Rabu, 19 Julai 2017

MUNGKIN KERANA FAKTOR USIA SYED HUSIN ALI DAH KURANG PEKA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Harga pembinaan MRT SBK cecah RM 100 Billion, itu kata Syed Husin Ali dalam laman twitter beliau dan beliau juga mengatakan bahawa di Korea ianya boleh dibina dengan harga 40% dari nilai yang disebut dan ini bermakna pembinaan MRT SBK menelan belanja RM 40 Billion.

Yang menjadi persoalan, adakah Syed Husin baru sahaja keluar dari gua atau hutan belantara bertapa untuk menajamkan ilmu matematik beliau?

Untuk makluman, pembinaan MRT hanya menelan belanja sebanyak RM 25 Billion dan siap dalam tempoh 2 minggu lebih awal dari perancangan asal dan ini memberi penjimatan sebanyak RM 2 Billion.

Ini juga bermakna, kerajaan hari ini telah berjaya mengurangkan perbelanjaan untuk pembinaan lebih banyak berbanding apa yang di sebut oleh Syed Husin iaitu sebanyak RM 40 Billion.

Dengan hanya bermodalkan untuk mengelirukan rakyat, nampaknya Syed Husin terpaksa menelan sendiri tamparan yang cuba diberikan kepada kerajaan.


Khamis, 13 Julai 2017

@AzminAli PERLU CERMIN DIRI SEBELUM KATA @NohOmar SEBAGAI TANDINGAN ATAU TIDAK @NajibRazak.@Zahid_Hamidi.@tunfaisal

Nampaknya Menteri Besar Selangor yang mendapat kuasa dari linangan air mata rakyat masih tak sedar diri lagi.

Merampas jawatan Menteri Besar setelah mengambil kesempatan diatas permasaalahan Tan Sri Khalid Ibrahim nampaknya melupakan Azmin siapa dirinya sendiri.


Baru baru ni kecoh kononnya Azmin Ali jika mahu berpindah ke kawasan parlimen yang lain akan memilih parlimen Pekan sebagai kawasan tandingan.

Ekoran perkara tersebut, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang juga merupakan ahli parlimen Tanjung Karang mencabar Azmin untuk bertanding di kawasan beliau.

Sebagai Menteri Besar, Azmin Ali seharusnya berani menyahut cabaran Tan Sri Noh dan bukannya membuat kenyataan BACUL dengan mengatakan bahawa Tan Sri Noh bukan tandingan beliau.

Kalau nak diikutkan, Tan Sri Noh telah menjadi ahli parlimen selama 5 penggal dan berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri dan memegang beberapa posisi penting dalam kerajaan daripada Setiausaha Parlimen hinggalah ke jawatan Menteri.

Tapi Azmin Ali pula hanya mampu memegang jawatan Menteri Besar setelah Khalid Ibrahim difitnah dan sepatutnya Wan Azizah yang menjadi Menteri Besar akhirnya menggigit jari.

Berkenaan dengan perjawatan dalam parti pula, adakah Azmin layak untuk bertanding melawan Presiden UMNO? Sedangkan beliau hanyalah Timbalan Presiden dan itu pun atas dasar sesuatu yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan perkara ini pernah didedahkan oleh Datuk Nala Karupan.

Bagi Sangkakala pula, satu persoalan timbul dalam hati, adakah Azmin sudah mula mengintai jawatan Presiden PKR dimasa akan datang?

Semua orang tahu bahawa Azmin Ali pernah bercita cita untuk merampas jawatan presiden PKR sehingga Anwar Ibrahim pada ketika itu belum dipenjarakan atas tuduhan meliwat mecalonkan diri untuk menentang Wan Azizah yang juga merupakan isteri beliau semata mata mahu mengekang kemaraan Azmin Ali dalam parti?

Dan kini apabila Anwar berada didalam penjara, maka cita cita Azmin bakal tercapai sikit masa lagi.

Oleh itu, Azmin Ali tak perlulah nak menonjolkan diri beliau begitu hebat sekali dan jika sudah merasakan diri tu hebat, maka cubalah dulu menyerahkan diri ke parlimen Tanjung Karang sebelum ke Pekan.


Jumaat, 30 Jun 2017

MUNGKIN PEGUAM NI TAK HABIS BELAJAR @NajibRazak @TunFaisal

Semenjak dua menjak ni, heboh diperkatakan tentang saman DOJ yang kononnya mengaitkan Syarikat Pembangunan Negara 1MDB.

Maka dengan itu timbul beberapa pakar perundangan yang selama ni tak pernah buka buku undang undang sejak lahir.

Kalau mereka yang tak pernah buka buku undang undang ni bercakap semberono, Sangkakala boleh juga maafkan lagi sebab mereka tidak arif tentang perundangan.

Tapi bila seorang peguam yang mengeluarkan kenyataan agak kurang bijak membuatkan Sangkakala terfikir, adakah peguam ini berjaya menamatkan pembelajarannya atau pun tidak.


Kenyataan diatas secara jelas menunjukkan bahawa peguam berkenaan.agak dangkal pemikirannya sebab, DOJ tidak pernah menamakan Datuk Seri Najib dan isteri dalam saman mereka.

Jadi bagaimana peguam ni boleh pula nak mencabar Perdana Menteri untuk memfailkan kertas kausa?

Setahu Sangkakala, dalam sistem penghakiman, mesti ada difenden dan mesti ada plaintif, jika kedua dua pihak tidak langsung melibatkan Datuk Seri Najib dan Isteri, bagaimana pula nak mencelah segala bagai?

DOJ hanya menamakan MO1 yang tidak merujuk kepada Perdana Menteri dan kod MO1 ini hanya diketahui oleh DOJ siapa gerangan pemiliknya.

Adakah peguam ini cuba mengatakan bahawa MO1 itu adalah Najib Razak?


Kalau ini caranya, Sangkakala tak yakin peguam ni boleh memenangkan anak guamnya dalam kamar mahkamah.

1MDB pula tidak pernah melaporkan tentang kehilangan wang atau harta benda mereka jadi bagaimana pula DOJ mengatakan ada berlaku kehilangan dalam 1MDB?

Peguam ni kemungkinan besar juga tidak membuat 'homework' berdasarkan laporan DOJ dan hanya bercakap untuk populariti semata mata.


Khamis, 29 Jun 2017

RUMAH SELANGORKU GAGAL !! KERAJAAN SELANGOR MULA UGUT KERAJAAN PUSAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @NohOmar

Setelah memperlihatkan kegagalan demi kegagalan dalam usaha membekalkan kediaman kepada rakyat melalui rumah SelangorKu, kerajaan negeri Selangor kini cuba mengugut kerajaan pusat kononnya akan membatalkan keistinewaan rumah PR1MA dan PPA1M.


Ini dinyatakan oleh EXCO Perumahan dan kerajaan Tempatan Negeri Selangor, YB Iskandar Samad.

Kenyataan ini yang sebenarnya hanyalah untuk menutup kegagalan rumah SelangorKu yang lebih tinggi nilainya daripada rumah PR1MA dan PPA1M.

Jadi untuk mengelakkan rakyat membuat perbandingan maka keluarlah kenyataan kenyataan dangkal seperti yang dikeluarkan oleh YB Iskandar.

Keistimewaan rumah PR1MA ini yang sebenarnya memang akan dibatalkan oleh kerajaan negeri ekoran rumah SelangorKu yang kurang mendapat sambutan ekoran harga yang melampau.

Jadi dengan mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan membatalkan keistimewaan terhadap rumah PR1MA hanyalah alasan dangkal yang dibuat oleh seorang exco yang hanya menjaga kerusi.

Iskandar juga mengatakan keistimewaan itu akan dibatalkan jika kerajaan pusat masih lagi berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Ini juga kenyataan menyelamatkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Islandar sebenarnya lebih menjurus kepada Tan Sri Noh Omar yang dilihat membongkar satu persatu kegagalan kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat.

Sebagai contoh, kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT tidak terurus dan terjaga, lif bermasaalah, penyelenggaraan tidak tersusun, keselamatan terabai dan macam macam lagi telah ditemui dan dibongkar oleh Tan Sri Noh Omar dalam siri jelajah ke pusat pusat kediaman ini dan ini menjadi punca kerajaan negeri jadi kelam kabut.

Oleh itu, untuk menutup atau mengekang kemaraan Tan Sri Noh, maka jalan terbaik adalah mengugut kerajaan pusat dengan harapan selepas ini tidak ada lagi pembongkaran dilakukan oleh mana mana pihak.



Rabu, 28 Jun 2017

KERAJAAN SELANGOR SUDAH MULA GUSAR DENGAN KEGIATAN TAN SRI @NohOmar

Hari ni Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar yang meminta Perdana Menteri menggantikan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan dengan orang lain.

Sangkakala melihat ini semua berpunca daripada kegiatan Noh Omar yang seringkali turun padang dan menyelongkar kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor yang selama ini mengatakan bahawa mereka 'PEDULI RAKYAT' sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

YB Dato Iskandar mengatakan bahawa Tan Sri Noh Omar berkonfrantasi dengan kerajaan negeri yang kononnya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan pusat dalam isu perumahan.

Persoalannya kini, betulkah kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat?

Apa yang Sangkakala lihat, Tan Sri Noh Omar tidak sesekali mempertikai kerjasama diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat tetapi lebih kepada membongkar apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat namun tidak dilakukan.

Sebagai contoh, beberapa kali Tan Sri Noh turun membuat lawatan ke rumah PPR di sekitar negeri Selangor, keadaannya amat daif dan tidak terurus dan pembongkaran ini sebenarnya membuatkan kerajaan negeri panas punggung dan tatkala ini, rakyat sudah mula melihat kepincangan demi kepincangan di negeri Selangor.

Berkenaan dengan kerjasama pula, pihak KPKT pernah mencadangkan supaya sebuah Balai Bomba di bina di Setia Alam namun pembinaannya terpaksa ditangguhkan ekoran harga premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan negeri agak tinggi iaitu sebanyak RM 2.4 juta.

Perkara ini pernah dibawa ke dalam sidang DUN negeri Selangor namun jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar amat tidak menggalakkan dan beliau (Menteri Besar) mengatakan bahawa kerajaan pusat mempunyai sumber kewangan yang banyak dan harga premium tanah tersebut adalah mengikut harga semasa sedangkan balai bomba berkenaan adalah untuk keperluan rakyat.

Jadi dimana kebenaran seperti yang dinyatakan oleh YB Dato Iskandar tentang kerajaan negeri memberikan kerjasama?

Begitu juga dengan perumahan di Selangor yang harganya dilihat melambung tinggi ekoran penswastaan pembinaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan tidak seperti waktu Barisan Nasional memerintah dulu dimana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS diberikan tugas untuk membuat membina rumah kediaman untuk rakyat tetapi kini ianya tidak lagi berlaku.

Bukan sahaja PKNS tidak lagi ditugaskan untuk membina perumahan, tanah milik PKNS yang digazetkan untuk perumahan rakyat dijual kepada pemaju bagi pembinaan rumah dan ini membuatkan rumah kediaman di Selangor melambung.

Jadi disini, YB Iskandar tak perlulah menegakkan benang yang basah untuk menghalalkan perilaku kerajaan negeri yang menindas rakyat.



Jumaat, 16 Jun 2017

AZMIN ALI SAMBUT RAYA PENUH KEMERIAHAN TAHUN NI @NajibRazak @NohOmar @TunFaisal

Tak berapa hari lagi, seluruh umat Islam dalam dunia akan menyambut hari kemenangan melawan nafsu setelah sebulan berpuasa.

Tapi nampaknya Azmin Ali bukan sahaja tak mampu melawan nafsu, malah dengan senang hati membohongi rakyat Selangor dengan sikap berlagak suci beliau.

Para penjawat awam di Malaysia mendapat insentif bantuan hari raya sebanyak RM 500 setiap orang dan ini di umumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Ini juga bermakna, Perdana Menteri sendiri memperolehi RM 500 hasil dari bantuan berkenaan.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Selangor, Azmin Ali dalam masa sama mengumumkan bahawa kerajaan Selangor memberikan bonus sebanyak dua bulan setengah daripada gaji setiap penjawat awam yang berjumlah lebih kurang 17,000 orang.

Maka gegak gempita seluruh negeri kononnya Azmin begiti perihatin terhadap kakitangan awam di negeri Selangor.

Tapi ramai yang lupa bahawa, bonus tersebut juga terpakai kepada perjawatan Azmin Ali selaku Menteri Besar dan jawatan jawatan lain dalam kerajaan Selangor.


Hampir RM 1juta jumlah pendapatan Azmin Ali bagi bulan Jun 2017.

Kan dah jelas, betapa cerdiknya Azmin Ali menyelongkar kewangan kerajaan Selangor dan terus menuju ke poket beliau.

Jadi sekarang siapa yang kena main? Dan siapa pula dapat untung berganda dari kekayaan kerajaan negeri.




Jumaat, 9 Jun 2017

AZMIN ALI IDAMKAN JAWATAN PM JIKA PAKATAN MEMERINTAH @NajibRazak @NohOmar

Game of Politics, itu yang selalu diamalkan oleh Menteri Besar Selangor sekarang dalam usaha untuk mencapai cita cita beliau untuk mendapatkan kuasa dan jawatan dalam kerajaan.


Seperti apa yang berlaku semasa pemilihan PKR, Anwar Ibrahim yang pada ketika itu masih bebas terpaksa menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan presiden PKR ekoran ada ura ura yang nenunjukkan bahawa Azmin akan memberikan persaingan terhadap Wan Azizah.

Dan adalah agak mustahil jika Anwar mahu bertanding merebut jawatan memandangkan Presiden PKR tersebut adalah isteri beliau sendiri dan apa yang kita nampak ialah, ianya semata mata untuk mengekang kemaraan Azmin yang akan menyelinap masuk dalam senyap.

Sama juga situasi sekarang yang hangat diperkatakan iaitu siapa akan menyandang jawatan Perdana Menteri, PKR menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun dalam konvension PKR, Tun Mahathir dilihat tidak mengangkat placard nama Anwar sebagai Perdana Menteri.

Semua orang tahu kini Anwar Ibrahim berada dalam penjara atas tuduhan meliwat pembantu pribadinya satu masa dulu dan adalah amat mustahil untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Peluang ini sebenarnya diintai oleh Azmin Ali selaky orang nombor 2 dalam PKR dan situasi sama pernah berlaku di Selangor apabila langkah Kajang dibuat untuk menaikkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar akhirnya dipintas oleh Azmin yang mencuri peluang dalam kemelut kontroversi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada ketika itu.

Jadi disini jika Azmin mengatakan bahawa beliau tidak berminat atau belum bersedia menjadi Perdana Menteri, maka perlu dilihat bahawa ia adalah sebaliknya.



Jumaat, 26 Mei 2017

TERBUKTI UMNO SAYANGKAN ORANG BUKAN MELAYU - TAN SRI ANUAR MUSA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tengkuadnanreal @nohomar

Sangkakala tertarik pula dengan apa yang diperkatakan oleh YB Tan Sri Anuar Musa dalam retreat Ketua Ketua Penerangan seluruh negara yang bermula semalam dan berakhir tengah hari tadi.

Dalam ucapan Tan Sri Anuar Musa, beliau telah mendedahkan bahawa UMNO selama ini bukan sahaja menjaga orang Melayu malah UMNO juga menjaga orang bukan Melayu di negara ini.

Beliau mengatakan, sebagai contoh cuba kita lihat kembali, siapa yang menerima kehadiran orang bukan Melayu untuk kita mencapai kemerdekaan, malah tidak ada mana mana negara dalam dunia yang membenarkan sekolah jenis kebangsaan dibina di negara mereka.

UMNO sebagai parti yang mengetuai Barisan Nasional secara terbuka dan jelas memberikan peluang pembelajaran serta kehidupan tak kiralah dari segi perniagaan atau pekerjaan kepada orang bukan Melayu.

Tetapi apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya lebih membahayakan orang bukan Melayu di negara ini kerana DAP kini dalam usaha untuk menimbulkan perasaan benci di kalangan orang bukan Melayu kepada orang Melayu khususnya orang UMNO.

DAP sengaja mewujudkan perasaan benci membenci dikalangan orang bukan Melayu kepada Melayu semata mata mahu memegang tampuk kuasa yang kononnya akan membuatkan Malaysia lebih aman dan lebih malang lagi ada pula dikalangan orang Melayu yang menjadi buta dengan omong omong kosong yang diberikan oleh DAP.



Rabu, 10 Mei 2017

AMIKKAU !! BILA PERMAISURI AJUKAN SOALAN !! NETIZEN TERUS KAKU

Ini perdebatan paling win bila Tuanku Permaisuri mengemukakan soalan kepada seorang lelaki yang kini menetap di New Zealand tapi mengaku mengambil berat tentang negara kelahirannya.

Daulat Tuanku!!


Khamis, 27 April 2017

700 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR HANGUS KERANA HORAS @NajibRazak @NohOmar

Projek Pembesaran Sungai Hibrid atau Horas yang dikatakan akan menampung keperluan air di Selangor nampaknya menunjukkan kegagalan secara serius.


Tahun sudah kerajaan negeri menagikan bahawa projek berkenaan terbengkalai namun hingga hari ini, projek tersebut masih belum mampu untuk disiapkan dan dari maklumat yang Sangkakala dapat, projek ini telah gagal sepenuhnya dan ianya mengakibatkan kerugian sekitar RM 700 juta ringgit.

Persoalannya pada hari ini, projek Horas untuk membekalkan air atau semata mata untuk mencuri hasil bumi iaitu pasir yang sudah menjadi bahan paling berharga di Selangor.

Kemana agaknya pasir pasir ini dibawa dan berapakah hasil kerajaan negeri perolehi daripada pengeluaran pasir ini? Atau ianya sekadar memberi untung kepada operator taikun taikun pasir yang dikatakan menjadi tempat bergantung harap pemimpin kerajaan Selangor.

RM 700 juta pula kemana perginya? Adakah ianya digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi pembinaan Horas atau ianya digunakan untuk kepentingan ahli politik kerajaan negeri?

Sangkakala ingin menarik perhatian semua dengan satu soalan.

Jika pasir pasir ini dikeluarkan, sepatutnya ia mampu untuk menampung projek Horas dan jika kerajaan negeri masih memberikan bayaran kepada kontraktor, bagaimana pula hasil jualan pasir tersebut.

Maka dengan itu, apa yang sebenarnya berlaku ialah PASIR HILANG, DUIT LESAP, PROJEK TAK JADI.



Ahad, 23 April 2017

BOCOR SURAT SOKONGAN !! KAKITANGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN PERLU DISOAL SIASAT @NajibRazak @LiowTiongLai @DrAliHamsa

Kes surat sokongan daripada Menteri Pengankutan kepada Perdana Menteri nampaknya masih belum reda dan masih ada yang nampaknya menularkan surat tersebut melalui laman media sosial seperti facebook.

Apa yang menghairankan disini, siapa dalang yang mengambil gambar surat tersebut dan bagi Sangkakala, tak mungkin DS Liow Tiong Lai sendiri yang mengambil gambar serta menularkan gambar surat yang dia sendiri tanda tangani.

Sangkakala ada menaruh syak ianya adalah kerja 'orang dalam' yang mungkin diberikan sedikit habuan untuk melakukan kerja keji berkenaan.

Tapi bukankah kakitangan kerajaan telah mengangkat sumpah untuk tidak membocorkan maklumat dalam kementeran atau jabatan yang mereka duduki?

Tapi adat manusia hari ini manakan boleh memegang pada sumpah bagi mereka hajat dihati dapat dipenuhi.

Untuk DS Liow pula, cuba ingat siapa yang taip surat berkenaan dan selepas ditandatangani, kepada siapa surat tersebut diserahkan dan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengesan siapa dalangnya.

Berkenaan sokongan tersebut pula, Sangkakala lihat ianya lebih kepada motif politik dalam pejabat, sebab apa? Sebab ada rasa tidak puas hati dengan surat berkenaan dan ada kemungkinan mereka ini menangguk diair keruh.

Walau apa pun, penama yang disokong menjawat jawatan Ketua Pengarah JPJ yang baharu sudah pastinya sebagai seorang yang berkaliber di mata Menteri, jika tidak, mana mungkin seorang Menteri nak bagi sokongan sebab ianya juga melibatkatkan reputasi Menteri jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.

Sebagai seorang Menteri, Sangkakala melihat, DS Liow mengambil pendekatan dengan siapa beliau selesa untuk diletakkan sebagai bos nombor 1 dalam sebuah jabatan dibawah Kementerian beliau.


Sabtu, 22 April 2017

BUKAN MELAYU JUGA LAYAK MENJAWAT JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ JIKA BERKELAYAKAN @NajibRazak @liowtionglai @DrAliHamsa

Kecoh juga baru baru ni bila sepucuk surat sokongan bagi menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri tular di laman media sosial.

Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak wajar kerana penama yang dicadangkan adalah dari kalangan bukan Melayu.

Bagi Sangkakala, isu bukan Melayu ini tidak boleh diambil kira memandangkan jika seseorang warga Malaysia layak dalam menjalankan tugas, adalah tidak salah jika dia di beri peluang untuk menunjukkan kemampuannya.

Dibawah Kementerian Pengangkutan, ada juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang mana Ketua Pengarahnya orang bukan Melayu iaitu Datuk Suret Singh dan ianya dilihat tidak bermasalah apabila beliau mampu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Persoalan tentang Ketua Pengarah sedia ada masih memegang jawatan pula tidak timbul kerana, Menteri Pengangkutan mencadangkan nama untuk penggantian bukannya Ketua Pengarah sedia ada di lucutkan jawatan.

Berbalik kepada bukan Melayu menjadi Ketua Pengarah JPJ. Apa yang Sangkakala dan semua rakyat Malaysia mahu ialah, seorang Ketua Pengarah yang mampu untuk menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh kerajaan serta rakyat Malaysia.

Jadi disini rasanya takde masalah langsung bagi seorang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut jika kelayakannya mencukupi dan orang yang disokong kedudukannya itu mampu untuk menjalankan tanggungjawab terhadap tugasan.

Dengan populasi 1.7 juta rakyat Malaysia berbangsa India, takkan seorang dari mereka tak boleh diangkat menjawat jawatan tinggi dalam sebuah jabatan.

Melainkan kalau ianya melibatkan jabatan yang menjaga ketenteraman awam seperti Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan yang setaraf dengannya, ada kemungkinan ianya perlu dikaji semua, tapi setakat Ketua Pengarah JPJ apa la sangat.



Khamis, 20 April 2017

IBU DYANA SOFYA BERANG BILA ANAK DI TANGKAP SEDANG BERCUMBUAN

Mak kepada bekas calon Teluk Intan, Dyana Sofya nampaknya berang apabila gambar anaknya bercumbuan dengan buah hatinya, Zairil Khir Johari.

Empat keping gambar tersebut tular di laman media sosial serta dikongsi oleh ribuan pelayar yang rata rata memberikan kritikan negatif mengecam tindakan ahli DAP barkenaan.


Mengikut puan Yammy Samad, tindakan menyebarkan gambar berkenaan adalah mengganggu kehidupan pribadi anak beliau.

Sangkakala nak bagi tau sikit dekat puan Yammy, cuba periksa balik sama ada Dyana ni dah nikah dengan Zairil atau tidak.

Kalau belum bernikah, rasanya perlu dinikahkan sebab dah jauh sangat terpesongnya tu.

Bab kata privacy atau kehidupan pribadi rasanya sebagai ahli politik, pribadi atau tidak itu bukan isu, isunya sekarang perlakuan Dyana sendiri yang beromen di khalayak ramai dan itu boleh dikatakan mengganggu privacy tempat tersebut melainkan ianya berlaku dalam bilik hotel.



PPBM AMALKAN SISTEM MENGIKUT KASTA !! ITU KATA SUK PPBM PUSAT !! @NajibRazak

Semalam satu lagi berita gempar yang telah memberi satu tanparan hebat berlaku dalam PPBM atau biasa kita dengar sebagai parti Bunga.

Setiausaha Kerja parti tersebut telah betindak keluar parti serta melepaskan semua jawatan secara serentak berkuat kuasa serta merta.


Kamarul Azman Habibur Rahman yang juga merupakan salah seorang pengasas PPBM mengatakan bahawa pemimpin tertinggi parti tersebut mengamalkan sikap kronisme serta kasta dimana mereka yang mempunyai pangkat serta kedudukan akan mendapat tempat sebagai pemimpin tetapi mereka yang benar benar bekerja untuk parti akan dipandang sepi.

Beliau juga mengatakan bahawa PPBM kini hanya bertindak untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan bukannya berjuang untuk membela rakyat.

Sangkakala pula berpandangan bahawa PPBM hanya ditubuhkan untuk membalas dendam terhadap beberapa perkara yang akan Sangkakala buka dalam penulisan akan datang.

Tidak ada agenda untuk membela rakyat dalam PPBM kerana ianya ditubuhkan hanya kerana berasaskan dendam semata mata dan ayat yang mengatakan bahawa PPBM ditubuhkan untuk membela rakyat hanyalah retorik semata mata.



Rabu, 19 April 2017

DAH TUA MASIH TAK SEDAR DIRI !! KASSIM AHMAD PERLU BERTAUBAT !! @NajibRazak

Kalau dilihat dari keadaan rupa dan dari segi warna rambut jelas menunjukkan Kassim Ahmad sudah menjangkau usia senja.

Tapi apa yang agak menyedihkan bila pakcik sorang ni seolah olah tidak sedar diri apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi permintaan beliau.


Mungkin beliau (Kassim) sudah mengalami penyakit nyanyuk hingga membuatkan beliau meminta supaya agama Islam dihapuskan sebagai agama persekutuan.

Persoalannya disini, kenapa begitu beriya iya sangat sesetengah pihak inginkan penghapusan agama Islam sebagai agama persekutuan ni?

Adakah mereka lupa bahawa selama ini agama Islam terjaga dan angkat darjatnya sebagai agama tertinggi di Malaysia?

Adakah mereka mampu untuk menjaga agama Islam jika ianya tidak lagi menjadi agama persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan dimana ianya boleh diamalkan serta disebarkan kepada semua rakyat Malaysia.

Agak mengecewakan apabila seorang Islam sanggup mempertikaikan kedaulatan agama sendiri demi untuk memuaskan hati pihak yang selama ini memang anti dengan Islam.



Selasa, 18 April 2017

GAMBAR PANAS DYANA DAN ZAIRIL TULAR DI MEDIA SOSIAL PUNCA DAP MENENTANG RUU 355

Hari ni satu lagi gambar tentang Zairil dan Dyana Sofea tular di media sosial yang dilihat bercumbu mesra dalam sebuah restoran.

Empat keping gambar yang salah satunya menunjukkan aksi Zairil bercium mulut dengan Dyana dan satu lagi melihatkan Dyana sedang minum dipercayai arak menjadi bualan penggiat media sosial.


Agaknya ini adalah salah satu punca kenapa DAP menentang dengan keras akta 355 yang hendak diperkasakan di Malaysia.

Ada juga di kalangan penggiat media yang mengambil pandangan positif dengan mengatakan Zairil dan Dyana sudah menikah dan bagi Sangkakala kemungkinan itu tidaklah mustahil.

Tapi aksi menonggang gelas ke dalam mulut oleh Dyana menunjukkan seolah olah gelas tersebut mengandungi arak kalau nak dilihat daripada rupa bentuk gelas.

Walau apa pun, jika Dyana dan Zairil belum lagi menikah, maka perlakuan tersebut adalah salah disisi syarak dan boleh dikenakan tindakan.

Tapi apa yang lebih penting ialah, ini adalag budaya yang dibawa oleh DAP untuk menjahanamkan orang Melayu.


Khamis, 13 April 2017

PEMBANTU AHLI PARLIMEN SUBANG DICULIK ATAU MELARIKAN DIRI ??

Kecoh apabila pembantu kepada R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang dikatakan diculik.

Tapi semalam, Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa Peter Chong didapati masuk ke Thailand dengan menaiki bas.

Nampak sangat puak puak pakatan ni cuba nak kelirukan masyarakat.

Dia sendiri yang nak enjoy kat Thailand dengan naik bas supaya orang tak tau, kat sini pula keluarga kata dia kena culik.


Tapi ada juga kemungkinan dia ni melarikan diri, sebab sekarang ni Sangkakala tengok, pihak SPRM pun mengamuk semacam.

Itu semua kemungkinan tapi kemungkinan diculik tu memang takde la.



Rabu, 12 April 2017

DAH RAMAI ANAK MELAYU ISLAM LEBIH KAFIR DARI KAFIR @NajibRazak @zahid_hamidi

Mungkin agaknya kerana perkara perkara sebegini yang membuatkan ada di kalangan orang Melayu Islam menentang Rang Undang Undang 355 akta Mahkamah Syariah di perkasakan.

Bukan kerana apa, kerana puak puak ni senang nak menghina agama Islam sewenang wenangnya tanpa perlu takut kerana denda atau hukuman mahkamah syariah adalah terlalu rendah dan longgar.

Sepertimana yang dilakukan oleh seorang wanita yang juga merupakan pengasas BERSIH telah mempertikai tentang laungan azan dan kedudukan masjid.



Sangkakala tengok puak puak ni dah lebih kafir daripada kafir yang sedia ada hingga sanggup mempertikai tentang agama sendiri.

Tapi bersyukurlah sebab di Malaysia ni takde lagi kegiatan yang menjurus kepada ISIS atau Daesh, kalau ada, Sangkakala rasa dah jahanam puak puak ni kena kutip.



Khamis, 6 April 2017

BUKTI KEZALIMAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT MARHAIN

Apa salahnya kalau berniaga demi untuk menambah pendapatan sehari hari dalam menempuh kehidupan pada masa kini?

Ini soalan yang perlu diberikan kepada kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali yang dilihat kian rakus merampas kebajikan rakyat.

Pihak PBT semalam telah menkalankan operasi menyita barangan serta alatan perniagaan peniaga kecil kecilan di Seksyen 15.





Persoalannya, jika Azmin pernah satu ketika menghantar borang perniagaan kepada seorang gadis yang menjual nasi lemak 'ANAK DARA' kenapa mereka mereka ini tidak diberi peluang untuk menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan?

Adakah ini amalan double standard yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan yang selama ini terpekik terlolong mengatakan bahawa Selangor negeri berkebajikan.

Apakah bentuk kebajikan jika peniaga peniaga ini ditindas sebegini rupa?

Tapi tak mengapa, dah lapan tahun pakatan memerintah, dan rakyat Selangor rasanya dah nampak apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat selama ni.

Dalam pilihanraya akan datang, pastikan mata anda tertutup terus memangkah parti lain selain daripada Barisan Nasional, ayuh bangkit, kita tamatkan pemerintahan Pakatan.



Khamis, 23 Mac 2017

PAS KAWASAN SUBANG BERKERAT ROTAN DENGAN AZMIN ALI

Rasa agak lama juga Sangkakala tak menulis dalam laman blog, nasib baik tak bersawang, cuma berhabuk sikit je.

Tapi kali ni Sangkakala tertarik pula untuk menulis berhubung dengan pertembungan PAS dengan kerajaan Selangor walaupun masih ada beberapa orang ADUN PAS masih lagi berjawatan sebagai exco kerajaan negeri.

PAS kawasan Subang yang bersidang baru baru ini dikatakan sudah berkerat rotan berpatah arang dengan kebiadaban Azmin Ali selaku Menteri Besar yang mana telah mengeluarkan kenyataan agak menghina kepada Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Azmin Ali dalam laman twitter beliau mengatakan bahawa YB Nik Abduh sebagai lebai yang tak mampu memenangi pemilihan parti sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan namun mahu menngajar Pakatan Harapan Selangor.

Tindakan Azmin ini kalau nak dikira memang agak biadab kerana pemilihan PAS rasanya tidak ada kena mengena dengan PKR mahupun Pakatan Harapan di Selangor.

Mungkin Azmin terlupa bahawa semasa pilihanraya umum ke 13, PAS telah menyumbangkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri yang sekaligus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan dan wakil dari PKR yang mendapat kerusi kurang daripada PAS diangkat sebagai Menteri Besar.

Tapi tidak menghairankan juga apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor meminta supaya PAS pusat memberikan kebebasan kepada mereka untuk masih bersama dengan Pakatan dan ini ada kemungkinan kerana jawatan exco yang diberikan oleh Azmin kepada wakil wakil PAS negeri Selangor.

Tapi apa yang dilakukan oleh PAS Kawasan Subang jelas menunjukkan bahawa akar umbi PAS Selangor sudah mula muak dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan kepada mereka apatah lagi dengan beberapa insiden penghinaan secara terang terangan dibuat oleh pemimpin Pakatan kepada pemimpin PAS pusat.




Sabtu, 11 Mac 2017

SOALAN OVER CONFIDENT MAKAN DIRI SENDIRI @NajibRazak @zahid_hamidi

Tular di media sosial tentang soalan paling win di Dewan Rakyat baru baru ini apabila Ahli Parlimen Bayan Baru bertanya soalan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.


Soalan tentang berapa ramai perisik asing yang ada dalam negara mengundang bahan ketawa kepada rakyat Malaysia sebab sudah tentu semua tahu bahawa tidak akan ada perisik asing yang melaporkan diri atau mendaftarkan diri mereka sebagai perisik.

Atau mungkin Ahli Parlimen ini terlebih cerdik psywar nya kerana cuba nak mengaitkan soalan tersebut dengan pembunuhan warga Korea yang juga merupakan abang tiri kepada Presiden Korea Utara di KLIA baru baru ini.

Namun jelas dengan soalan seperti itu, ahli parlimen pembangkang tidak.mempunyai kualiti sebagai ahli parlimen kerana soalan tersebut tidak ada kena mengena dengan parlimen yang beliau wakili.



Sabtu, 25 Februari 2017

SEDAP JE ANAK DARA DAP NI HISAP ROKOK DEPAN KHALAYAK RAMAI

Masa PRK Teluk Intan, bulan main lagi Dyana Sofea ni bertudung litup ala ala orang kampung demi mencari undi dan untung orang Teluk Intan pada ketika itu bijak memilih pemimpin.

Rupa rupanya dalam bertudung litup tu, di bandar lain pula perangainya.

Sangkakala dapat beberapa gambar dikatakan Dyana Sofea sedap menghisap rokok di khalayak ramai di Kuala Lumpur.





Selasa, 21 Februari 2017

GILIRAN TAN SRI MADINAH PULA MENERIMA SERANGAN @NajibRazak

Sangkakala lihat malam ni tular di laman sosial terutamanya facebook menceritakan tentang perlantikan YBhg Tan Sri Dr Madinah sebagai Ketua Audit Negara yang baru.


Ramai yang mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Madinah hingga beliau di lantik sebagai Ketua Audit Negara.

Bagi Sangkalala, jika kita tak kenal orang, jangan sesekali kita cuba mengkritik tambahan lagi dengan kelayakan kita yang jauh ibarat bumi dengan langit jika nak melemparkan kritikan.

Ada yang mengatakan bahawa perlantikan ini adalah kerana hubungan diantara YAB Perdana Menteri dengan suami Tan Sri Madinah sedangkan hubungan diantara suami Tan Sri dengan Perdana Menteri adalah hubungan diantara Ketua UMNO Bahagian dengan Presiden UMNO.

Memang benar suami kepada Tan Sri Madinah pernah melafazkan ikrar taat setia seluruh kepimpinan dan akar umbi bahagian Kepong kepada Presiden UMNO tetapi itu tidak boleh dijadikan bahan untuk menguatkan hujah.

Seperti biasa, apabila pemimpin parti dihentam dan dikritik sudah pasti akan ada pengikut yang melafazkan taat setianya kepada pemimpin dan kalau Perdana Menteri melantik suami kepada Tan Sri Madinah mungkin ianya boleh menjadi isu atau fakta bagi menguatkan hujah mereka mereka yang dilihat agak kurang senang dengan perlantikan tersebut.

Berbalik kepada cerita perlantikan Tan Sri Madinah.

Adakah pengkritik pengkritik facebook ini tahu latar belakang beliau? Siapa beliau sebelum ini? Dan apa kelayakan beliau hingga diberi kepercayaan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja?

Tan Sri Madinah mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian kepada 2 kementerian dan yang terakhir sekali ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Dengan pengalaman yang sebegitu rasanya amat berbaloi untuk meletakkan Tan Sri Madinah sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Tapi yang banyak sangat bunyi sampai melibatkan Perdana Menteri dan suami beliau untuk apa? Sedangkan perlantikan Tan Sri Madinah dibuat oleh Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja Raja.

Paling tidak pun hormat lah sikit pada orang yang melantik, jangan tunjuk sangat kita ni tak berapa cerdik dan tak berapa beradap.

Nanti Sangkakala tulis lagi pasal perlantikan ni...tunggu ye...


Rabu, 15 Februari 2017

HAMIZURA OTHMAN TAK PERLU PERTIKAI UBAT !! HUTANG PUTU BAMBU SELESAIKAN DULU

Adik kepada bekas Pengerusi Tekun  Malaysia beberapa hari lepas mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan ubat tiruan bagi diberikan oleh pihak hospital kepada pesakit.

Sehubungan dengan itu, beberapa orang Doktor telah tampil memberikan keterangan dan keterangan di bawah Sangkakala ambil dari laman sosial Facebook milik Dr Abdul Rahman.

Ikuti apa kata beliau.
-------------------------------------------------------------------



#KKM_GUNA_UBAT_TIRUAN_KERANA......

Habis la...
Ada minah kata Malaysia takde duit dan pakai ubat tiruan. Dah nak bangkrap katanya. 
Ubat generic kononnya ubat tiruan. 
Ubat original bagus sebab mahal, ubat generic tak bagus sebab murah kononnya. 

Ubat generic ni bukan barang tiruan macam jam tangan Petaling Street hoccay. Juga bukan macam gelang Zhulian atau bag tangan LV atau Gucci tiruan yang hanpa eksyen pakai pi kenduri kawin tu. 

Ia adalah ubat yang mempunyai struktur kimia yang sama dengan ubat asal dan telah terbukti mempunyai kesan bioequivalent yang sama, selamat dan berkesan. Barulah ia boleh memasuki pasaran. 

Jadi kenapa ubat original mahal dan ubat generic murah? Mesti ada yg special kan? 

Salah! Ubat original atau inovator product ini adalah ubat yang mula2 dihasilkan oleh syarikat farmasi gergasi. 

Mencipta satu ubat baru bukan kerja mudah dan murah. Mereka perlu melakukan R&D berbelas tahun lamanya (biasanya hingga 15 tahun), melakukan pelbagai ujikaji kecil hingga bertaraf raksasa hingga akhirnya terbukti ia selamat utk dipasarkan dan digunakan oleh manusia. 

Mencipta ubat baru seperti ini boleh menelan kos hingga berbillion2 dollar sebelum ia boleh mula dijual di pasaran utk kegunaan manusia. 

Jadi, usaha syarikat farmasi ini dihargai dengan mereka diberika hak patent selama beberapa tahun. Mereka saja boleh menjual ubat tersebut tanpa persaingan lain bagi membolehkan mereka balik modal dan mendapat keuntungan. 

Hak ini dipelihara dan dijaga oleh World Trade Organization bagi memastikan syarikat2 farmasi gergasi ini terus melakukan R&D bagi mencipta ubat2 baru. 

Bayangkan berbelanja hingga berbillion dollar dan akhirnya tidak untung dan tidak balik modal. Saintis gila mana yang akan mencipta ubat2an baru? Modal tarak. 

Jadi semua akan menunggu hingga hak patent ini habis. Dalam tempoh ini syarikat2 penghasil ubat generik akan mengkaji habis2an komposisi ubat asal ini dan akan replicate ubat ini. 

Habis saja patent, mereka dibenarkan jual ubat generik ini yang harganya jauh lebih murah namun ia sama dari segi efektif dan tahap keselamatan. 
Kenapa boleh jual murah? Sebab mereka tak terlibat dalam membuat R&D besar2an MENCIPTA UBAT seperti proses yg perlu dilalui ubat asal. 

Jadi amat kelakar apabila ada yang kata negara nak bangkrap dan oleh itu, kita pakai ubat generik. 
US yang merupakan negara pencipta ubat2 original dengan syarikat2 farmasi gergasi bersemadi di sana juga mempunyai hampir 89% ubat generik di dalam pasaran mereka. 
US nak melingkup juga la tu. 🤣

Penggunaan ubat generik di Malaysia bukanlah baru. Ia telah berlaku sejak zaman Tun memerintah lagi. Ia adalah amalan biasa dan sah di seluruh dunia. 

Kalau tak percaya, cuba check ubat2 yang Atok ambil dari IJN. Banyak ubat yang generik dah tu...
Atok masih sihat dan umur panjang. 
IJN ni bukan hospital kucing kurap. 
IJN ni adalah salah sebuah JCI accredited hospital di negara kita. Kira taraf dunia la.
By the way...akreditasi JCI ini diperolehi pada zaman DS Najib. Kena sebut sebab takut ada orang lain claim kredit. 
-------------------------------------------------------------------

Itu adalah kenyataan seorang Doktor sebagai jawapan balas kepada Hamizura yang dilihat cuba nak jadi juara dalam semua hal walaupun beliau tak tahu langsung tentang apa yang cuba beliau sampaikan.

Bagi Sangkakala, adalah lebih baik Hamizura bantu balik peniaga putu bambu yang mengalami masalah dalam perniagaan mereka kerana ada dikalangan mereka mendakwa Hamizura adalah punca kepada permasaalahan yang mereka hadapi.


Jumaat, 10 Februari 2017

SEKALUNG TAHNIAH UNTUK SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA !! TAPI JANGAN DOUBLE STANDARD @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Semenjak dua menjak ni Sangkakala tengok pergerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia amat baik dan agresif dalam mengekang kegiatan rasuah atau salah guna kuasa oleh kakitangan kerajaan.


Tindakan tersebut amat baik memandangkan kegiatan tidak bermoral tersebut sememangnya perlu di sekat apatah lagi ianya akan memberikan impak negatif terhadap kerajaan.

Cuma apa yang agak menghairankan Sangkakala disaat ini ialah, kenapa beberapa aduan berkenaan dengan kepimpinan pembangkang dipandang sepi seolah olah tiada apa apa yang perlu disiasat.

Seperti yang dibongkarkan tentang Adam Rosly, anak muda yang mempunyai kekayaan luar biasa hingga mampu memiliki kediaman ala ala Disneyland di Ampang, hinga kini senyap sunyi.


Begitu juga dengan projek naik taraf pintu gerbang Selangor yang dikatakan menelan belanja melampaui batas hingga mencecah nilai hampir 10 juta, tidakkah ianya juga memiliki keraguan dan Sangkakala rasa sudah ada aduan dibuat tentang perkara tersebut.


Sangkakala menyambut baik usaha yang dilakukan oleh SPRM tapi dalam masa sama, jangan hanya melihat kepada satu sudut hingga satu sudut lagi tidak kelihatan atau dalam kata lainnya jangan double standard.



Selasa, 7 Februari 2017

DESAK ISMAIL SABRI LETAK JAWATAN !! NURUL IZZAH JANGAN DOUBLE STANDARD LAH @NajibRazak

Tindakan paling bodoh dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Anwar Ibrahim kali ini ialah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar untuk melepaskan jawatan ekoran penggantungan tugas Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa.


Penggantungan tersebut dibuat oleh Ahli Lembaga MARA dan bukannya Dato Sri Ismail Sabri walaupun MARA berada dibawah kelolaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah atau KKLW.

Lagi pun ianya cuma penggantungan tugas bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mahu prosidur siasatan terganggu.

Tak macam puak pembangkang yang membiarkan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang masih menjalankan tugas walaupun sudah dipanggil berulang kali oleh SPRM.

Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor yang tetap bertugas walaupun beberapa skandal dibuka berkenaan kepincangan pentadbiran.

Takkan yang itu Nurul Izzah nak pejam mata dan dalam erti kata lain selak kain orang dalam kain sendiri penuh dengan ulat.



Rabu, 1 Februari 2017

ISU BEG PLASTIK DI SELANGOR !! DIMANA KPDNKK ?? @NajibRazak @NohOmar

Nampaknya isu plastik beg di Selangor takkan ada pengakhirannya dan semakin lama semakin meruncing dimana rakyat Selangor yang pergi membeli belah dipaksa untuk membeli plastik beg atau terpaksa mengangkut sendiri barang ke kenderaan masing masing.

Ramai dikalangan penduduk atau lebih tepat lagi rakyat Selangor yang rata rata merasa terbeban dengan saranan yang dikeluarkan oleh Exco Kerajaan negeri yang menetapkan bahawa plastik beg akan dijual dengan harga RM 0.20 sehelai.

Seperti yang kita semua maklum, kerajaan Selangor memang sudah terkenal dengan sikap membebankan rakyat melalui perkara perkara remeh.

Ada pula penyokong kerajaan Selangor hari ini mengatakan bahawa kerajaan Selangor mengikut jejak langkah kerajaan Melaka yang menghapuskan penggunaan plastik beg di semua premis perniagaan.

Isunya disini, kerajaan Melaka menghapuskan secara total penggunaan beg plastik berbanding dengan kerajaan Selangor yang menjadikan plastik beg ini sebagai salah satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga.

Bagi Sangkakala pula, ada satu perkara lagi yang perlu dilihat diluar kotak pemikiran iaitu, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNKK di seluruh negara.

Tugas tugas yang perlu dijalankan oleh KPDNKK ini salah satunya ialah mempertahankan hak pengguna daripada dimanipulasi oleh peniaga.

Sebagai contoh, akta pencatutan harga telah dipekenalkan oleh KPDNKK untuk mengelakkan pengambilan untung secara berlebihan oleh peniaga seterusnya membebankan pengguna.

Dalam isu beg plastik ini, Sangkakala melihat pihak KPDNKK membisu seribu bahasa seolah olah membiarkan peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna dengan menjual beg beg plastik ini denga harga yang tidak berpatutan.

Harga sekeping beg plastik (saiz besar) dalam lingkungan RM 0.03 manakala ianya dijual dengan harga RM 0.20.

Bukankah itu secara jelas dan terang terangan mengambil keuntungan secara berlebihan dan ini adalah salah dibawah akta pencatutan barangan.

Jadi disini sepatutnya pihak KPDNKK mengambil langkah langkah bijak bagi menangani perkara tersebut dan janga dibiarkan pengguna terus dibebani dengan kos beg plastik yang bukan bukan.



Isnin, 30 Januari 2017

AKHIRNYA @ZainudinMaidin AKUI ADA KERUGIAN DALAM BANK NEGARA @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Bekas Menteri Penerangan Malaysia dizaman Tun Mahathir melalui laman twitternya mengakui bahawa berlaku kerugian dalam Bank Negara yang melibatkan wang bernilai AS 10 billion.


Yang paling kelakarnya Zainudin mengatakan bahawa itu adalah jumlah kerugian dan bukan dicuri.

Sangkakala nak juga tanya pada otai penulisan ni, adakah Tun Mahathir menggunakan duit beliau sendiri pada ketika itu?

Lagi satu, dalam laporan CIA hanyalah mengatakan dalam Bumiputera Malaysia Finance Berhad atau Bank Bumiputera tapi kenapa Zainudin mengatakan kerugian dalam Bank Negara? Adakah kerugian lain yang tidak kita semua ketahui berlaku.

Wang dalam Bank Negara bukanlah hak mutlak Perdana Menteri dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad juga bukanlah milik Tun Mahathir.

Walau apa pun, Sangkakala ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Zainudin Maidin yang mengakui bahawa terdapat kerugian dalam Bank Negara Malaysia dibawah pemerintahan Tun Mahathir dan USD 10 billion tu pada hari ini nilainya lebih kurang RM 43 billion.

Nampaknya dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir sebagai pakar ekonomi hanyalah sia sia kerana gagal membawa keuntungan kepada negara malah wang negara lesap kerana dagangan yang terlindung.

Satu lagi pertanyaan, jika ada keuntungan, adakah keuntungan itu akan dimasukkan ke dalam Bank Negara Malaysia atau masuk ke akaun lain? Sekadar soalan.



Isnin, 23 Januari 2017

ISU 6.6 PERATUS !! I KENAPA CYTRO PERLU MELOMPAT ?? @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Hari ni Sangkakala nampak dalam media sosial begitu tular dengan isu yang dihangatkan tentang peratusan 6.6 peratus penggiat media sosial pro kerajaan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Ada sesetengah yang mengatakan bahawa kenyataan Zahid itu tidak tepat dan tidak benar malah ada juga dikalangan pembangkang yang sudah mula mengatakan bahawa Zahid sudah mula untuk mengaibkan Perdana Menteri.


Sebenarnya berapa orang yang faham tentang isu yang diperkatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam program wanita UMNO kelmarin di PWTC?

Baik, disini Sangkakala nak maklumkan sedikit maklumat tentang apa yang disebut sebagai 6.6 peratus.

Zahid menerima laporan bahawa sekarang ni jumlah penggiat maya yang mempertahankan kerajaan dari serangan pembangkang adalah bernisbah 1:15, ini bermaksud bahawa setiap seorang penggiat media pro kerajaan perlu berdepan dengan lima belas orang cytro pembangkang.

Bagi Sangkakala, nisbah ini adalah sesuai di terima memandangkan memang kini cytro pro kerajaan akan berhadapan dengan sekumpulan cytro pembangkang dalam media sosial.

Ini dapat dilihat apabila cytro pro kerajaan akan menerima pelbagai hentaman jika cuba mempertahankan kerajaan dan ianya bukan dalam jumlah yang sedikit.

Apa yang berlaku seterusnya ialah kekalahan dapat dilihat kepada pihak pro kerajaan.

Dalam pemerhatian Sangkakala, Zahid cuba menyampaikan bahawa kita (UMNO) perlu menambah bilangan penggiat media sosial paling tidak dengan nisbah 10:15 dimasa akan datang dan barulah ianya dapat memberikan impak terhadap jawapan atau tangkisan terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang.

Nisbah 1:15 adalah bersamaan dengan 6.6 peratus dan ini dikeluarkan oleh kajian yang dibuat oleh sebuah Universiti dan nisbah ini juga membuatkan persespsi negatif dari pembangkang tersebar dengan cepat dan menular dengan pantas dikalangan pengguna media sosial.

Jadi disini, pihak yang berkenaan dan dipertanggungjawabkan untuk mengelola media sosial bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional perlu bertindak dengan lebih agresif bagi menambah bilangan penggiat media sosial pro kerajaan bagi menjawab tohmahan serta melebarkan sebaran tentang program program kerajaan.

Maka dengan itu, tohmahan dan persepsi negatif yang cuba dilemparkan oleh pihak pembangkang dapat dipatahkan.


Sabtu, 21 Januari 2017

APA ITU TRANFORMASI NASIONAL #TN50 ?? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tengkuadnanreal @Khairykj @TunFaisal

*Transformasi Nasional 2050 (TN50)*

TN50 bukanlah agenda dan senjata politik, bukan milik parti politik, bukan juga untuk Najib Razak.

TN50 adalah untuk kita semua rakyat Malaysia. Satu visi, matlamat nasional, gagasan (atau apa sahaja yang mahu dipanggil) mengenai apa yang kita mahu kecapi dan nikmati pada tahun 2050.

Soal TN50 menggantikan Wawasan 2020 tidak pernah timbul. Tindakan Tun Mahathir menggariskan Wawasan 2020 adalah suatu tindakan yang tepat kerana memberi negara satu landasan dan halatuju yang perlu direalisasikan.

Para Perdana Menteri selepas Tun Mahathir iaitu Pak Lah dan Najib Razak tidak pernah membatalkan Wawasan 2020, malah meneruskan usaha dalam menjayakan Wawasan 2020.

Selepas Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah memperkenal Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi, menggariskan NKEA dan NKRA serta melahirkan konsep 1Malaysia.

Ini semua adalah tonggak-tonggak yang menjadi tiang untuk menyokong dan menjunjung bumbung yakni Wawasan 2020.

Kini, dalam tempoh 3 tahun sebelum 2020, adalah wajar dan tepat pada masanya Najib Razak selaku Ketua Kerajaan yang sedang memerintah untuk melihat dan memikirkan melangkaui 2020 (beyond 2020).

Seperti mana Wawasan 2020 dibentuk tanpa warna dan perencah politik, begitu juga dengan TN50. Seperti mana kita memuji Tun Mahathir berpandangan jauh yang melahirkan idea Wawasan 2020 pada tahun 1991, mengapa tidak kita memberi kredit yang sama kepada Najib Razak yang menggariskan TN50 sekarang?

TN50 adalah milik kita semua, dan untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia. 

Marilah kita membina depan bersama. Jadilah sebahagian daripada TN50 dengan berkongsi idea dan kemahuan kita untuk 2050 yang gemilang.

http://mytn50.com
Facebook: TN50
Instagram: @mytn50
Twitter: @myTN50
#TN50

*KITA ADALAH MALAYSIA. MALAYSIA ADALAH KITA*

Rabu, 18 Januari 2017

SIAPA LANTIK HAMIZURA OTHMAN SEBAGAI JURUCAKAP ORANG PERAK ??

Nampaknya adik kepada bekas EXCO kerajaan negeri Perak ni dah jadi semakin gila sejak masuk parti 'Bunga Raya'.

Dengan mengatakan bahawa bangsa Johor akan menerima kawan kawan dari bangsa komunis dengan mengandaikan bahawa pembangunan di Forest City menyediakan tapak untuk rakyat China bertapak di Johor.


Jelas menunjukkan bahawa si Hamizura ni bukan jenis yang ada pelajaran dan mungkin akal juga tak berapa nak ada sebab dengan selamber mengatakan bahawa di Perak tak perlukan pembangunan seperti yang dilakukan di Johor.

Persoalannya kini, siapa yang lantik si Hamizura ni menjadi wakil kepada rakyat Perak?

Setahu Sangkakala, rakyat Perak selama ini mengalu alukan pembangunan demi untuk kemajuan negeri dan paling tidak dapat membantu anak anak Perak memperolehi pekerjaan dan sumber pendapatan.

Kepada Hamizura, jangan sesekali syok sendiri sebab Anina tengah perati dari jauh tu setiap perlakuan kamu.



Sabtu, 14 Januari 2017

EXCO SELANGOR MERUNGUT HULURKAN BANTUAN @NajibRazak @NohOmar @TunFaisal

Tular dalam laman facebook tentang rungutan seorang EXCO dari Kerajaan Selangor yang merungut memberikan bantuan kepada rakyat.

YB Dato Iskandar, EXCO dari kerajaan Selangor yang mewakili PAS cuba nak mengaitkan kesusahan rakyat dengan mempersenda kononnya pejabat BR1M tidak dibuka jam 1 pagi.



Sangkakala rasa kesal dengan tindakan seorang EXCO yang mewakili sebuah parti yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam tetapi seolah menunjuk nunjuk pemberian bantuan.

Bukankah dalam Islam itu menuntut supaya kita jangan riak?

Lagi satu, Sangkakala juga merasa pelik sebab, setelah melihat kesusahan rakyat yang dikatakan oleh Iskandar di Selangor, penggunaan beg plastik yang diharamkan oleh kerajaan Selangor nampaknya  terus memaksa rakyat membeli beg beg plastik untuk mengisi barang belian.

Bukan kah itu membebankan rakyat sebab setiap belian itu merupakan keuntungan kepada peniaga dan dengan itu jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat tidak bertanggungjawab dalam usaha menjaga ekonomi rakyat berbanding kerajaan Barisan Nasional yang memberikan BR1M sebagai ganjaran selepas kutipan GST.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa bukan semua orang menerima BR1M, memang tidak dinafikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia menerima BR1M, tetapi rata rata penerima adalah dari golongan sasar yang tepat.

Satu lagi Sangkakala nak beritahu kepada YB Iskandar kot mungkin dia terlupa, cukai tanah juga telah di naikkan di Selangor dan itu salah satu punca penyumbang kepada masalah rakyat.

Jadi kepada Iskandar, baik nasihati kerajaan Selangor (kalau mampu) untuk mengurangkan kadar cukai yang melampau di negeri Selangor ini.




Rabu, 11 Januari 2017

OPERASI PEMBERSIHAN KAKITANGAN GIATMARA MALAYSIA @@NajibRazak

Timbalan Pengerusi GIATMARA Malaysia, Dato Armand Azha mangatakan bahawa GIATMARA akan melakukan operasi pembersihan keatas kakitangan yang tidak menyokong kerajaan.


Sangkakala amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dato Armand dimana jika kakitangan agensi, jabatan, kementerian atau apa sahaja berkait dengan kerajaan tetapi tidak menyokong dasar kerajaan masih menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan, maka dasar kerajaan itu tidak akan sampai ke sasaran iaitu rakyat di bawah.

Ini kerana, kakitangan ini merupakan ajen khas kerajaan untuk menyampaikan maklumat tentang dasar dan perancangan kerajaan kepada rakyat tetapi dengan adanya virus sepertikata Dato Armand, maka dasar dan pembangunan ini tidak akan diberi makluman kepada masyarakat dan akhirnya ianya akan berlalu begitu sahaja.

Ini semua berpunca daripada kakitangan kerajaan yang tidak menyokong kerajaan tapi masih lagi duduk sebagai kakitangan dan mereka ini akan selalu mengkritik dasar kerajaan sehingga lupa bahawa gaji yang dibawa pulang adalah hasil dari pihak yang dikeji dan dicela oleh mereka.

Dan sepatutnya, semua agensi, jabatan, kementerian mahupun anak syarikat kerajaan perlu menapis semula kakitangan yang menjadi gunting dalam lipatan.



Sabtu, 7 Januari 2017

MENTERI BESAR PINGGIRKAN IBU JADI BAHAN VIRAL MEDIA SOSIAL @NajibRazak @TunFaisal

Jika tiada ibu dan ayah, siapalah kita dikuma bumi ini dan kenapa Allah SWT meletakkan syurga bagi seorang anak di telapak kaki ibu sudah pastilah ibu itu yang melahirkan dengan penuh kesakitan.

Tapi adakah Menteri Besar Selangor, YB Dato Sri Azmin Ali mengambil kira semua perkara yang tersebut diatas?

Nampaknya Umi Hafilda, telah membuat pembongkaran dimana Azmin selama ini memang tidak memberikan perhatian kepada ibunya yang terlantar akibat sakit tua.

Mungkin masa akan memberikan pengajaran terhadap Azmin yang boleh dikategorikan sebagai si Tanggang moden.









Ahad, 1 Januari 2017

250 ORANG PELAJAR TERIMA BANTUAN YAYASAN KEPONG @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Bertempat di Dewan DBKL Jinjang malam ini menyaksikan Yayasan Kepong memberikan bantuan kepada 250 orang pelajar yang akan menduduki sesi persekolahan pada 2 Januari 2017 nanti.


YBhg Dato' Sri Haji Rizuan Ahmad selaku Pengerusi Yayasan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kepong dalam ucapannya mengatakan bahawa pihak Yayasan dan UMNO Kepong akan sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat.

Sumbagan berupa wang tunai sebanyak RM 500 setiap seorang dan 5 orang penerima merupakan pelajar cemerlang PT3, SPM dan pelajar Universiti juga menerima bantuan kewangan daripada pihak Yayasan.


Program ini dijadikan sebagai program tahunan bagi membantu mereka yang kurang kemampuan untuk memasuki alam.persekolahan setiap tahun.

Majlis makan malam yang di Pengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepong, Saudara Razak dan dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dr Madinah Mohammad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta dihadiri kira kira 500 orang tetamu terdiri dari ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat disamping ibu bapa pelajar yang bakal menerima sumbangan.










Para hadirin juga dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti tarian kanak kanak tadika, persembahan silap mata, persembahan saxophone dan yang paling menarik apabila Ketua UMNO Bahagian sendiri menunjukkan bakat tiupan harmonika yang mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.


Dalam majlis yang sama, Pengerusi jamuan makan malam, saudara Razak telah melancarkan tabung bantuan Rohingya dengan menyampaikan sebuah lagu berjodol 'SELAMAT MALAM ROHINGYA'.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada pihak Yayasan Kepong dan UMNO Bahagian Kepong yang diterajui oleh Dato' Sri Haji Riduan yang prihatin terhadap permasalahan terutamanya kemiskinan bandar dan sumbangan seperti ini adalah bukti bahawa UMNO yang menerajui komponen Barisan Nasional tetap prihatin dengan permasaalahan masyarakat.