Sabtu, 4 November 2017

#BAJET2018 KEGEMBIRAAN BERSIFAT SEMENTARA KEPADA PENJAWAT AWAM !! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia telah membentangjan bajet yang dilihat amat fleksibel yang meliputi kepentingan semua pihak di dalam negara.

Namun begitu, penjawat awam adalah mereka yang dilihat mendapat paling banyak manafaat daripada bajet atau belanjawa yang dibentangkan.

Selangor pula membentangkan belanjawan mereka semalam yang melihatkan defisit sebanyak lebih daripada RM 800 juta sedangian kerajaan Selangor begitu berbangga mengatakan bahawa mereka mempunyai rizab berbillion ringgit.

Kita tinggalkan kisah rizab dan defisit sebentar.

Kerajaan Selangor juga memberikan insentif yang tinggi kepada penjawat awam yang mana bonus sebanyak 3 bulan gaji dianugerahkan kepada penjawat awam di Selangor.

Berita ini sudah pastinya membuatkan penjawat awam bersorak keriangan dan merasa bangga dengan Menteri Besar.

Namun kegembiraan tersebut akhirnya menjadi keluhan apabila kerajaan negeri dibawah pimpinan Azmin Ali hanya akan membuat bayaran sebulan gaji sebagai bonus kerana baki lagi 2 bulan telah diberikan semasa hari raya tempoh hari.



Seingat Sangkakala, bonus 2 bulan gaji ini dibentangkan dalam bajet 2017 pada tahun lepas jadi bagaimana pula Azmin mengatakan belanjawan tahun ini memperuntukkan bonus 3 bulan gaji?

Jelas kerajaan Selangor memberikan bajet gula gula kepada penjawat awam di Selangor.


Tiada ulasan: