Isnin, 7 Mei 2018

RAFIDAH AZIZ JANGAN CUBA BERLAGAK SUCI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal #pru14

Hari ni Sangkakala terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini yang merujuk kepada kenyataan bekas Menteri semasa zaman Tun Mahathir, Tan Sri Rafidah Aziz.

Dalam artikel berkenaan, Tan Sri Rafidah membidas Ainina Saadudin yang meminta beliau untuj mengisytiharkan harta beliau yang terkumpul selama ini.

Dalam artikel sama, Rafidah menyatakan bahawa aset beliau diperolehi secara jujur dan meminta Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memulangkan semula pinjaman yang dibuat oleh National Feedlot Corporation atau NFC.


Mungkin Rafidah hari ni, nak menunjukkan bahawa beliau sesuci embun pagi apabila di pecat daripada UMNO kerana menyokong pembangkang dan mungkin Rafidah juga merasakan dosa dosa lampau beliau telah terampun.

Untuk makluman Nek Pidah, NFC tu buat pinjaman dengan kerajaan dan ianya dibayar mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh NFC dan kerajaan.

Tapi selama Nek Pidah duduk sebagai menteri MITI dulu, berapa banyak AP kenderaan yang Nek Pidah dah sakau?

Kalau nak kata aset beliau diperolehi secara jujur, berapa sangat pendapatan seorang menteri di zaman Tun Mahathir.

Kekayaan Nek Pidah memang diketahui umum dan ianya dulu kerap kali dimainkan oleh pembangkang dan apabila Tun Mahathir kini mengepalai pihak pembangkang, Nek Pidah mungkin merasa gusar jika Tun Mahathir melondehkan lagi prilaku Nek Pidah semasa dalam kabinet.

Jadi mahu tidak mahu, maka Nek Pidah terpaksa mengikut jejak Tu n Mahathir untuk menutup segala kepincangan dan penyelewengan pemberian permit import kenderaan kepada kroni beliau hingga membuatkan mereka kini kaya raya.

Adakah Nek Pidah nak kata itu perolehan secara jujur segala harta beliau?

Sudah sudahlah Nek Pidah, NFC buat pinjaman dan kini masih dalam proses pembayaran tapi AP yang Nek Pidah seleweng boleh tak dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia?



Tiada ulasan: