Selasa, 22 Mei 2018

KP SPRM SALAH CAKAP ATAU SENGAJA NAK BALAS DENDAM PADA @NajibRazak ??

Siang tadi Sangkakala ikuti perkembangan tentang YB Datuk Seri Najib Razak yang diambil keterangannya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.

Dalam sidang akhbar ya g dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu saja dilantik Sangkakala lihat penuh dengan keegoan seolah olah beliau baru lepas menang dalam peperangan.

Apa yang Sangkakala agak sedikit musykil ialah, bagaimana seorang Ketua Pesuruhjaya boleh mengadakan sidang akhbar sedangkan rakaman percakapan belum habis diperolehi?


Sangkakala lihat Ketua Pesuruhjaya SPRM ni seolah olah tidak sabar hendak menjatuhkan hukuman keatas bekas Perdana Menteri dan ada juga desus desas yang mengatakan bahawa beliau memang berdendam dengan YB Datuk Seri Najib Razak ekoran ketidak naikan pangkat beliau kepada Ketua Pesuruhjaya satu ketika dulu yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk bersara awal.

Kesempatan daripada dendam ini pula digunakan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad yang kini menjadi Perdana Menteri hasil daripada fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian Sangkakala sepanjang sidang media tadi, Ketua Pesuruhjaya SPRM ada menyebut bahawa beliau didatangi oleh seorang ahli parlimen BN dari utara dan menawarkan rasuah kepada beliau untuk menutup kes 1MDB.

Persoalannya sekarang, adakah Ketua Pengarah ini tahu atau tidak bahawa melindungi perbuatan pemberian atau penawaran rasuah juga merupakan satu kesalahan dibawah akta SPRM yang mana mereka yang tidak melaporkan kejadian kejadian yang melibatkan rasuah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 100 ribu atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua duanya sekali dibawah peruntukan seksyen 25 (1) dan (2) akta SPRM 2009.

Jika Ketua Pesuruhjaya SPRM yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbapan Pesuruhjaya Operasi SPRM mengatakan bahawa beliau tidak tahu adalah amat tepat mengapa beliau tidak dipilih untuk menjawat jawatan berkenaan sebelum ini, dan jika beliau mengatakan bahawa beliau tahu, maka satu siasatan perlu dijalankan keatas beliau kerana menyembunyikan kejadian cubaan merasuah penjawat awam.

Lagi satu yang Sangkakala nak sebut disini, dalam negara kita ada undang undang dan setiap hukuman berlandaskan undang undang tersebut perlu melalui prosedur tertentu dan ianya akan diputuskan oleh mahkamah.

Jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM tak perlulah nak berlagak sebagai ahli parlimen dan mengeluarkan kenyataan yang Sangkakala kuhat agak bercanggah dengan etika Suruhanjaya tersebut.

Jalankan siasatan dan lakukan tugas anda sehabis baik supaya diri anda akan dipandang tinggi oleh orang lain.


Tiada ulasan: