Khamis, 16 November 2017

LAGI DUIT KERAJAAN NAK DI BAWA LARI UNTUK POLITIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Sistem amaran bencana dalam Malaysia ni rasanya dah cukup baik dan seperti yang dikayakan oleh YB Datuk Abu Bakar Mat Diah, Timbalan Menteri MOSTI dalam parlimen baru baru ini, amaran hujan lebat telah dikeluarkan pada 1 November 2017.

Tapi ada kerajaan negeri yang tidak mengambil endah akan perkara tersebut hingga membuatkan keadaan banjir diterima tanpa persediaan seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang baru baru ini.

Apa yang menghairankan ialah, Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang bercadang pula untuk mengambil teknologi dari luar negara kononnya teknologi yang ada di Malaysia ramalannya tidak tepat.


Amaran cuaca dari mana sekalipun hanyalah ramalan dan ianya bukan tepat 100% sepertimana yang dikatakan oleh Guan Eng sebab namanya pun ramalan.

Apa yang Sangkakala nampak disini, Guan Eng cuba menangguk di air keruh kerana untuk membeli atau membina atau apa sahaja sekalipun amaran kaji cuaca ini ianya bukanlah melibatkan kos yang sedikit dan sudah pastilah ianya akan menggunakan duit rakyat khususnya di Pulau Pinang.

Sepertimana terowong dasar laut yang kononnya hendak dibina oleh kerajaan Pulau Pinang, kos perunding sahaja menelan belanja ratusan juta ringgit sedangkan projek berkenaan tidak dilakukan langsung.

Apakah ini juga nanti akan menjadi seperti mana yang berlaku dalam kes terowong dasar laut? Atau adakah wang ini sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha Guan Eng dan DAP mencari dana untuk pilihanraya akan datang?

Kita semua tahu bahawa Guan Eng dan pemimpin DAP yang lain amat licik dalam usaha untuk mengaut seberapa banyak wang rakyat yang ada dalam simpanan kerajaan negeri dan dengan mengatakan bahawa untuk membina sistem amaran ini, maka Guan Eng akan dilihat mulia kerana berbelanja untuk rakyat sedangkan perbelanjaan itu akan masuk ke dalam poket DAP.



Tiada ulasan: