Jumaat, 25 Mei 2018

MAMPUKAH KETUA PESURUHJAYA SPRM BERDEPAN DENGAN TUN MAHATHIR ??

Pagi semalam satu memorandom telah pun dihantar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Pengerusi JMM, Datuk Azwandin Hamzah dan bekas Pengarah Komunikasi Strategi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.


Memorandom tersebut memuatkan 13 perkara yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.


Persoalannya sekarang, adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM sanggup berhadapan dengan Tun Mahathir serta menyiasat tentang salahguna kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri berkenaan?

Umum mengetahui bahawa baru baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull dalam sebuah sidang akhbar menitiskan air mata kononnya berlaku ketirisan dalam pemerintahan YB Datuk Seri Najib Razak.


Dalam memorandom tersebut ada menyatakan 13 perkara yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang memerlukan siasatan oleh pihak SPRM dan diantaranya ialah,

1. Tun Mahathir didakwa memiliki jongkong emas dan perkara ini pernah dilaporkan kepada pihak SPRM.

2. Tun Mahathir didakwa mempunyai 100 juta keping wang kertas Ringgit Malaysia bernilai RM 500 dan RM 1000 setiap keping.

3. Penglibatan terhadap skandal PERWAJA Steel.

4. Kekayaan luar biasa anak Tun Mahathir.

5. Menggunakan Dana Modal untuk menutup kerugian syarikat kroni.

6. Aset hiliran ESSO Malaysia dan salahguna kuasa semasa menjadi penasihat Petronas.

7. Skandal Bumiputera Finance (BMF)

8. Spekulator forex terbesar oleh Bank Negara Malaysia.

9. Penggunaan wang kerajaan untuk melobi.

10. Dakwaan rasuah oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

11. Pembelian MAS pada harga diluar jangkaan.

12. Siasatan RCI terhadap kerugian berjumlah RM 35.5 billion Bank Negara Malaysia.

13. Bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.

Kesemua kes diatas berlaku dizaman Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri ke 4 Malaysia.

Selepas ini seluruh rakyat Malaysia hendak melihat adakah Shukri Abdull selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mampu untuk berhadapan dengan Tun Mahathir dan melakukan sidang akhbar sambil menitiskan airmata.

Sebelum ini Shukri pernah menitiskan airmata ketika mana mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang disoal siasat.

Shukri juga Sangkakala lihat seolah olah telah menjatuhkan hukuman kepada Datuk Seri Najib yang pada ketika itu belum selesai memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kes 1MDB.

Takkan Shukri hanya mampu menitiskan airmata tentang kes 1MDB sedangkan 13 kes yang dibawa oleh JMM dan Pemantau Kerajaan Malaysia Baru dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan 13 kes berkenaan lebih besar jumlahnya dari kes 1MDB.

Atau adakah nanti Shukri akan mengatakan bahawa semua kes berkenaan tidak berlaku dan Sangkakala percaya bahawa pihak yang membawa memorandom berkenaan mempunyai bukti atas semua dakwaan yang disebutkan.

Sama sama kita nantikan apa jawapan SPRM tentang perkara ini dan Sangkakala agak yakin bahawa Shukri akan cuba memesongkan kes berkenaam dengan kes lain demi untuk menjaga periuk nasi beliau.




Tiada ulasan: