Isnin, 28 Mei 2018

KADIR JASIN DAH MULAKAN GERAKAN KE ARAH NEGARA REPUBLIK !! @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Nampaknya seolah olah ada ura ura dan gerakan yang hendak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik dan menyingkirkan Raja Raja Melayu.

Sangkakala katakan demikian setelah melihat cara pemikiran yang dilontarkan oleh Datuk Kadir Jasin yang merupakan salah seorang pemikir kepada Perdana Menteri hari ini.

Kadir Jasin Sangkakala lihat langsung tidak menghormati institusi Raja Berpelembagaan di Malaysia dengan mengeluarkan kenyataan seperti berikut.


Adakah Kadir Jasin selaku orang lama dalam bidang penulisan selama ini beranggapan bahawa Institusi Raja di Malaysia ini menyusahkan?

Atau adakah Kadir telah menerima arahan dari tangan tangan ghaib supaya negara ini bebas tidak mempunyai Raja demi mencapai maksud supaya negara ini diketuai oleh Presiden sepertimana yang berlaku di Indonesia?

Kadir Jasin perlu sedar diri bahawa kedudukan Melayu pada hati ini masih selamat kerana masih memegang teguh kepada Institusi Raja dan Raja Raja Melayu selaku ketua agama dalam negara juga membolehkan agama Islam itu masih utuh dan terbela.


Tiada ulasan: