Ahad, 5 November 2017

AKHIRNYA GUAN ENG TERTUNDUK MALU @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH20 @TunFaisal

Dalam himpunan kleptokrasi yang diadakan oleh pakatan harapan baru baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan gila.

Namun malam tadi jelas menunjukkan bahawa Guan Eng menghubungi pemimpin dari kerajaan yang beliau katakan gila untuk memohon bantuan apabila negeri tersebut dilanda banjir.

Kementerian Pertahanan pula telah mengerahkan aset mereka bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan beberapa agensi seperti Majis Keselamatan Negara kini sedang menyelaras operasi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.


Hari ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional bukanlah zalim seperti mana yang acap kali di sebut oleh pemimpin pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa akan memberikan bantuan walaupun negeri berkenaan bukan dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Walaupun Guan Eng begitu kuat mengkritik kerajaan pusat dengan pelbagai tohmahan, namun sebagai kerajaan pusat, Barisan Nasional tidak mengambil perkara bencana seperti ini sebagai perkara mudah.

Segala bantuan kemanusian disalurkan kepada mangsa banjir dan panggilan telefon dari Guan Eng pada jam 3.30 pagi juga tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP pernah berikrar untuk menghapuskan permasaalahan banjir di negeri tersebut jika mereka memerintah dan kini jelas membuktikan bahawa janji mereka tidak mampu untuk ditunaikan.

Adakah Guan Eng akan mengaku bahawa kerajaan pusat bukanlah zalim seperti yang didakwa oleh pemimpin pembangkang selepas ini?





Tiada ulasan: