Rabu, 1 Ogos 2018

TIADA EKSTRADISI BAWA SIRUL PULANG !! PENIPUAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH @chedetofficial @mahuyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Teringat semasa kempen pilihanraya dalam PRU baru baru ni, ramai dikalangan calon Pakatan Harapan mengatakan bahawa parti mereka yang diketuai oleh Mahathir akan membawa Sirul Azhar seorang suspek pembunuhan Altantuya pulang ke Malaysia.

Dan selepas mereka menang pilihanraya, kerajaan Pakatan telah mengatakan bahawa mereka telah pun memohon ekstradisi dari kerajaan Australia terhadap Sirul untuk dibawa ke Malaysia.

Tapi kerajaan Australia telah menafikan bahawa ada permohonan untuk membawa pulang Sirul dari kerajaan Malaysia kepada Australia.


Sampai bila kerajaan nak menipu rakyat dan sampai bila rakyat akan termakan fitnah yang disebarkan oleh karajaan Pakatan dalam usaha untuk memerintah?

Rakyat Malaysia menjadi percaya apabila pihak Pakatan mengatakan bahawa DS Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan kononnya Sirul akan membuat pengakuan siapa yang mengarahkan dia membunuh warga Monggolia berkenaan.

Tapi sampai ke hari ini, kerajaan Pakatan gagal membawa Sirul pulang ke Malaysia sedangkan DS Jamal Yunos yang hanya lari dari kawalan polis di hospital ke Indonesia telah pun dibawa pulang.

Agaknya apa muslihat kerajaan Pakatan dalam perkara ini dan adakah sepertimana yang digembar gemburkan bahawa yang terlibat dalam pembelian kapal selam scorpene adalah anak Mahathir sendiri.


Tiada ulasan: