Kerana terlalu taksub dengan pengurangan kadar GST dari 6% kepada 0%, menteri pertanian dan industri asas tani, Salahuddin Ayub terpamer kebodohan diri sendiri.
Kalau tak berapa tau tak kisah tapi kalau dah tak cerdik dipilih sebagai Menteri itu akan membawa kepada masalah.
Mungkin terlalu bangga menjadi Menteri, Salahuddin Ayub telah mengatakan bahawa harga barangan makanan seperti sayur, ayam dan daging lembu telah mengalami penurunan sebanyak 30 ke 50%.
Sangkakala rasa seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa barangan yang disebut oleh menteri pertanian ini tidak termasuk dalam barangan yang dikenakan dengan cukai GST.
Jadi bagaimana Salahuddin boleh mengatakan barangan berkenaan mengalami penurunan harga apabila GST dikurangian kepada 0%?
Mungkin selama ini Salahuddin tidak pernah membeli barangan keperluan harian maka oleh yang demikian beliau tidak tahu barangan yang dikenakan dengan GST dan tidak dikenakan dengan GST.
Ini menunjukkan bahawa kepimpinan kerajaan pada hari ini adalah lemah hinggakan perkara yang sebegini mudah pun jemaah menteri boleh tak tau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan