan diri dan dalam satu kenyataan, PAS telah mengatakan bahawa mereka akur dengan kehendak rakyat iaitu memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah. 

DAP juga telah melihat perkara sama dimana semalam Karpal Singh sendiri telah membuat satu laporan polis untuk menentang himpunan yang diadakan oleh Anwar Ibrahim. 

Ini adalah signal yang cukup kuat bagi rakyat Malaysia bahawa Anwar sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dalam pakatan pembangkang,  kekuatan itu sebenarnya datang dari ahli ahli yang tidak tahu apa apa.

Bagi para pemimpin pakatan pembangkang pula,  perbuatan Anwar akan menyusahkan diri dan parti mereka sendiri kerana Anwar berjuang bukanlah kerana parti tetapi kerana kepentingan beliau sendiri.

SEJAK BILA DAP AMBIL BERAT ???

Pelik juga sekarang ni, DAP dilihat semakin nak ambil berat tentang segala hal, kali ini Teo Nie Ching Setiausaha Wanita DAP kebangsaan mempertikai keputusan Perdana Menteri untuk mengambil 2 orang wanita sebagai menteri.

Tak payah nak sibuk sibuk la, DAP pun bukan ada buat kerja membantu rakyat, sama macam PKR dan PAS yang hanya akan mengadakan ceramah setiap hari mengutuk segala apa yang dilakukan oleh kerajaan. 

Tidak ada pun sesuatu yang dipandang betul oleh pakatan pembangkang tentang apa juga yang dilajukan oleh kerajaan. 

Jadi kenapa bila Perdana Menteri umumkan barisan kabinet,  DAP tiba tiba nak tunjuk prihatin? Masih nak tunjuj baik lagi ke?

Semua rakyat Malaysia sudah melihat apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang selama ni.

#tolakpakatan @anwaribrahim PENGERUSI SPR LETAK JAWATAN

Minggu lepas satu perhimpunan telah diadakan di hadapan pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh siswazah dan mereka mendesak supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz agar meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan serta di ganti dengan orang orang baru.

Dalam himpunan tersebut, mereka telah memberikan tempoh sehingga semalam, dan sekiranya Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan dan SPR tidak dibubarkan, maka mereka akan mengadakan himpunan di jalanraya pada hari ini.

Tapi Sangkakala tengok semua sepi je ni, macam takde apa apa pun, hari tu beriya sangat bagi amaran dan ugutan segala bagai, tapi kenapa sunyi pulak hari ni?

Himpunan yang turut di hadiri oleh Chegu Bard itu melihatkan lebih kurang 100 anak muda yang dulunya menuntut agar pendidikan percuma diberikan kepada para pelajar kini sudah berubah ke arah politik.

Safwan Anang yang mengetuai himpunan mengatakan bahawa mereka tidak mewakili mana mana parti, mereka cuma mendesak agar pilihanraya yang bersih dan telus diadakan.

Budak kecik baru nak belajar buat demonstrasi ni cuba nak tipu orang ramai, kalau org buta atau pekak, mungkin la Safwan Anang boleh nak kencing macam tu sekali.

Chegu Bard juga minggu lepas semasa memberikan ucapan berkata bahawa kesemua yang hadir perlu bersiap sedia sejak dari semalam di laman laman sosial dimana mereka akan mengadakan hebahan tentang himpunan yang dijangkakan hari ini tapi malam tadi Sangkakala tunggu juga kalau ada hebahan, takde pulak.

Ini semua mungkin akibat daripada apa yang Karpal Singh buat semalam agaknya, apabila beliau membuat laporan polis menentang himpunan 505 dan mendesak pihak polis untuk menangkap mereka yang terlibat kerana mengganggu orang ramai dan membahayakan keselamatan.

Begitu juga dengan Adam Adli, mahasiswa berlagak hero, juga mengatakan bahawa mereka akan mengadakan himpunan besar besaran pada hari ini untuk menuntut Pengerusi SPR untuk meletakkan jawatan dan SPR dibubarkan.

Tapi Sangkakala tak dengar pulak, sama ada Tan Sri Aziz dah letak jawatan atau tidak sampai puak gila ni tak buat himpunan pulak hari ni, atau risau dengan 'SINGA' UMNO yang jadi menteri KDN sekarang, sebab Datuk Seri Zahid Hamidi dah bagi tau pada semua, tiada lagi amaran, yang ada hanya tindakan, jadi kalau berani boleh la berkumpul di mana mana sekiranya mahu untuk mencabar pasukan Polis.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GUAN ENG AJAR KETUA POLIS NEGARA

Semalam diadakan majlis penyerahan tugas oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Ismail kepada ketua polis negara yang baru iaitu Tan Sri Khalid.


Belum pun sehari Tan Sri Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negara,  Guan Eng telah mengajar beliau tentang tugas sebagai seorang polis. 

Guan Eng berkata bahawa Tan Sri Khalid perlu mengurangkan kadar jenayah dan jangan hanya bertumpu kepada pemimpin pakatan pembangkang. 


Persoalannya siapa Guan Eng yany hendak mengajar Ketua Polis Negara tentang tugas yang perlu beliau laksanakan? Dan kenapa Guan Eng perlu berbuat begitu?

Jika kepimpinan pakatan pembangkang tidak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah, masakan pihak polis tiba tiba nak pegi tangkap, agak agak le kalau nak berckap tu Guan Eng.

Tapi sejak akhir akhir ini, kadar jenayah telah pun turun sebanyak 7.6 peratus dan ini membuktikan bahawa pasukan polis menjalankan tugas dengan baik dan cekap.

Tapi ada satu pula masalah apabila 0emimpin pakatan pembangkang acap kali cuba untuk mencetuskan huru hara dengan mengadakan himpunan jalanan yang mana ianya juga boleh dikatakan sebagai jenayah apabila berlakunya rusuhan serta mendatangkan kerosakkan atau kecederaan. 

Takkan yang itu pihak polis nak diam? Setiap apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah mengikut prosedur atau SOP yang telah ditetapkan dan bukannya main tangkap melulu.

Jangan cuba nak jadi pembela la Guan Eng, nanyi tak pasal pasal dengan kamu sekali duduk dalan kalau langgar undang undang negara. 

Jumaat, 17 Mei 2013

NIK NAZMI DI PINGGIRKAN ???

Pagi tadi Nik Nazmi telah hadir ke mahkamah dengan hanya di temani oleh kira kira 20 orang pemuda yang dikatakan mungkin umur pun tak cukup untuk mengundi.

Dah la macam tu, siap ada yang kata mereka ikut datang sebab ada manis manis (duit) yang diberikan kepada mereka untuk datang ke mahkamah seksyen Petaling Jaya pagi tadi.

Baca selanjutnya disini

http://bit.ly/10w0MWv

Nik Nazmi bakal berhadapan dengan dakwaan d bawah seksyen 9(1) akta perhimpunan aman 2012, sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10 Ribu !!

Haha, kalau sangkut ni rasanya PRK pulak di kawasan Nik Nazmi menang bertanding baru baru ni, jadi bersiap sedia lah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PENGUNDI HANTU WARGA BANGLADESH TERTANGKAP

Dibawah ini ada bukti kuat mengatakan pakatan pembangkang telah menangkap beberapa orang pengundi hantu dari Bangladesh dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah oleh pakatan pembangkang tidak lama lagi.


Macam mana la nak memimpin kalau macam ni, sampai rakyat negara sendiri pun tak kenal, kalau warga cina tu kot mungkin la tak tau sebab memang dah sama dengan cina Malaysia. 

Apa puak pakatan nak cakap sekarang? Ada ke keberanian nak minta maaf pada mereka yang dikatakan pengundi hantu segala bagai ni?

Takkan ada yang berani punya, tambahan pula pemimpin pembangkang, dah tentu takkan mengaku salah walaupun secara terang terangan mereka silap dalam tindak tanduk mereka.

Kesian nasib pelajar pelajar ni, tak pasal pasal kena cop sebagai warga Bangladesh sedangkan mereka juga mempunyai hak untuk mengundi dan menentukan siapa kerajaan untuk negara ni.

TAMATNYA RIWAYAT POLITIK ANWAR IBRAHIM

Apabila mengatakan bahawa Anwar Ibrahim memprotes keputusan pilhanraya yang laku, ramai dikalangan rakyat Malaysia tertanya tanya apakah motif sebenar Anwar di sebalik semua ini?

Kemudian Anwar dikatakan membawa anak anak muda untuk turun melakukan himpunan kononnya ada penyelewengan dalam pilhanraya dan terdapat kes terputusnya bekalan elektrik di beberapa kawasan pengiraan undi.

Pengasas Asal Bukan UMNO pula mengugut akan membawa anak anak muda serta pengikut pakatan pembangkang untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan cara kekerasan.

Tapi satu tindakan yang agak mengejutkan dilakukan oleh Karpal Singh pada hari ini apabila beliau pergi membuat laporan polis tentang himpunan hitam 505 yang diadakan dan beliau membantah apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Disini jelas menunjukkan bahawa Anwar kini hanya bergerak sendirian tanpa ditemani oleh rakan dalam pakatan pembangkang dan ini juga jelas menunjukkan bahawa Anwar bakal dimatikan dalam arena politik tanah air. 


Tindakan yang dilakukan oleh Karpal dilihat tepat kerana sebagai seorang peguam, beliau tahu akan undang undang dan perbuatan untuk mengheret pengikut ke jalan raya adalah satu perbuatan yang menyalahi undang undang negara yang mana ianya melibatkan keselamatan orang ramai.

Karpal juga mungkin sudah muak dengan perlakuan Anwar Ibrahim yang tak sudah sudah menyusahkan para pengikut serta orang ramai demi untuk mencapai matlamat beliau untuk menjadi Perdana Menteri. 

Itu juga dilihat sebagai mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keaelamatan orang ramai yang kemungkinan akan mendapat kecederaan atau kematian jika berlaku rusuhan.

PAS pula dilihay semakin memencilkan diri kerana mungkin juga tidak mahu bersekongkol dengan kebodohan Anwar Ibrahim dalam perancangan beliau untuk melakukan himpunan tersebut.

Kini Anwar kesaorangan dan beliau akan terus begitu kerana kini rakan rakan baik beliau sudah mula menyisihkan diri dan tidak lagi mahu campur tangan dalam kerja gila yang beliau lakukan.

GEMPAQ NI !!! GUAN ENG MASUK ISLAM

Hebat PAS cuba menipu rakyat dalam pilihanraya yang lepas, dikhabarkan oleh mereka bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang nak masuk Islam sekiranya pakatan pembangkang memerintah lagi di Pulau Pinang.

Tapi beliau minta perkara tersebut jangan di hebahkan dahulu kononnya, kenapa pulak macam tu? Apa masalah kalau dihebagkan pada orang ramai?

Atau ada udang di sebalik batu dengan apa yang disampaikan oleh wakil PAS ni.


Nampak tak macam mana wakil rakyat PAS cuba nak mengaburi mata orang Melayu di Pulau Pinang? 

Mungkin hanya dengan kata kata itu maka rakyat Pulau Pinang terpedaya dan lemah longlai.

Mesti rakyat Pulau Pinang masih tertunggu tunggu jawapan bila agaknya Guan Eng nak  ke hospital untuk buat apa yang patut untuk memeluk agama Islam.

Agak agak berani ke Guan Eng nak buat macam tu?  Tapi Sangkakala yakin, apa yang dikatakan oleh Asnah Hashim adalah bohong semata mata,  tak mungkin perkara tersebut akan berlaku.

ZAHID HAMIDI MULA BERSUARA

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Sangkakala rasa ada betulnya apa yang Datuk Seri Zahid katakan tu, sebab kita amalkan sistem pilihanraya yang sama sebanyak 12 kali sebelum ini dan tidak ada pertikaian yang membabitkan sistem pilihanraya.

Namun pilihanraya pada kali ini telah di manipulasi oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau lebih popular daripada Perdana Menteri, Anwar ingat dia popular dia layak untuk jadi Perdana Menteri ke? Itu cara pemilihan presiden Amerika, bukan cara pilihanraya kita.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem  politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

Para pengikut pakatan pembangkang juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR IBRAHIM BERPUTIH MATA

Semalam telah diadakan upacara majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dihadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Di Istana Negara.

Dan orang yang paling kecewa sekali ialah Anwar Ibrahim kerana gagal untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia serta menubuhkan kerajaan dan anggota kabinet beliau.

Dan sehingga kini, Anwar masih mencuba untuk menjadikan keadaan dalam negara menjadi huru hara serta kacau bilau dengan membuat himpunan bantah dan sebagainya.

Rakyat Malaysia telah membuat pilihan pada 05.05.2013 yang lalu dalam pilihanraya umum yang mana melihatkan bahawa rakyat Malaysia memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan. 

Anwar berkeyakinan bahawa beliau dan pakatan pembangkang akan memenangi kerusi parlimen untuk ke Putrajaya sekaligus akan menjadi kerajaan. 

Malang nasib Anwar, walaupun telah mengatakan bahawa beliau menang dalam pilihanraya tersebut seawal jam 7 malam lagi walaupun undi masih belum habis dikira.

Apa apa pun Anwar akan terus mencuba dan mencuba kerana ini adalah peluang terakhir beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan menukar kerajaan. 

Rakyat Malaysia sebenarnya tidak bodoh,  mereka masih boleh menilai yang mana satu kaca dan yang mana intan, dan ini telah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu.

Anwar sebelum ini pernah mengatakan bahawa beliau akan bersara sekiranya pakatan pembangkang gagal untuk menakluki Putrajaya kali ini dan beliau juga mengatakan bahawa sekiranya beliai gagal, maka beliau akan menjadi pensyarah di sebuah Universiti di Amerika.

Tapi mahukah Universiti tersebut mengambil Anwar sebagai pensyarah?  Beliau dikatakan semasa belajar dulu pun mengambil jurusan sastera melayu, jadi mungkin le agaknya Anwar nak jadi pensyarah bahasa Melayu di Amerika tu nanti.

Tapi apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tidak direalisasikan dengan perbuatan dan beliau kini mengatakan bahawa beliau akan terus menjadi pemimpin dalam pakatan pembangkang hingga kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan.

Apa ni Anwar, janji sendiri pun tak mampu untuk ditunaikan apatah lagi janji janji yang lebih besar kepada rakyat. 

Pelbagai janji ditaburkan kepada rakyat agar menyokong mereka tapi seperti yang Sangkakala pernah dengar dari bekas seorang ketua angkatan muda keadilan sebelum PRU dulu, Anwar dikatakan oleh beliau akan berjanji dengan pelbagai perkara, namun apabila tiba masa untuk melaksanakannya,  beliau akan memberikan pelbagai alasan demi untuk menyelamatkan diri. 

Itu adalah kemahiran Anwar Ibrahim dan mujurlah beliau tidak menjadi Perdana Menteri,  sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri,  sudah pastilah kita semua akan dapat melihat sahaj menifesto yang digunakan untuk menggula gulakan rakyat.

Itu adalah kepakaran Anwar yang sebenarnya dan

PENGIKUT DAP BERSIKAP PELIK

Namanya Tuw Yin Lan, umurnya 72 tahun dan beliau sudah 20 hari tidak makan.

Dan beliau bertindak mogok lapar kerana mahu projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman dihentikan segera.

Apa masalah agaknya dengan aunti sorang ni, pengerusi himpunan hijau sendiri telah membuktikan apa tujuan sebenar agenda badan bukan kerajaan tersebut, ianya hanyalah untuk kepentingan politik semata mata.

Tak payah la nak mogok mogok lapar, takde faedah pun, kalau mati kerana kelaparan tu nanti takkan ada siapa nak iktiraf sebagai perwira atau pun hero.

Yang sampai sanggup jadi hamba politik untuk kepentingan orang lain buat apa? Yang si Ketua dewan pemuda DAP pulak kata suruh para pemimpin parti politik pegi jengok beliau dengan alasan kesihatan beliau perlu diambil kira.

Sangkakala nak cakap satu perkara di sini, Tuw Yin Lan mogok lapar kerana tidak berpuas hati dengan lynas, bukanlah Sangkakala nak menampakkan sikap kejam, tapi kalau kerana satu orang sampai kita nak tutup lynas yang menjadi punca rezeki kepada ribuan orang dan ianya disahkan selamat, baik lah lupakan seorang ni.

Tidak dinafikan, nyawa manusia adalah penting, tapi lebih baik kita biarkan pihak yang menjadi punca masalah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mereka yang membuat fitnah tentang lynas perlu bertanggungjawab jika terjadi apa apa keatas puan Tuw Yin Lan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

CYBERTROOPER PAKATAN NAK MENIPU LAGI

Tak habis habis nak menipu orang ramai, entah mamat mana punya gambar dari belakang yang dia orang ambil terus je kata Nik Abduh, nak tunjukkan Nik Abduh tu memang orang yang sederhana la kononnya.


Agak agak le kalau nak membohong pun, semua orang dah tau yang Nik Azi sendiri pun pakai Mercedes S500 kat Kelantan tu, depan rakyat tunjuk yang beliau hanya pakai kereta lama, tapi yang sebenarnya bermacam jenis kereta ada.

Sampai macam ni pun puak cybertrooper pakatan pembangkang nak bohong orang, tak tau ke kalau menipu tu hukumnya berdosa?

Korang jangan le ingat rakyat ni bodoh sangat sampai semua perkara nak di bohong. 

Korang juga kata rakyat Malaysia hari ni dah pandai menilai semua yang berlaku, cuma di Kelantan nasib belum menyebelahi UMNO tapi dapat kita lihat bahawa mereka kini sudah mula rasa jelak dengan pembohongan demi pembohongan pakatan pembangkang terutamanya PAS yang ingin menunjukkan bahawa pemimpin mereka ini berada dalam golongan marhain.

Sudah sudah la tu,  jangan nak tipu orang lagi, takde faedah pun.

SATU LAGI RED BEAN ARMY DIKESAN

Kalau diikutkan daripada apa yang dikatakan oleh bekas setiausaha kerja DAP baru baru ini dalam laman youtube bahawa red bean army ditugaskan untuk menyerang sesiapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka dan orang orang disekeliling mereka.

Disini Sangkakala nak kongsikan satu gambar yang kemungkinan besar juga di punyai oleh red bean army seperti yang dimaksudkan.

Nampak mereka cuba menyerang Saiful Bukhari yang akan melangsungkan pernikahan beliau tidak lama lagi.

Mereka mungkin cuba untuk merosakkan hubungan diantara Saiful dengan bakal isteri beliau yang juga dikatakan pengacara di salah satu rancangan tv dalam negara.

Persoalannya, apakah faedah mereka melakukan semua ini? Dan siapa yang mengupah mereka untuk melakukan semua ni? 

Sangkakala harap Saiful dan bakal isteri beliau tabah dalam menempuh alam rumah tangga dan tidak mengambil berat apa yang dikatakan oleh cybertrooper pakatan pembangkang ini kerana kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti. 

KPDNKK AMBIL LANGKAH TEPAT

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan tegas keatas peniaga yang menaikkan harga barang adalah amat tepat.

Jika dilihat pada hari ini, peniaga kadang kadang dengan sewenang wenangnya menaikkan harga barang semata mata untuk mengaut keuntungan lebih.

Dengan kenaikan harga barang tersebut, biasanya pihak kerajaan akan dipersalahkan oleh pembangkang dan pembangkang akan mengatakan bahawa itu adalah kegagalan kerajaan sedia ada dalam mengawal harga barang keperluan.

Ini adalah fitnah yang sentiasa di mainkan oleh pembangkang dalam memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan walaupun banyak barang keperluan harian telah diwartakan sebagai barang kawalan dan mendapat subsidi dari kerajaan.

Ini juga akan membuatkan rakyat tertindas dan menyusahkan semua lapisan masyarakat, dengan adanya pemantauan dan penguatkuasaan serta tindakan tegas ini diharap akan dapat mengekang kegiatan menaikkan harga barang keperluan di seluruh negara.

Mereka (peniaga) yang ditangkap atas dakwaan menaikkan harga barangan keperluan ini seharusnya di ambil tindakan sekeras kerasnya oleh pihak kerajaan kerana disinilah berpuncanya segala permasaalahan dan fitnah terhadap kerajaan.

Sepatutnya para peniaga tidak menaikkan harga barangan kerana mereka telah diberi keuntungan dengan setiap jualan yang dibuat.

Sangkakala harap, KPDNKK kali ini tidak lagi memberikan peluang kepada mereka yang menaikkan harga sesuka hati mereka.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MEREKA LEBIH RELA DITIPU OLEH ANWAR

Kesian pulak Sangkakala tengok orang orang kat dalam gambar di bawah, mereka memegang poster 'BLACKOUT 505' tapi mereka sendiri tak tau dimana kejadian tersebut berlaku dan apa yang pasti, mereka hanya mendengar perkara tersebut dari Anwar Ibrahim. 

Yang buat buat kelakarnya, Anwar sendiri pun tak tau dimana kejadian blackout ni berlaku kerana ianya adalah rekaan semata mata demi untuk menunjukkan bahawa beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri dan undi dari rakyat tidak mahu diguna pakai.

Cuba tanya sendiri pada Anwar dimana kawasan blackout tu dan jangan hanya mendengar apa yang beliau katakan sebab semua rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar memang kaki putar alam yang amat hebat.

Sebenarnya, kes blackout tidak ada dimana mana kawasan pengiraan undi pun, sebab pengiraan dibuat seawal jam 5.30 petang hari yang sama, jadi dimana kes blackout yang disebut sebut tu berlaku?

Sampai hari ni, Anwar masih tidak mampu untuk membuktikan bahawa perkara tersebut berlaku dimana mana dan jelas terbukti bahawa ianya hanyalah rekaan semata mata.


Khamis, 16 Mei 2013

NIK NAZMI KE MAHKAMAH

Polis dari cawangan D9 Petaling Jaya telah menyerahkan saman untuk hadir ke mahkamah pada 17/5/2013 kepada ADUN Seri Setia Kelana Jaya, Nik Nazmi.

Jadi esok Nik Nazmi kenalah pergi ke mahkamah atas dakwaan mengajurkan himpunan haram tanpa kebenaran.

Itu la, dah menang pun masih tak puas hati, masih nak bantah, lepas tu buat himpunan sana sini.

Lepas ni tolong seret sekali Anwar ibrahim sebab menghadiri himpunan haram dan memfitnah kerajaan dengan pelbagai tohmahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BIARLAH GAMBAR INI YANG BERBICARA

Sayu hati Sangkakala bila melihat gambar ini disiarkan dalam laman FB, betapa besarnya pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak muridnya supaya mendapat ilmu pengetahuan.

 

Dapatkah para pembaca semua melihat betapa besarnya pengorbanan seorang guru terhadap muridnya bukan.

Hargailah guru kita, walau seburuk mana sekalipun guru kitalah yang telah memberikan sinar cahaya dalam kita mengenal huruf dan dalam kita menimba ilmu pengetahuan.

Sangkakala selama ini menulis tentang arena politik setiap masa, tapi kali ini Sangkakala benar benar rasa terharu dengan melihat gambar tersebut.

AMERIKA NAK KAWAL SELAT MELAKA

Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Sangkakala rasa ada kemungkinan juga dengan apa yang dikatakan oleh Ruhanie, kerana Selat Melaka adalah antara laluan kapal yang paling sibuk didunia dan seperti mana yang pernah dilakukan oleh penjajah Inggeris dulu, mereka akan menjadikan Selat Melaka sebagai tempat untuk meraih keuntungan.

Ini rupanya kerja si Anwar, nak gadai negara pada kuasa asing dan mendapat keuntungan dari situ.

Kalau betul dakwaan yang dibuat oleh Ruhanie, mujur Allah SWT menyelamatkan lagi negara ini daripada dijajah buat kali kedua, dan kita semua harus bersyukur tentang itu.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BUKTI ANWAR DERHAKA

Semua menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, namun Anwar Ibrahim masih lagi mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 yang lalu adalah tidak sah.

Nampak sangat Anwar tidak dapat menerima ketentuan yang ditentukan oleh rakyat melalui sistem pengundian dan beliau seolah olah menidakkan apa kehendak rakyat negara Malaysia.

Pilihanraya ke 13 dilihat oleh Anwar sebagai pilihanraya yang kotor walaupun pemilihan dibuat dengan mengikut beberapa syarat yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang.

Tidak dapat dipastikan apa lagi yang Anwar tak puas hati, tapi daripada apa yang dilihat oleh masyarakat, Anwar hanya akan berpuas hati apabila beliau terpilih sebagai Perdana Menteri.

Anwar juga seperti tidak menerima keutusan rakyat yang mahukan kerajaan diberi kepada Barisan Nasional.

Dengan mengadakan himpunan disana sini, Anwar juga mungkin mencabar rakyat untuk terus menolak beliau menjadi Perdana Menteri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP TOLAK HIMPUNAN JALANAN

Apa dah jadi ni? DAP sendiri menolak himpunan jalanan yng dikatakan akan diadakan oleh pengerusi ABU (asal bukan umno) pada jumaat atau sabtu ni nanti?

Dah takde kata sepakat ke antara DAP dan pebgikut pajatan pembangkang ni agaknya.

Kalau Karpal pun dah bersuara mengatakan bahawa mereka tidak akan berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan himpunan sebegitu apatah lagi pengikut DAP yang lain.

Karpal mengatakan bahwa ada cara lain yang lebih baik berbanding dengan berhimpun di jalanraya kerana ianya walaupun dikatakan dalam keadaan aman tapi masih mengganggu orang ramai.

Tapi mau ke Anwar dan para pengikutnya mendengar nasihat daripada Karpal? Sangkakala tak nampak perkara tersebut akan berlaku.

Anwar dan para pengikutnya akan sentiasa mencuba untuk menjadikan keadaan bertambah huru hara demi untuk memperjuangkan hak beliau yang telah dinafikan oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Matlamat Anwar cuma satu iaitu ingin menjadi Perdana Menteri, maka oleh itu beliau akan tetap membawa para pengikut untuk turun dan membuat kacau.

Pihak bertanggungjawab perlu mengambil satu langkah dalam usaha untuk mengekang perkara yang tidak riinginibini dari pada berlaku dan seterusnya mengganggu orang awam.




HISHAMUDIN RAIS KEBAL UNDANG UNDANG

Dengan bersandarkan kepada Akta Perhimpunan Aman yang kini tidak lagi memerlukan permit untuk berhimpun dimana mana, maka pakatan pembangkang mengambil kesempatan dengan pergi berhimpun disana sini.

Walaupun ianya dinamakan sebagai himpunan aman, tapi ianya masih lagi mengganggu ketenteraman orang awam yang kelihatan takut dan risau ketika mereka mengadakan himpunan tersebut.

Seperti yang pernah dilakukan oleh mereka dulu, dalam himpunan BERSIH contohnya, mereka pada asalnya mengatakan itu adalah himpunan aman, tetapi ianya bertukar menjadi ganas hingga membuatkan banyak kerosakkan.

Adakah ini yang dikatakan sebagai aman? Jika aman, sudah pastilah ianya tiada keganasan.

Ramai yang menunding jari menyalahkan pihak polis kerana gagal melaksanakan undang undang negara dan menggunakan kuasa yang termaktub dalam undang undang negara.

Tapi adakah semua orang tahu bahawa dengan ketiadaan ISA ini membuatkan mereka lebih berani lagi.

Hishamuddin Rais dikatakan akan membawa para penyokong pakatan pembangkang ke jalan raya sepertimana yang beliau pernah katakan di kampung baru malam sebelum himpunan BERSIH 3 diadakan di Kuala Lumpur.

Ini jelas menunjukkan bahawa Hishamuddin Rais telah bertindak dengan cara mengugut dimana sekiranya mereka gagal ke putrajaya dalam pilihanraya kali ini, maka mereka akan berada di jalan jalan raya.

Ugutan ini dilihat seperti tidak memberikan kesan kepada pasukan polis yang mana sepatutnya mereka menggunakan rang undang undang yang ada untuk menahan dan mendakwa Hishamuddin serta para pengikut beliau.

Harapan Sangkakala, dengan adanya menteri baru di Kementerian Dalam Negeri, maka sesuatu boleh dilakukab dengan lebih baik dan berkesan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 15 Mei 2013

UNDI POPULAR MENYEBELAHI ANWAR LAGI

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar "harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut".

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Nah, itu kan undi popular tu, ikut je lah, apa nak tunggu lagi?

Para pengikut UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menunggu bila masanya Anwar akan mengundurkan diri.

Dah nak sangat undi popular la katakan ye tak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone