Sabtu, 26 Mei 2018

HARGA BARANG MELAMBUNG !!! MAMPUKAH KERAJAAN PH TANGANI ?? @MuhyiddinYassin @chedetofficial

Lepas 2 minggu kerajaan Pakatan memerintah sudah mula nampak beberapa kecelaruan berlaku tambahan pula dengan menifesto yang dilihat belum mampu untuk dilaksanakan walaupun satu.

Menifesto kerajaan PH untuk menurunkan kadar harga minyak kenderaan juga seperti bayangan kelmarin kepada rakyat terutama kepada pengundi Pakatan.

Kali ini harga barangan pula dilaporkan mengalami kenaikan dan ianya bukan melibatkan satu atau dua barang malah KPDNKK mengatakan bahawa terdapat 99 barangan dikesan mengalami kenaikan.


Dengan kemelut kakitangan kerajaan berstatus kontrak kehilangan pendapatan yang baru sahaja melanda, kini kenaikan harga barangan sudah pasti akan menambah beban kepada mereka.

Kesan kepada kenaikan harga barangan ini bukan sahaja memberi kesan kepada mereka yang kehilangan pendapatan, malah ianya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam situasi akan menyambut hari lebaran tidak lama lagi.

Persoalannya kini, apa perancangan kerajaan bagi manangani masalah kenaikan harga barang yang kian meruncing? Kalau dulu semua akan menyalahkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai punca kenaikan harga barang, kini kerajaan Pakatan telah memberikan cukai berkenaan kepada 0% sebagai kadar baharu.

Sebagai sebuah kerajaan yang melaungkan Malaysia Baru, maka Sangkakala dapat rasakan bahawa kenaikan harga barangan ini merupakan kadar baharu bagi negara Malaysia.

Sangkakala juga nak ucapkan tahniah kepada pengundi Pakatan kerana kenaikan harga barangan ini juga dialami oleh mereka.



Tiada ulasan: