Jumaat, 8 Jun 2018

HISHAMMUDDIN BUAT KEJUTAN DI JOHOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O

Pagi tadi satu pengumuman mengejut telah dilakukan olehYB Datuk Seri Hishammuddin di Johor dan pengumuman bahawa beliau tidak bertanding bagi mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO atau menawarkan diri ke jawatan lain.


YB Datuk Seri Hishammuddin mengambil pendekatan bahawa beliau juga mengambil tanggungjawab diatas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU yang lepas.

Namun begitu sudah pasti ahli UMNO agak terkesan dengan keputusan Datuk Seri Hishammuddin dari segi beberapa faktor dan yang pertama, beliau adalah Menteri Senior dari Johor dan memegang tampuk kepimpinan tertinggi UMNO pusat.


Yang kedua, beliau merupakan cucu kepada pengasas UMNO itu sendiri dan merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri ke 3 dan sebelum ini beliau sendiri telah atau pernah memegang jawatan Menteri Kanan seperti Menteri Pelajaran, Menteri Dalam Negeri dan akhir sekali sebagai Menteri Pertahanan.

Walau apa pun sudah pasti, YB Datuk Seri Hishammuddin mempunyai perancangan tersendiri dalam usaha untuk mengembalikan kekuatan UMNO dan ianya perlu dilakukan dari luar kelompok kepimpinan.

Sangkakala amat percaya dan yakin bahawa keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin ini telah mengambil kira segala aspek tapi bak kata pepatah, ULAR MENYUSUP AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA.

Begitu juga dengan Datuk Seri Hisham yang tidak menawarkan diri pada kali ini namun masih mengekalkan jawatan beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Sembrong dan ini memberikan mesej jelas kepada ahli UMNO di seluruh negara bahawa satu lagi kebangkitan peremajaan UMNO akan bermula sekali lagi dari Johor.



Tiada ulasan: