Selasa, 13 Ogos 2013

@ZahidHamidi KETUA POLIS JOHOR KATA BLOGGER JANGAN MEMANDAI MANDAI ??? APA KES NI ???

Ni apa pulak cerita Ketua Polis Johor yang kata blogger jangan memandai mandai tentang kes surau dijadikan rumah ibadat agama lain ni?

Untuk makluman Datuk Ketua Polis Johor, kalau tidak kerana blogger yang keluarkan cerita tu, sampai sekarang siapa pun tak tau apa jadi dalam resort berkenaan.

Memang le perkara tersebut dalam siasatan polis, dan rasanya kami para blogger tak ganggu pihak polis menjalankan siasatan malah ramai para blogger turut sama membantu memberitahu kepada rakyat apa cerita sebenar.

Sangkakala rasa kenyataan Ketua Polis tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan tambahan pula ianya dikeluarkan dalam media elektronik.

Sangkakala tonton berita di tv3 tadi dan Sangkakala dengar sendiri yang Ketua Polis Johor ini mengeluarkan kenyataan tersebut kepada pemberita.

Kalau penggiat media ni dikatakan memandai mandai, dimana pula kepandaian pihak polis dalam mengesan perkara sebegini dari berlaku?

Sangkakala rasa banyak kepincangan tentang penghinaan agama islam ini dikeluarkan oleh penggiat media dan kemudia barulah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sama juga seperti yang dilakukan oleh pelatih anjing yang baru baru ini kecoh tentang video yang dimuat naik ke laman youtube.

Ada yang mengatakan bahawa video tersebut telah tiga tahun berada dalam laman tersebut, adakah ianya dikesan oleh pihak polis?

Bukankah ianya juga dikeluarkan oleh penggiat media dan peranan blogger untuk menghebah perkara tersebut hinggalah ianya diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sama juga dengan kes kes penghinaan terhadap Agung dan Sultan termasuk Sultan Johor sendiri yang dihina oleh sesetengah pihak dan ianya dibongkar oleh penggiat media serta blogger.

Jadi dengan mengeluarkan kenyataan jangan memandai mandai tu rasanya adalah sesuatu yang Sangkakala anggap kasar, belajar belajar untuk berterima kasih Datuk.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: