Ahad, 4 Ogos 2013

@jamilkhir @TengkuAdnanReal PUSARA VIP ??? SIAPA PENGHUNINYA ???

Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang memberitahu bahawa di kawasan Tanah Perkuburan Taman Batu Muda di kawasan Batu Kuala Lumpur yang mana menurut beliau amat canggih dan teratur.

Tapi bukan itu yang menjadi kebanggaan pada Sangkakala, apa yang menjadi kebanggaan ialah dengan adanya kawasan untuk menempatkan golongan VIP dikawasan tanah perkuburan tersebut.



Gambar yang Sangkakala ketakkan diatas adalah gambar kawasan VIP lelaki di tanah perkuburan tersebut dan gambar dibawah pula adalah kawasan VIP wanita.


Dan Sangkakala dimaklumkan bahawa untuk yang bukan VIP kawasan untuk jenazah tersebut dikebumikan adalah di kawasan belakang tanah perkuburan ini.

Dikhabarkan juga bahawa ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga dikebumikan disini dan adakah kerana itu maka kawasan ini ada yang diiktiraf sebagai kawasan VIP?

Satu lagi, apa pula kelayakan yang membolehkan mereka ini diiktiraf di sebagai VIP? Adakah apabila jenazah VIP ini hendak dikuburkan maka akan dibawa segala kelayakan seperti akademik atau sijil saham atau sebagainya bagi membuktikan mereka ini adalah VIP.

kalau diikutkan hukum pula, menguruskan mayat adalah fardhu kifayah dan ianya tidak boleh dibeza bezakan tidak kira pangkat atau darjat mahupun kedudukan.

Semua manusia yang mati hanya akan membawa bekalan berupa amal dan kebaikan didunia dan hukum Allah juga tidak akan memilih tempat dimana mereka ditanam dan apakah kedudukan mereka di dunia.

Agak mengecawakan apabila JAWI mengiktiraf perkara begini jerana sepatutnya JAWI lebih bersikap rasional dalam menangani isu sebegini.

Bagi Sangkakala, tindakan untuk membeza bezakan mereka yang dikebumikan ditanah wakaf berkenaan adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan dalam masa yang sama ianya seolah olah menghina jenazah umat islam yang lain.