Khamis, 31 Mei 2018

TUHAN MAHA ADIL !! ORANG SENDIRI KANTOIKAN MAHATHIR !! @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sesungguhnya Allah SWT itu Maha melihat dan Maha mendengar dan tidak akan ada satu pun yang mungjin terlepas dari pandangan dan pendengaranNya.

Seperti yang berlaku dalam negara sejak sebelum pilihanraya umum yang ke 14 lalu, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan oleh kerajaan hari ini terhadapat kerajaan Barisan Nasional hanya semata mata dendam kesumat didalam hati seorang lelaki tua bernama Mahathir Muhamad.

Namun begitu, hari ini seluruh rakyat Malaysia dapat melihat dengan mata dan kepala sendiri bagaimana liciknya Tun Mahathir menipu seluruh rakyat Malaysia.

Abu Bakar Yahya atau ABY yang merupakan seorang pengikut tegar Mahathir semalam telah tersilap mengambil gambar Mahathir di pejabat beliau sehingga terbongkarnya satu dokumen dihadapan Mahathir bertajuk Manipulasi Hutang Negara siri 2.



Sangkakala beranggapan bahawa seluruh rakyat Malaysia faham akann maksud manipulasi atau Sangkakala dapatkan sedikit apa maksud MANIPULASI.


Kalau mengikut apa yang terkandung dalam WikipediA seperti gambar yang tertera diatas, adakah KADAR HUTANG NEGARA telah di MANIPULASI oleh Pakatan Harapan sebelum Pilihanraya yang ke 14 tempoh hari?

Kalau dilihat daripada kertas yang ada dihadapan Tun Mahathir itu jelas menunjukkan bahawa ianya adalah kertas ke 2 dan sudah pastilah ada kertas pertama sebelum ini.

Rakyat Malaysia baru baru ini gempar dengan kenyataan Menteri Kewangan yang mengatakan bahawa hutang negara berjumlah RM 1 trillion sedangkan semasa zaman Barisan Nasional memerintah, ianya hanya sekitar RM 873.3 billion (mengikut kadar tukaran wang asing).

Tapi Sangkakala tidak akan merasa terkejut jika hutang berkenaan akan meningkat kepada 1 trillion akibat ketidak stabilan matawang Ringgit berbanding USD$.

Sangkakala juga menjangkakan sesuatu yang dahsyat akan berlaku terhadap negara jika hutang hutang ini terus di MANIPULASI oleh kerajaan demi untuk mengaburi mata rakyat dan melenakan rakyat dengan janji janji manis yang sudah pasti tidak mampu untuk dilaksanakan.


Tiada ulasan: