Khamis, 29 Ogos 2013

MELAYU YANG TERPAKSA IKUT CAKAP DAP !!! MANA MARUAH BANGSA ???

Kesian pulak Sangkakala tengok pegawai PBT Pulau Pinang yang tandatangan surat arahan supaya filem Tanda Putera tidak di tayangkan di pawagam di seluruh negeri tersebut seperti diatas.

Sebab tugas beliau terpaksa mengikut telunjuk DAP walaupun tahu filem tersebut adalah sejarah tentang negara dimana ianya memperlihatkan apa yang dilakukan oleh DAP dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Apa yang menghairankan, kenapa Guan Eng tidak tandatangan sendiri surat arahan tersebut? Kenapa perlu diberi kepada pegawai Melayu?

Nak tunjukkan bahawa Melayu juga tidak menyokong filem Tanda Putera? Silap tu? Ramai penonton dikalangan orang Melayu dan bukan Melayu akan menonton filem tersebut untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang terjadi dalam peristiwa berdarah itu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: