Sabtu, 16 Jun 2018

CARA PEMIKIRAN MAHATHIR YANG TAK MAMPU DIFIKIRKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Mahathir Mohamad baru baru ni pergi ke Jepun kononnya atas jemputan untuk membuat ucapan dan sekaligus telah berbincang tentang permohonan pinjaman kerajaan Malaysia daripada Jepun.

Kini seluruh negara mengetahui bahawa kadar hutang negara Jepun sendiri melebihi 250% daripada KDNK mereka sedangkan Malaysia pula sekitar 50%.


Menurut kata Mahathir jika pinjaman ini diluluskan ianya adalah PINJAMAN dibuat dalam bentuk matawang Yen.

Sangkakala sengaja besarkan perkataan pinjaman diatas kerana ada pengikut Mahathir kini cuba memusingkan fakta pinjaman berkenaan kononnya ia adalah untuk mengurangkan hutang.


Bagaimana sebuah pinjaman dikatakan tidak menambah hutang tetapi untuk mengurangkan hutang? Dan dengan bangganya mereka mengatakan bahawa cara Mahathir itu adalah bijak.

Sangkakala sendiri tak mampu untuk memikirkan bagaimana pinjaman mengurangkan hutang.

Jelas kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Mahathir hari ini tidak mampu untuk menguruskan pinjaman negara hingga terpaksa meminjam pula dengan negara lain.

Pengikut PH pula mengatakan bahawa Mahathir terpaksa menanggung beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sedangkan mereka terlupa bahawa Mahathir juga semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini meninggalkan hutang dan diserahkan kepada Pak Lah sebagai pengganti beliau.

Selepas Pak Lah melepaskan jawatan Perdana Menteri, Najib Razak pula mengambil alih bebanan hutang yang ditinggalkan oleh Mahathir dan Najib Razak pula mengambil pendekatan menjemput pelabur luar bagi menangani hutang hutang berkenaan.

Ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengenakan GST untuk membayar hutang tetapi mereka tidak melihat bahawa cukai GST digunakan untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai bentuk termasuk BR1M yang kini diteruskan oleh kerajaan PH tetapi jumlah penerima dikurangkan.

Nanti Sangkakala tuliskan pula punca utama kenapa banyak syarikat menolak GST tetapi mampu membuat sumbangan berjumlah jutaan ringgit kepada tabung harapan.

Berbalik kepada tajuk utama tadi, pinjaman daripada Jepun ini Sangkakala lihat hanyalah seperti korek lubang dan tutup lubang, buat pinjaman untuk bayar pinjaman dan adakah ini dikatakan pengurusan bijak?

Rakyat Malaysia hari ini diperbodohkan oleh Pakatan dan sebab itu Mahathir mengatakan bahawa rakyat Malaysia uneducated.



Tiada ulasan: